Demam Rindu

Bila anak dah mula demam  seperti biasa mak budak paling sibuk mengadap segala bagai tingkah laku, perilaku , gelagat dan rengetan. Dah lah aku ni mengandung, tunggu masa nak deliver plak tu ditambahkan pak anif dah masuk 2 weeks tak jejak rumah. Maklumlah Pak Anif ni bukan kerja makan gaji, masa kerja pun tak kena hari kadang-kadang ada trip kadang tu tak ada langsung. La ni bila school holiday trip memang tak putus-putus alhamdulilah rezeki anak-anak dan rezeki bank la tu....( bayo hutang ye )
Aqil demam tiba-tiba pada Jumaat malam lepas, panas dia tak usah nak cakap takut gak la ditambah plak penyakit berak-berak dia datang kembali. Aduhhhh...aku dah bayangkan hospital, ni kalau tak baik-baik  mahu check in hospital gamaknya. Fobia aku jup.....

Sepanjang malam serba tak kena hidup mak yong ni, setiap 2 jam bangun tukar towel basah dan lap-lap badannya bagi tak terlalu panas. Risau kena sawan budak, nak tak nak gagahkan diri juga aku berjaga malam. Esok aku tetap kerja gak, nak mengeluh tak boleh sebab dah tanggungjawapkan.....nasib ada bibik tuti membantu manakala shift malam aku take turn.

Peliknya, demam akan redha bila tiba siang tapi masuk magrib demam panas pun bermula. Paling tak boleh blah...tidur malam siap mimpi...pastu cakap sorang-sorang, meracau sebut yang bukan-bukan itu yang buat seram jup....tapi touching bila nak dekat subuh tetiba aqill sebut nama apak dia..." dady dady bus..." seolah-olah macam ada orang tanya daddy dia mana.. Aqil ni kalau ditanya mana daddy, dia akan lantas jawap DADDY BUSSS.....maksudnya ( daddy bawak bus )...Sedih kejup aku subuh-subuh. Tuam-tuam dahi dan badan ,   slow-slow pi balik pintu bilik capai baju apak yang belum basuh dan selimutkan badan. Hermmmm ..Sekali feeling macam zaman aku kecik-kecik, asal papa pi masuk hutan mula kami adik beradik demam pastu mama ambil baju yang papa tinggal selimutkan dibadan.Bau badan tu buatlah hilang rindu.... itu bapak tentera...ni bapak driver bus je....dah macam pi berperang. :P

Actually aku tak cakap dengan pak anif yang anak dia demam sebab takut dia risau tapi masuk hari ke3 dah nak baik baru aku cakap. Bila dia tau , macam biasa la tengah-tengah bawak bus kejup-kejup call nak cakap dengan anak. Anak dah demam dengan bapak-bapak touching. Aku yang jaga ni lagi la touching but still under controlll...acehh

Alhamdulilah, 3 hari bersengkang mata, aqill dah kembali okey.....cuma badan dia agak susut la..hilang tembam di pipi...cian anak mummy....

Nilah buah hati Pak Anif ......aqill ni macam cacha...agak rapat dengan pak anif...kecuali aliff...bapak dia tak ada ke ada ke dia x ada hal...tapi jangan aku x ada....mahu telefon aku berdering-dering dia call suh aku balik. Nak kata aku beza-bezakan anak tak ada la plak....
  


Gambar di waktu demammm.....meraunggg jerrr 

Gambo dimasa keceriaan ......muka nakall jerr kann..tu yang buat geram tu...



@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia