Produk Kecantikan Yang Saya Guna




Kalau sebut cantik....semua nak cantik kan
Bila nampak orang cantik sibuk-sibuk nak tanya pakai produk apa
Lumrah wanita yang suka dengan kecantikkan
Kulit cantik , glow, putih dan tanpa jerawat menjadi idaman setiap wanita
Sama je dengan yang tulis ni.
Now, kita tengok lambakan produk kecantikkan dari pelbagai jenama banyak
terjual di pasaran.
Lagi-lagi sekarang ni wujudnya facebook, intagrams , blog dan macam-macam saluran pengiklanan
Yang menyokong  penguna untuk memilih, menilai dan membeli produk.
La ni dah menjadi trandy penjual
Keluar produk dah ada testimoni, pastu puji melambung kebabomm tahap arwah
Siap plak ada gambar sebelum dan selepas ...lagi x leh blahhh..
Aceh..aku kata orang padahal aku pun terpengaruh gak...hhahahahahah

Trust me, aku ni bukanlah pembeli online yang tegar
Setakat baju budak-budak jangan cakap lah...dah beribu kut aku beli dalam kedai maya
Tapi belum terjebak nak beli produk kecantikkan
Sehinggalah aku terjebak dengan kecantikkan pemilik blog juga pemilik salah satu produk kecantikkan
iaitu Produk Chahaya macam gambo kat bawah ni....haaaaaaaaaa nilah produk kecantikan pertama aku guna sebelum Everlyn yang dimana pemilik yang sama cuma bezanya Produk Chahaya ni produk memula dia pakai dan produk turun temurun keluarga pemilik ni.
Aku beli masa tu sebab aku rasa kulit aku terlalu kusam dan tak bermaya
Paling sentap bila suami sendiri dah tegur, so mulalah member tak senang duduk.
  Produk Chahaya
 Produk Everlyn
Alhamulilah , kedua-dua produk ini telah berkhidmat pada kulit ni dengan bagusss sekali ye.
Sampai orang semua puji...tapi bila orang tanya  aku senyum jer.
Tapi bila dah kerap orang tanya baru aku cakap.
Aku bukan kedekut ilmu atau tamak nak cantik sensorang
Tapi aku risau kalau aku pakai elok tapi bila orang pakai tak elok sudahnya aku kena maki
So tak salahkan aku diamkan diri
Even aku selalu tukar-tukar produk its doesnt mean aku pakai tukar je ye
Tapi aku ada step-step untuk nak tukar produk lain ke other produk
So istilah main sesah memang bukan aku
Apa step2 dia...nanti2 lah citer ...malas nak bukak topic step2 tu...
Tak pepesal orang kata aku velagak DUTA plakk
Close citer 2 produk diatas.

So dah tahu kan produk 1st aku pakai dan dibeli online
now produk seterusnya lepas aku melahirkan anak ke 4
Masa anak ke4 aku mengalami alahan teruk pada muka
Yang dimana time tu lah segala tok nenek jeragat tumbuh masa tu
Tok sah nak cakap, orang kata lahir anak lelaki cantik je rupanya
Tapi tak ada makna.....muka aku naik penuh jeragat dan hampir berbelak2 dan kusam
Cuti 3 bulan hari-hari mengadap internet...
Masa tu kenal produk Vite Collegen...
Maklumlah masa tu baru rasa
Kulit Muka  ni dah lama tak berjaga
Masa tu mulalah aku
Surf internet bagai, baca segala mak nenek testimoni dan segala-gala info tentang produk ni.
Bila hati dah mula berkenan dan puashati dengan info-info yang aku dapat masa tu ..
Mula tak menyabo nak beli pastu nak pakai, dan kulit muka masa tu memang terabai la sangat-sangat nyer....
Sebab
Aku duk  sibuk aktiviti berpantang seperti berurut, mandi rempah, scrub badan , memerah susu , menyusu dan macam-macamlah kalau nak sebut aku rasa korang pun tahu kalau pantang tradisional ikut cara orang dolu-dolu ni...Kang tak ikut mak kita menyentap plakkk.....Kalau melawan mahu kena ketulah ....So better follow on the floor laa yee....




Yes, bila dah beli PRODUK VIT E COLLAGEN ,dimulakan dengan bismilllah
gunalah aku hampir 2 bulan lebih  dengan 2 kali pembelian dengan penjual yang sama opismate ku
Alhamdulilah, kulit ku 110% hilang jeragat, comfirm...kulit cantik, glowing2 gitu
Bila start keje ramai gila puji kulit ku cantikk auwww mak suka
So masa tu opismate aku sendiri menjadikan aku testimoni dia
Bila orang nak beli je dia sebut nama aku penguna tegar produk tu even aku tak setegar mana punnnn
Bila kulit ku dah hilang jeragat bila genab sebulan , so aku slow up untuk guna
cream malam dia, sebab aku rasa tak perlu kut dan masa tu aku pakai seminggu 3 kali je gitu.
Sampailah satu tahap bosan , kegagatalan nak try produk lain pun bermula..
Masa tu mula pengembaraan aku mencari produk lain ...

Start bulan 11/2013 aku guna produk baru, pun telah diperkenalkan oleh opismate ku...iaitu DNARZ
alhamdulilah produk ni okey untuk aku ....dan belum tahap nak bosan
Aku rasa selesa setakat ni..Kulit aku pun okey x ada alahan
So, rasanya aku stick dulu dengan produk ni untuk kulit ku ni...
Tapi kalau agak-agak bosan dan dah mula tak sebati dengan kulit
Harus ku kena tukar produk lain...



Kesimpulan dari tajuk diatas dan maklumat yang ditulis..
Sebelum mengunakan sesuatu produk nilailah dulu jenis kulit dan tahap sensetiviti kulit
Jika rasa kulit kita agak sensetif , betterlah avoid diri untuk test-test produk pada kulit muka tu
Jika kita pandai menjaga kecantikkan luaran, kita kena tahu kecantikkan diluar ini semuanya berpunca pada dalaman iaitu dari punca darah kita..
So better biarlah seiring penjagaan luar dan dalam sekali ye..
Macam ku, untuk penjagaan dalaman aku ambil vit C , vIT E dan juga minuman bercollegen,..
ikutkan ada beberapa jenis vit lagi tapi vit yang kusebut diatas adalah lebih untuk kulit kita.
So, sayangilah kulit kita dengan mengambil makanan yang seimbang, jika rasa kulit tu kalau makan kacang tumbuh jerawat so pikir-pikirlah cara untuk mengatasinya yer...

Meh tengok empunya blog plak....harus nak tepek gambo sendiri keyyyy

macam comel jer..macam cantik jer......hak tuiiiiii


Salam cantik-cantik semua....untuk wanita-wanita yang suka look cantik-cantik2 gitu.


#gambar produk tu adalah belas ehsan dari pak google yeee

Luv
ilajer











@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia