Mak Lang In Memory 19.05.13

Al Fatihah

Halina Shamsinar Binti Mahmood @ Hapipah , nama secantik dan semulia orangnya. Bewajah kacukkan arab waktu mudanya , seorang yang sangat ceria dan tidak pernah dengar mengeluh dirinya sakit. Allah lebih menyayanginya.

16.05.13 aku terima call dari mama dan  whatsap family yang mengatakan Mak lang kritikal di Hospital Sg Buloh dari info yang diterima Mak Alang mengidap kencing manis kritikal. Pelik? Tak pernah khabar aku dengar Mak Alang ada kencing manis. 11.37pm Whatsap diterima lagi dari adik yang mengatakan Mak Alang kena tolak ICU malam tu. Bermula tidur malam yang tidak selesa.

17.05.13 Pagi yang resah, Hati  ini dah berdetik pantas. Sorang-sorang call aku bertanyakan khabarnya , condition nya dan bertubi-tubi soalan serta cerita yang aku terima dari pelbagai pihak. Mungkin agak pelik tapi hakikatnya aku diantara anak saudara serta sepupu sulong dalam keluarga yang kerap menjadi rujukan untuk seluruh keluargaku. Ketika disaat itulah , jasad aku di pejabat tetapi hati tidak tenteram. Sekali sekala air mata ku bertokong di mata menunggu masa untuk jatuh. Hati aku ni tuhan sahaja yang tahu , berdegup kencang rasa macam nak sesak nafas kerana tidak sabar menunggu petang untuk bergerak terus ke hospital, bila dengar Acu dan Mak Alang dah OTW ke sana lagilah perasaan aku tak tentu. Lunch hour aku pulang, terus prepare barang tapi masih tak boleh nak decide sama ada nak gerak jam tu atau stay dulu. Hakikatnya aku tak yakin nak drive ke sana seorang diri dalam keadaan aku yang amat sarat dan Pak Anif pula berada di luar Melaka. 

Lama juga aku termenung, hp ditangan membaca segala status sepupu ku dan whatsap-whatsap yang diupdate dari saudara serta adik-adik . Aku mesti pergi , ya aku mesti redah juga. Terus call Pak Anif minta izinnya untuk gerak ke hospital. Aku mampu bertawakal dan berserah pada allah agar segala perjalanan ibu yang sarat ini berjalan lancar.

Ditemani cacha , kesian dia terpaksa ikut aku dan kebetulan hari tu hari jadi cha yang ke 8 tahun. Tiada kek tiada sambutan pada hari kelahirannya, kesian cacha. Dari Melaka 4.30pm dan sampai 6.00pm di hospital, dalam kepala ni hanya satu....mak lang mak lang. Aku disambut sayu oleh semua sanak saudara yang sudah tiba. Ramai yang melawat mak lang tapi hanya 2 orang sahaja yang boleh masuh pada satu-satu masa. Aku bersyukur aku diberi peluang cepat untuk masuk ke untuk melawat. Ermmmmm....sukar nak digambarkan dengan kata-kata bila lihat tubuh mak lang yang penuh dengan wayar-wayar asing, mesin kiri dan kanan serta atas kepala yang aku sendiri tidak pasti apa fungsinya. Hampir 15minit aku menemani mak lang sambil membaca yasin diselangi tanggisan tanpa henti serta sedu-sedu.

Keluar dari ICU , makin ramai sanak saudara menunggu turn nak masuk melawat mak lang. Suasana tidak ceria, aku duduk diam tanpa suara. Tapi sempat juga sebelum keluar bilik ICU aku bertanyakan condition mak lang tapi jawapannya agak mengecewakan dari jururawat. Still kritikal dan sangat kritikal.

Diam x diam hari beransur malam, aku teringatkan cacha dibawah bersama sepupu-sepupu kecil ku. Semua ke cafe makan apa yang boleh makan. Tapi aku agak lemah dan tak beberapa nak larat nak makan. Mungkin dengan keadaan aku yang sarat serta keletihan atas perjalanan.

18.05.13
Pukul 12pm aku sampai hospital dari Shah Alam bersama adik. Suasana seperti semalam, keadaan masih serupa,  cuma doktar telah mula on utk dialisis paling mengecewakan segala ubat yang dimasukkan sudah tak boleh diterima olehnya. Mungkin setakat situ rezeki mak lang untuk tubuhnya terima segala ubat yang diberi. Tapi semangat kami semua untuk mak lang terus sihat tak pernah luntur. Satu-satu cerita kami terima dari doktar dari kencing manis yang kritikal,  darah dicemari asid pula, pastu ada wujud ketulan di atas dadanya. Doktor sudah ambil sample dari ketulan  untuk dibawa ke Makmal tapi keputusan hanya diperoleh pada hari isnin  atau 2 weeks. Petang tersebut doktor sudah keluar arahan semua sanak saudara boleh melawat tanpa henti tapi hanya setakat 3 pelawat sekali masuk. Doktor mengesahkan Mak Lang dah makin kritikal. Suasana ICU semakin suram , bacaan yasin tanpa henti dibaca. Waktu petang makin ramai yang datang. Mama pula suruh aku pulang ke Melaka dapatkan anak-anak aku yang ditinggal bersama-sama bibik. Risau juga keadaan mereka, ini 1st time aku tinggalkan lifqill bersama bibik. Berkira-kira juga untuk aku pulang ke Melaka, tapi nak tak nak aku kena pulang juga sebab aku rasa kurang selesa dengan keadaan kandungan aku yang kadang-kadang mengeras  dan kurang gerak dah lah aku tak bawa buku merah. Kalau terberanak satu hospital x mahu accept aku. Dalam pukul 9.30pm aku gerak pulang ke Melaka. Gerak hati memang tak sedap, sepanjang perjalanan drive tanpa radio dan cacha pun tak banyak bersuara.

19.05.13
Pukul 3am aku terima sms, mengatakan mak lang makin tenat. Mak Ngah yang dari Terengganu sudah turun semula setelah balik ke terengganu pada 17hb tu. Oh tidak, aku makin berdebar tapi mata aku dah tak boleh nak buka terus aku terlena. Pukul 9.20am aku terima call dari Mama, masa tu aku dah rasa lain, slow-slow mama cakap " Gee, mak lang dah tak ada......" Aku diam seribu bahasa. Mama sambung lagi " Kamu jangan turun sini, yang pergi tetap pergi kamu jaga kandungan kamu"...Aku hanya mampu cakap Ermmm , dalam fikiran ni hanya satu, aku perlu ke sana. Lepas matikan talian, aku menagis sepuasnya. Hampir 30 minit aku mendiamkan diri, terus aku keluar bilik dan suruh anak-anak dan bibik bersiap gerak nak pulang ke Shah Alam. Semua berjalan lancar dan aku terus ke rumah mak lang sampai pukul 12.30pm, sebab aku pikir baik aku tunggu di rumah sahaja.Semua yang melihat aku agak terkejut. Aku yang jauh sudah sampai dan masa tu baru aku tahu rupanya arwah dah tak ada pukul 8.50am pagi. Aku tahu, mama tak mahu aku tahu sebenarnya, dia tak mahu aku turun dapatkan mak lang.

Kali terakhir mengadap wajah mak lang, tersenyum dan tenang. Aku tahu dia pergi dalam keadaan tenang dengan dihadiri semua adik beradiknya disaat akhir hayatnya. Kesemua adik beradik mama serta anak-anaknya memandikannya. Kami semua masih terkejut pemergiaannya , rasannya macam sekelip mata aku jumpa dia masa arwah melawat aqill di KPJ sebab dijangkiti Rotavirus kebetulan masa tu adalah hari pilihanraya. Mak Lang nampak sihat je...siap aku tegur dia makin kurus tapi maklang seperti biasa dengan lawaknya. Diet la, nak kurus laa...hakikatnya dia menderita dengan sakitnya.

Aku kuat ka? tidak... adik beradik mama tak ramai 4 orang je...semua perempuan. Kami pun sepupu tak ramai. Kami semua membesar bersama, kongsi segala suka duka,aku sebagai sepupu sulong selalu menjadi rujukkan adik-adik sepupu. Tak  kiralah soal apa sekali pun sehingga ke hal rumah tangga, kenduri kendara hingga ke hal kahwin ,makcik-makcik serta sepupu akan sentiasa update dengan aku. Mak Lang salah seorang makcik yang aku rapat dan dia juga paling rajin datang rumah aku di Melaka. Boleh dikatakan setiap tahun dia beraya rumah , tapi di tahun 2013 ini tiada lagi kunjungan dari Mak Lang. Aku pasti merindui gurauan kasarnya, ayat powernya , rungutannya dan bebelan dia yang setiap kali kalau datang rumah dia mesti aku call suruh dia siapkan makanan  sedap-sedap untuk kami. Kini semua x ada......yaaa aku akan rindu...




Buat pengetahuan , last year mak lang kehilangan cucu kesayangannya pada 31.05.13 dan tahun ini mak lang menyusul mengikut arwah cucunya pada tarikh 19.05.13 dibulan yang sama pemergiaan cucu sulongnya itu. Ini menambahkan  kesedihan seisi keluarga serta anak-anaknya terutama Pak Lang.



Mak lang in memory......


@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Mak Buyung

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bau Kemenyan