Tak sabar nak mengundi ....

Tahun ni tahun ke 2 aku keluar mengundi....
Tak sabar nak tunggu esok nak balik Shah Alam , tapi tak bestnya aku kena balik dengan anak-anak je.
Pak Anif ada trip dan mengundi di Melaka. 
itulah yang best dan tak bestnye.
Apa leh buat, tanggungjawap kena lakukan walaupun tengah sarat  tapi semangat nak keluar mengundi itu penting. 
Aku paling sedih jika yang layak tapi tak keluar mengundi. Bila ditanya dorang beri 1001 alasan yang kadang-kadang tak masuk dek akal terutama anak-anak muda.
Aku ingat lagi masa memula berdaftar, mama lah manusia yang membebel suh aku daftar mengundi siap daftarkan untuk aku tau. Tapi daftar tetap daftar cuma tak tahan ceramah dia la yang mula sentuh bab kemerdekaan, soal hak dan memacam lah. 
Tapi aku akui, ini semua hak kita rakyat Malaysia.
Jangan sia-siakan apa yang patut kita lakukan untuk negara, siapa kita nak pilih, apa yang kita nak ubah dan apa yang kita mahu dalam negara. Semua tu melibatkan anak-anak cucu cicit  kita akan datang.

So, now aku lakukannya sekali lagi....kini lagi semangat weiii
Yarhhhhh...........Ahad ni kita tengok sapa yang akan terguling, diguling,diganti dan diperbaharui....

Kalau ditanya apa yang aku mahu pada gov :


  • Turunkan Harga minyak / diesel
  • Kurangkan harga barang asas : gula, minyak masak, tepung, beras dan lain-lain
Dua je?
Bagi aku dua benda tu kalau turun insyallah cost living rakyat malaysia akan menurun sebab minyak memainkan peranan penting kenaikkan harga barang-barang lain seperti barang mentah dan barang siap. La ni rm10.00 dah macam tak ada makna untuk belanja seharian. Malah belanja anak rm1 pun dah x ada nilai , bila balik rumah anak dah kebulur sebab rm1.00 tak dapat beli apa di kantin sekolah....Kalau yang lain-lain tu aku x mo pikir sebagai pemegang akauntan rumah tangga seperti aku amat-amat sangat mementingkan perbelanjaan isi rumah. Gaji rm3k pun tak guna kalau banyak bebanan high cost living .

Kalau yang kata nak hapus tax la, hapus ptptn la, dan segala bagai...itu aku x peduli....bagi aku itu semua hirarki terakhir dalam kamus hidup kami anak beranak. Tapi ingin ditekankan  pada pembayar atau penghutang pada PTPTN, korang kalau kata dengar nak hapus PTPTN  cukup punya suka kan korang siap hip hip horeyyyy ....bagi aku bab hapus tu memang di sokong 100% tapi kalau sapa yang dah pinjam tu SILA LA BAYAR pada apa yang korang dah guna,  telan dan makan. So kalau hapus tu biar pada mereka yang tak pernah pinjam dan baru nak belajar. Dalam islam pun dah kata...sekiranya meminjam hendaklah pandai-pandai bayar, even korang matipun sebelum ke liang lahat wakil keluarga siap di remains oleh tok iman 

 JIKA SIMATI ADA HUTANG-HUTANG YANG BELUM DIBAYAR ATAU DIJELASKAN 
( ptptn ke ) SILALAH BERJUMPA SERTA TUNTUT PADA WAKIL SIMATI ****** BIN ********  
( kesiankan wakil ko....ko yang berhutang wakil ko plak tanggung hutang ) .

Dah...korang pilih parti apa terserah pada memasing....tapi jangan tergadai maruah bangsa dan negara. La ni atas bawah kiri kanan kita semua memerhatikan kita ....kita tak bersatu negara kita mudah dijajah seperti zaman japan, komunis dan british suatu tika dahulu. So , janganlah kita duk mengila nak berkempan bagai, sampai jiran sebelah jadi musuh sebab  fahaman berlainan....Tepuk dada tanya selera jangan jadi boneka , balaci yang mudah di pengaruh dan mudah diguling. Memasing ada otak pikir, ada mata lihat, ada telinga dengar dan ada tangan UNDI......

pILIH  di pilihh....
jangan pilih kerana logo itu cantik atau  warna logo cun tau......  







Chow....

@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Mak Buyung

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bau Kemenyan