Aqill dan rotavirus

Actually ni topic lama..baru nak citer.
Hari sebelum pilihan raya yg jatuh hari ahad...jumaat tgh malam tu aqill kena tahan ward sb berak2..muntah dan demam sampai naik lembik badan2nyer....berak plak cair gila dan asal minum susu terus muntah...berlarutan sampai la ke malam bawak ke pagi. Menyebabkan si kecil ku yg katik bertambah kering. ..

No choice. ..pergi KPJ SHah alam nearest rumah mama...terus kena tahan sebab konon suspect keracunan... So bermula episod berkampungnya aku di KPJ tu...sampai 5 hari der...aduhh tuhan je yg tahu..dengan keadaan aku yg sarat melayan kerenah si kecil yg sakit dengan aku yang sememangnya badan x beberapa nak sihat. Pak anif seperti biasa time cuti la dia sibuk. So aku mmg tak mahu ganggu dia.

Setelah doc amik darah,sample nagis dan air kencing. Doc dukacita mengatakan nagis aqill dijangkiti rotavirus.
Apa tu rotavirus?
Ia adalah sejenis virus yang selalu ditemui atau berada dalam air, tempat yang lembab dan pendek citer lebih pd unsur air. Ia akan menyebabkan anak kita on off demam yg melampau dan berak cair terlalu kerap dan muntah2 yg berpunca dari virus tersebut. So kesan dr itu akan boleh kehilangan unsur garam dalam badan yang menyebabkan anak kita kering dan jika lambat leh menyebabkan maut.

Punca...hari sebelum itu..aqill puas berendam di pantai dan mandi kolam di rumah...so aku x tau dr mana dia peroleh virus tersebut malah sekiranya dia tercemar dgn air kolam dirumah..napa chalif x kena sekali...so..ini menjadi persoalan. Di pendekkan citer..mungkin aqill kecil lagi...mungkin dia kerap tertelan air kolam kut...kebetulan pantai tanjung puteri ketika itu dicemari ketulan petrol beku...punn maybe dari punca pantai..tp rsnya bkn dr.pantai kut..waallahualam..aku berserah sahaja..benda dah nak jadik kan.

Selama 5 hari tu...aku rs idup dah x semenggah alam..dah mcm bibik tuti pun ada.baju x totally out key.maklum la pakai baju pinjam...balik nak mengundi mana nk bawak baju seguni. Pinjam la baju mama. So faham2 jela..aku pi ngundi nampak kawan sekolah aku tunduk muka...buat2 x kenal.. Aku rasa dalam tv sibuk undi bangla..tp dorang tak tau aku ni dah mcm muka minah indon silap2 ngan2 aku org halau....dahh aku plak buat saman malu dituduh pengundi hantu.

Perjalanan berjalan lancar...rabu check out...lepas tu terus pecut balik Melaka. Apa pun this is 1st time si aqill kena tahan hospital.. Menjerit terlolong gak dia, sampai la ni sebut hospital je..dia cakap nanakkkk nanakkk....fobia btul anak aku.

Apanpun service kpj ok...cuma kebersihan masih x dpt tandingi Pantai...but totally okeyy...doctor pun okey...duit pun okeyy.hhhaaaaahaahhahaah

Ok chow..

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Mak Buyung

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bau Kemenyan