Bonia oh Bonia

Sedia maklum, kalau sesiapa kenal aku comfirm tau yang aku gila handbag.
Gila aku taklah meroyan sampai level LV, cHANEL , CD ke bagai...
Paling coment pun takat level aku ni hanya coach je pun...
Aku masih sedar diri lagi...hihihiiihi

Gila tak gila la...dengan pendapatan aku yang biasa-biasa je pastu suami plak keje pun driver bas je pun, tapi jangan tak tahu aku pernah spend RM1k above but not more than RM2K just beli handbag biasa je pun di butik Coach. Biasa je pun, gilak velagak kan kan... hahahahahhaha..ok senyap!

Berbalik cerita berdasarkan tajuk.
Bonia, korang kenal jenama tu ? of cos kenalkan ye lah jenama mak-mak kita dulu-dulu. Asal bag je comfirm mak kita nak bonia. Design pun masa tu ala-ala mak-mak gitu. Kalau dah kita set bonia tu jenama mak-mak sampai bila-bila pun kita set design mesti ala makcik-makcik , tak vouge dan harga mahal tapi design hampeh macam tak ada pilihan utk kita yang ala-ala wanita pra-pra chicky vouge ni.
So, bila dah set dalam pala otak orang pakai Bonia depan mata pun i memang tak minat.  Tak kisahlah harga ko beli beribu pun ada mak kisah, kalau hati dah tak berkenan ,i memang tak heran.

Sampailah last year, keluar satu design from Bonia, perhhhh memang tangkat leleh la...Memang mak berkenan gilass...tapi naluri tak suka lebih banyak dari suka. Dalam hati boleh terdetik, dari beli bonia baik aku beli coach beza berapa rat je punn.....hahhaahhaah lagi sekali valagak..padahal mata ni dah jatuh berkenan. Hari demi hari bulan demi bulan koleksi coach aku makin bertambah selain tu ada gak handbag lain aku berkenan macam MK, MJ ,CK dan DKNY...beli pun macam beli sayur di kedai. Pernah satu ketika sebulan aku beli 2 handbag , siap sorok dari pak anif takut punya pasal, padahal duit sendiri tu. Aku memang tak suka pak anif tau aku mewah berbelanja tapi pak anif sedia maklum tahu addict aku hanya pada handbag, jam , perfume dan kasut. Kalau sebut kasut sekali beli tak main sepasang pernah sekali aku beli sekali 5 pasang kasut tapi pastu duduk diam dalam gobok kadang-kadang boleh aku lupa bila pakai bila masa plak aku beli. Boleh? tak heran untuk aku.

Bonia again...
Last month aku gi MP , sementara tunggu pak anif mengurut kaki di Thai Wadi kat dataran pahlawan, ku ambil la kesempatan merayap. Sebelum tu nak bagi tahu la, aku ni kalau beli handbag memang jarang beli kat Melaka takut terjumpa sama plak nanti. So , merayap punya merayap masuk pakson, keluar Carlo Rino masuk balik Sembonia pastu last sekali termasuk BONIA..(termasuk keyy ) itu pun sebab aku dah nak keluar MP so alang-alang outlet dia betul-betul main entrance aku pun masuk je le.
OMG! Aku terpana satu design monogram dia...fulamak gila cun design TOTE dia,, mata dah terpandang terus jatuh ke hati, belik-belik harga ohhh okeyy masih under control. Staff bonia pun layan lah aku yang poyo ni. Sikit-sikit nampak mata dia terpana Coach i yang  sedang i sandang. Friends aku pernah cakap once you dah pakai coach you dah tak nampak bonia and you akan terus pandang more than coach....ermmmm yeke..tapi bagi aku jenama bukan keutamaan but yang penting CANTIK hokeyyyyyyyy....kalau harga dia murah itu semua satu BONUS!!!

Bila hati sudah berkenan, dalam kereta pak anif cakap pun aku dah tak elert. Sampai rumah siap surfing internet bagai tak dapat beli tatap gambar pun dah tenang hati ini...Auwwww...

Hari demi hari sampai satu hari, ditakdirkan wrislet sembonia aku terkoyak. So pak anif ajak aku carik wrislet baru, so mak layan je. Oleh kerana dah berminggu berlalu , so hilang sikit addict aku pada TOTE tu. Sampai la MP tengok je butik Bonia, pantas ku heret pak anip masuk . Pelik tak pelik laki aku dengan perangai aku, bertahun dia jadi suami ku , tak pernah sekali ku heret dia masuk ke butik Bonia. Tapi hari tu memang dia terkejut jugak,  sampai dia cakap
 " Aik mummyy....sejak bila suka bonia ni "
" Dulu tak suka sekarang suka...."
Mata dah pandang benda lain, lain yang aku nak cari tapi lain yang aku pandang. Oh cosss laa tote tuu..
Tapi oleh kerana bos kata wrislet jer, aku pun pilih wrislet sama macam design monogram tote, untung-untung ada rezeki mana tau dapat beli tote tu, dapat ku one set lagi tuuu...Wrislet tak mahal mana dalam RM330+ after less 20% dapat la kurang rm280++...Selamat la ko  pak anif dari kerakusan ku..

Bonia oh bonia tote...kini ku tak sanggup menunggu lagi. duit ditangan memang ada tapi ku tak sanggup nak beli. Sabar ila sabar...harinya akan tiba....Uhaaaaaaaa tapi ku dah tak sabarrr..macam mana niiiiii......Agak-agak pak anif nak layan ke wife dia ni...uhaaaaaaaaaa...

Ok malas nak luah lagi..

Chow 
@}~~story is memory~~{@

Comments

S.A. said…
Bonia tak mcm dulu, skrg Bonia design mmg cantik-cantik lagi lagi yg monogram kan? kualiti bonia pada pendapat saya lagi baik dari Coach. :)Nanti dah beli share ek :)

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya