08.12.13

Di tarikh ini di masa ini di jam ini di hujung minggu ini aku di office. Sepatutnya hujung minggu ni aku bersama-sama anak2 ku dirumah atau berjalan-jalan bersama2 yang tersayang. pa nak buat dah kena kerja, so kerja je le...Demi anak baru ku si PABX aku kuatkan juga untuk bersengkang mata, kudrat dan masa demi untuknya. Dua tahun aku menunggu anak ni, so tak salah untuk aku hadap sehingga habis project ni.
2 weeks berlalu begini, aku harap this week adalah hari terakhir untuk aku mengadap segalanya. Harap juga PABX ini berjalan lancar. Amin

Bila sebut 2 tahun, yaaa aku ingat lagi masa mula-mula aku fight untuk adakan sistem ini di JKNM, dengan kekuatan ni, aku boleh menyiapkan justifikasi PABX dengan dibantu oleh bos ku Puan Shuhada. Dialah yang bantu aku edit ayat-ayat dan tambahan dalam justifikasi PABX. Memandangkan aduan kerap ditujukan kepada PKP pada masa itu , lagi membuatkan perasaan ini semakin bersungguh-sungguh untuk tukarkan sistem lama ke sistem yang lebih canggih dan menyenangkan semua pihak samada dari luar mahupun staff dalaman.

Seikhlasnya aku disini di opis ini, bukan untuk cari duit lebih tapi lebih kepada pengorbanan aku dan kesungguhan aku untuk sistem ini direalisasikan di JKNM. Puas rasanya ku hadap dua big bos yang berbeza dengan  pelbagai dugaan dan tingkahlaku serta pendapat bersama-sama team PABX . Pada awalnya sudah rasa putus asa, sehinggalah TPKN P dan Pen Pengaran Unit ku Puan Akilah masuk ke JKNM  maka berubahlah segalanya lebih berjalan lancar dan menyokong untuk teruskan juga project ini. Alhamdulilah, tarik nafas lega aku bila dia berusaha untuk wujudkan sistem ini untuk PKP dan staff JKNM. Thanks Oppa  & Puan Akilah....sayang sangat mereka. BOS YANG BEST, SPORTING lagi-lagi puan akilah yang banyak memyokong dan support staff2nya.

Disini aku di opis, ku hanya memandang kontraktor menghabiskan sisa kerja sambil mengadap PC ini dan lepas ini bermulalah transform PABX. Badan letih sungguh, aku perlukan rehat yang cukup tapi demi dia aku kuatkan semangat. Yang pasti lepas PABX ni aku kena hadap satu perkara yang besar dalam hidup ku iaitu Final Paper  , aku harap dapat study lepas ni setelah beberapa minggu aku tak sentuh buku hanya kerana pengorbanan dan masa ku untuk PABX...

Yerhhhh
tak sabar menunggu esok, PABX will be launch di JKNM, banyak yang perlu ke belajar untuk sistem ini. HARAP semua okey dan positif....Aminnn


@}~~story is memory~~{@

Comments

Unknown said…
Biar kte susah dulu..insyallah sampai masa kte akan berjaya
www.hennyzafaisal.com
Unknown said…
Biar kte susah dulu..insyallah sampai masa kte akan berjaya
www.hennyzafaisal.com

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia