Kenapa mesti macam ni...

Langit tak selalunya cerah...
Yerhh...mcm x kena je startingnya dengan apa yang nak ditulis. 
Aku tak tau nak mengadu dengan sesiapa , tapi itulah hakikatnya. 
Aku tak reti nak mengamuk, nak marah, nak sound oran bagai...
ye lahh...dah tua-tua ni di ambang 30++ ni tak akan buat zaman kanak-kanak pra sekolah plak kan. Kita mestilah makin matang dan makin pandai untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi.

Kita ni kadang-kadang bukan jenis nak ambil tahu hal orang & nak cerita hal orang tapi bila sesekali tu orang smash kita konon tuduh perkara yang kita tak cakap apa lagi tak buat, pastu libat-libat nama orang tu orang ni , agak-agak ko boleh sabar ke?  Terpikir juga apa salah diri ni, aku terlepas cakap apa ye, sampai nak tuduh aku bukan-bukan. Rasanya aku ni dah cukup banyak menjaga hati orang, sampai hati sendiri sakit pun aku pendam contoh macam ni lahh , orang dah cakap aku macam-macam aku masih boleh nak face cool, boleh senyum, boleh gelak  macam tak ada apa berlaku tapi hati tuhan sahaja yang tahu. 

Bila satu ketika kita anggap seseorang itu kawan atau  sahabat, kita mengharapkan agar dia memahami kita , sentiasa kongsi masalah bersama susah senang  dan gembira. Agak-agak terguris tak hati ini bila kawan yang kita percaya, sayang boleh tikam kita dari belakang. yERHH...menangis aku seharian pikirkan sampai aku demam-demam. Aku tak la nagis teruk sangat cuma aku rasa macam nak jerit " Bodohhnya akuuuuu "

Kadang-kadang bila pikir balik, betul juga apa yang orang kata...tapi rasa macam bodoh pula tak mahu nak percaya apa yang orang kata. Dulu rasa macam apa orang cakap tu semua salah tapi bila dah kena batang hidung sendiri akhirnya aku yang kena gelak. 

Apalah salah aku kan...rasanya dah banyak perkara aku cover dan dah banyak perkara aku protect untuk dia. Sampai aku tak peduli apa orang nak kutuk atau nak keji pasal dia bagi aku  yang penting dia okey dengan aku walaupun kadang-kadang aku terasa juga dengan sikap dia dan attitute dia but bagi aku setiap manusia akan berubah. 

Aku ni jenis mulut memang puaka tapi aku hanya berpuaka pada orang yang mulut puaka macam aku jugak...tapi aku tak sangka pula semua disalah erti. Aku ingat bila orang cakap lepas dengan aku kadang-kadang sampai menjatuhkan air muka aku , bila aku lepas cakap balik dia akan terima macam mana aku terima apa yang dia kata. Tapi hakikatnya manusia ni kalau kata orang pandai tapi hakikatnya orang kata ko , pandai ko nak melatah.

Even aku look chicky, peramah dengan semua orang tapi hakikatnya aku ada limit. Aku tak mahu kata aku ni mahal sangat. Tapi aku akan jaga standard aku sebagai seorang isteri. Insyallah aku akan jaga pergaulan ku , cara aku bercakap dan tingkahlaku ku agar tak dipandang serong oleh orang lain. Dipendekkan cerita, aku jaga maruah diri aku.  Even dalam berkawan pun aku pandai nak control  sifat dan kendiri aku supaya tak terikut-ikut cara orang lain. 

Cara hidup aku bagi aku tak sehebat rakan-rakan aku yang bersuamikan jurutera, akauntan mahupun saintis, suami ku hanya perniaga bas jer , bas pun still ada hutang bank. So , sememangnya aku tak kaya mana pun just sederhana sahaja.  Tapi sememangnya aku tak pernah ikut orang lain. Cara aku bercakap, berjalan, berpakaiaan mahupun berbelanja semuanya memang itulah diri aku. Tapi taklah sampai aku nak orang follow apa yang aku beli dan apa yang aku pakai, kenapa mesti nak kata aku ni perosok minda orang. Aku tak suruh pun mereka ikut aku?

Actually, sikap perilaku irihati, sakit hati, dengki, tak boleh tengok orang lebih, suka mencari kesalahan orang lain, nak kata diri tu baik sangat, adalah salah satu penyakit yang berkaitan dengan HATI... Aku selalu berdoa agar dijauhi dari penyakit HATI. Sucikan hati ku, bersihkan jiwa ku...biarlah aku hidup berpijak pada bumi yang nyata.  Aku tahu dimana kemampuanku, aku buat kerja untuk mencari rezeki yang halal, aku kerja mengikut arahan , tak kisahlah apa kerja yang orang bagi pada aku yang penting aku gembira untuk buat yang terbaik. Tapi kalau orang tak suka apa yang aku buat siap cakap aku gila kuasa...ermmm aku rasa sedih gilerrrr....sebab aku tak pernah paksa orang nak buat macam mana aku buat..

Kini, biarlah ku sendiri membawa perasaan ini agar pergi jauh. Aku motivate diri aku untuk berfikir baik atas semua yang orang fikir pasal aku. Biarlah orang nak kata apa pun asal aku tak kacau hidup orang aku tak porak peranda hidup orang dan tak musnahkan persahabatan orang. Kalau orang luahkan kat kita baik buruk seseroang usahlah kita baik hati sangat nak jadi penyampai, cubalah anggap citer tu hanya luahan dan gurauan. Taklah mana-mana hati yang terguris dan rasa dikhianati...

jUST Matikan air..cool dan be positif
insyallahhh



@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia