Part II - Vacation Penang -Cameron

Okey ni part II trip percutian kami .
Kalau nak tengok part I just click link ni ------ VACATION 2012 
Malas mak yong nak ulang tayang citer

After kami menghabiskan percutian kami di Penang, kami turun menuju ke Pahang lalu naik ke Cameron. Kami check-out agak lewat di PENANG sebab lunch sekali siap , so bila balik kami naik Ferry.  Thats 1st time chalifqill naik ferry, suka mereka tak terkata, berlari sana sini. Hati pun gembira bila lihat anak gembira. Alhamdulilahh..

Petang tu zoOMmm ke cameron , ikut Exit Simpang Pulai.
Oleh kerana cuti sekolah,  sampai je atas kami dah stack dengan jem sampai la ke depan Pasar Malam Cameron. Kat situ pun punca jem nyer. Sampai cameron kami check in hotel ParkLand yang betul-betul di Pekan Brincang dan memang lokasi strategik untuk ke Pasar Cameron yang happening tu. Memang sengaja kami pilih hotel tu, senang nak ke pasar dan senang nak makan.

Sampai pun dah gelap, pastu hujan plak, perhhhhh sejuk wei...
Kami anak beranak berjalan kaki meredah hujan renyai-renyai menuju ke Pasar Malam.
Seronok la gak kan sekali sekala mandi hujan....
Time ni kami shopping segala bagai benda pelik di Pasar ni, nak kata murah tak lah murah mana tapi ranap juga la $$$ duk melayan anak-anak sorang nak payung, pastu dua-dua plak nak payung glove , topi bagai...paling tak boleh blah jam tu nak beli jam tu juga memasing nak pakai. Aduhh stress keyy  konon feeling Overseaaaaaa belah kutub utara laaaa. Lepas puas meround pasar, terus layan steamboat untuk dinner.Aku dah tak ingat kedai apa tapi okey la untuk layan  perut yang lapar masa tu.

Esokmya, kami check out terus layan meround seluruh cameron dari agro, ladang teh, ladang strawbery, ladang caktus dan segala bagai ladang ke ladang kami pi. Sarat gak la bonet kete dengan pelbagai makanan, tanaman serta tumbuh-tumbuhan kami angkut dari cameron...hahhahahahhhaHahahh nasib beruk kat cameron tu aku x angkut kannnnn..

Okey moh tengok gambo sampai muntah darahhh...












































Oh ye....ada berlaku perkara yang tak disangka yang buat aku akan ingat sampai bila-bila ....
AuwwwWwww...
Pak Anif Buat Supprise weiiii  kebetulan tarikh ke cameron tu adalah jatuh pada hari jadi ku yang ke 32 uuuuuuu....3 dec 2012...patutlaa dia beria-ria nak bawa kami pi holiday awal dari tarikh sebenar, rupanya nak buat kejutan ala-ala romantika di Amoreee gitu.
Okey..part supprise tu aku bukak entry lain laa....macam banyak benda plak aku nak citer....



@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia