Part III Vacation 2012- Kejutan

Kejutan dari yang tersayang of cozz dari suami tercinta PAK ANIF yang tak beberapa nak romantika tu.
Bunyik macam menyesal je kan....oh no no no...i setia key...hanya dia di hati . Auwww
Percaya tak aku still ingat-ingat lupa bila tarikh wedding kami....21 ke 22 dec kerr...aduhhh ...tapi nevermind i kalau lupa anniversary kami cepat-cepat call BFF mama dila untuk recomfirm date birthday dia, yang pasti aku nikah masa birthday dia dan dia nikah masa birthday aku...HahahahahahHAHAH...tapi pak anif tak boleh sesekali lupa birthday aku even selalu gak la dia terlupa. Stresssss keeyy

Ok sambung citer kejutan...
Masa naik cameron tu, aku drive dari bawah ke atas ( pelik je bunyiknya ).Kesian tengok dia drive dari Penang non stop, so dengan rasa kesian dan belas ikhsan seorang isteri mithali ( pui ) aku pun drive la sampai atas. Masa naik tu angin sepoi-sepoi bahasa jer, anak-anak menjerit suh free window  memasing nak felling obersea la konon. Layan je. 

Sampai atas hujan dah makin lebat, lepas check in kami keluar jejalan ke pasar dan dinner. Malam tu rasa macam biasa, tak ada tanda pelik malah aku sendiri pun macam agak lupa dengan bufday sendiri mungkin sibuk dengan travel kami. Lepas settle berjalan, balik hotel terus memasing dah keletihan. Aqill dah membongkang yang tak tidur chalif yang masih melayan movie. Dalam pukul 10pm , pak anif kata nak keluar alih kereta depan hotel dan turun bawah isi minyak di Tanah Rata. Hujan pun makin lebat kesian pula nak angkut budak-budak turun ke Tanah Rata. Baik dia keluar sorang. Masa berjalan begitu pantas, tengok jam 11.30 malam, hati ni dah rasa tak sedap napa lama sangat laki aku ni keluar. Jengok diluar hotel, tengok kereta dah depan hotel tapi dia tak naik-naik hotel. Anak-anak pun dah lena.Capai handphone terus call, dia jawap katanya dia kat bawah tunggu orang pulangkan payung. Okey fine, duk diam lagi  Ishkk tak leh jadi ni. Sarung selipar terus turun bawah pastu terkejut beruk tengok baik punya landing dia melepak kat bawah sambil pegang kotak kecik. Pastu duk sengeh-sengeh dengan pompuan sapa tah. EeeeeEee geram ni geram. Aku duk atas risaukan ko, ko baik dating ngan tino mana kat bawah, pastu tipu plak tu kata tunggu payung. Tidakkkkk...rasa nak menjerit je, tapi bila pikir keadaan masih waras dan  terus naik atas. Uhuuu...rasa nak nagis je tengok kemesraan laki sendiri duk borak ngan tino tu. Aku call dia, tarik nafas panjang sebelum call tu tak mahu nak mengamuk tak tentu pasal. Tanya elok-elok bila nak naik, dia boleh pulak cakap sekejup lagi 5 minit. Perhh...hati mak dah panas. 5 minit kemudian pintu di buka. Pastu dengar suara sayup-sayup je....

Happy bufday to youu
Happy bufday to youuu

( Tengok muka dia jengok aku balik tembok )

HAPPY BUFDAY TO MUMMYY....
happy bufday to youuu 

Supprise jangan tak tau, siap ada lilin key...siap suh tiup..dek kerana terkejut..Hilang marah kejup.
Sorry, sayang, daddy cari kek besar tapi kek ni paling besar kat cameron ni....
oOoOO Sweet my anje...nak nagis uuu...



Ni lah kotak kecik yang aku nampak dia pegang kat lobby 
Perempuan tu sebenarnya menolong pinjamkan lighter untuk hidupkan lilin atas kek tu...
Haaaaaaaaaaa........ lainkali jangan cepat buruk sangka tau ilajer..

Blueberry cheese with Debit Starbuck Card ( RM100 topup ) 



Walaupun bukan hadiah yang besar, emas intan berlian  tapi bagi aku ia sudah cukup-cukup berharga buat diri ni.

Kejutan ke II
hAaaa! kejutan kedua?
Kejutan tu berlaku lagi buat kali kedua di KEA FARM. Kali ni depan orang ramai. Adoiii
Masa ni memang tak boleh blah...
Patutlah dia biarkan aku menolak si Aqill cari barang.
Rupanya dia dah pakat dengan chalif nak supprise kan aku..
Aku pun duk la turun ke kea farm pilih-pilih barang, beli teh, beli jagung segala.
Pastu naik atas balik, aku perhatikan cacha duk tersengih-sengih dan aliff menyingaiii jer...
Masa tu aku nampak pak anif berdiri relex je pandang aku, konon gaya tunggu aku la.
Sampai dekat jerrrr.....

HAPPY BUFDAY MUMMYYYYYYYY !!!!

Agak-agak ko leh bayangkan tak suara anak-anak aku jerit sekuat hati  depan kedai bunga pastu tengok semua yang lalu dan tuan kedai duk menyingai jer tengok muka aku yang blurr nak gelak x gelak, nak senyum ke tidak .... Terus aku nampak untie yang duduk potong-potong tangkai bunga hulur sejambak bunga ROSES dan beri  pada  Pak Anif.

Sekali lagi mak terkejut.....ehehheheheeh...malu wei maluuuuuu...masa tu dun ask me macam mana rupa aku....

Tapi rasa bangga dan terharu tu memang ada la....rasa nak peluk je suami tercinta dan anak-anak tapi tak yah aku nak cium pun ,  Pak Anif terus cium dahi aku dan beri bunga. Masa tu sekali lagi chalif buat lawak...siap tepuk-tepuk tangan. Malu seh....masa tu aku rasa mesti ramai orang cakap....POYO JE ANAK BERANAK NI....orang lain pun sambut bufday gak kan tapi tak sehoverrrrr keluarga ko.


Disini laaaa aku dikejutkan buat kali KE II


Muka control malu and ayuuu.....thanks sayang


Perasaan masa ni  masih berbunga lagi


 Abaikan sikecil ku ....yang lena kepenatan ....




Inilah bunga yang berjaya mencuri hatiku....membuatkan aku terkesima dan terharu 

Al-kisah itu sahaja bingkisan citer suka-suki si mak yong bercuti tak sedar diri....haaaaa masa bercuti ni aku dah tau preggy ...Abaikan perut yang agak membuncit ketika itu. Apa pun itulah kenangan terindah buat aku dari pemberian insan bergelar suami. Yaa.....bunyi macam aku tak pernah je rasa tu semua kan...hakikatnya hati seorang perempuan, kalau suami supprise bagi bunga tepi jalan sekali pun, kita dah rasa terharu yang amat sangat,  at least dia berusaha untuk mengadakan yang terbaik untuk kita. Walaupun hanya berbunga kertas yang dibalut surat khabar...betul x?

Okey Choww...







@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia