Menghitung hari
Khamis lepas pergi jumpa Pakar O&G untuk tentukan tarikh operation. Setelah berjam2 menghabiskan masa duk bersangap kat situ tiba turn jumpa doc and then scan, so doc decide 18.06.2013 insyallah aku akan operate untuk kelahiran ke 4 generasi pak anif. Konon2 nak pilih tarikh 23.06 tapi doc leh buat lawak plak. Lagi cepat dia lajakkan tarikh terus ke 10.6....puii...last2 aku redha je le.
Now..dah 3.06 so within 2 weeks lagi aku akan melaporkan diri di labour room. Ermm nampaknya lupakan hasrat ini nak deliver dia MMC, ingatkan boleh normal deliver last2 masa bulan ke 7 doc Mmc decide aku sememangnya x boleh normal. Dengan keadaan uri ku ke bawah, history kelahiran yg lepas2 dan yang terkini baby menyonsang plak. Setelah berbincang ke akar umbi, memikirkan before this pun HM yang operate kelahiran sebelum ni better aku deliver kat HM je le. Save 6k. .leh tuko 6k tu beli handbag ke..jam ke..barang kemas ke..atau stroller Baby baru kerr. ..hahhaahahahha....banyak dapat tu weii...dasar perempuan kannnn. Padahal baru rebat handbag tuuu....crazy women.
Actually. .pak anif yg beria nak sambut anak dia ke4 ni....x kisahlah operate ke..normal ke..dia kata dia nak teman aku. Bukan aku x mo dia teman, nanti bila operate aku risau dia yang pengsan belum sempat doc hiriss perut aku. Dah jadi kes lain plak kan...dah lah pak anif tu ada sakit jantung...apa pun yang penting masa cacha and aqill pak anif ada teman walaupun masa aqil dia x dpt nk continue teman sebab masa tu jantung aqill dah lemah so doc decide nak tolak operated. Sempat juga la dia merasa aku gengam tangan dia sekuat hati menahan sakit, tengok muka beauty beast berkeremutt...menangung azab nak keluarkan anak dia.
So, even lagi 2 weeks aku akan deliver tapi kesibukkan aku tak usah nak cakap. Rezeki allah swt untuk aku anak beranak, kami termenang plak tender terbesar dalam fo. So aku terpaksa turun naik shah alam uruskan production dan cari material serta amik material yang aku rasa dah sampai masanya fo wajib beli lori gamaknya. Tapi apa pun kami x mo terlalu terburu2, x mau naik secara mendadak biarlah kami naik slow and steady. Kalau ikutkan kami dah wajar buka kedai atau butik tapi rasanya kami lebih selesa macam ni tak tangung pelbagai kos. Kebetulan aku dan partner pun kedua2nya gov staff. So kami x mau melibatkan kerjaya hakiki kami diganggu dengan bebanan kerja luar. Now pun dah cukup kami selesa, kerjaya kami dijaga,business pun jalan dan paling penting tanpa mganggu waktu pejabat kami atau tidak kerap nak El, cuti hanya sebab fo...setakat ni alhamdulilah, jarang aku el sebab fo bagi aku rezeki yang tuhan bagi kita hendaklah sebaiknya menguruskan dengan cara yang betul dan yang paling penting dua2 aku nak dari hasil yang halal. Thanks god..
Apa pun aku kena kuat..aku x boleh mengeluh rasa sakit, klau tak baby dalam perut tak kuat dan tak tabah. Even selalu tido lewat sebab buat keje fo dan study segala...tapi yang pasti esok pagi aku bangun pagi lalu melangkah ke opis aku dengan senyum dan gembira!...lagi2 jumpa rakan2 opis ku yang sentiasa membahagiakan diri ini....... :)
Ni gambo sabtu ari tu masa turun shah alam atas urusan fo..pastu sempat menghadirkan diri di wedding anak jiran mama yakni adik kawan aku si hanizah...(rakan zaman rollerskate)..pastu malam tu juga aku balik Melaka....so amacam lasak x aku...syukur allah permudahkan segalanya.
Suami pun x ada..sibuk dgn trip...so mak yong pun buat la keje sendiri. ....oh tuhann..
.LOOk ayu je mak yong kannn...even tengah sarat barat...
Comments