Weekend Chalifqil

 Edisi terjah terjun anak-anak Pak Anif

Aqill in the house ...tomey tomey
Weekend tanpa daddy ...seperti biasa kalau apak tak ada anak-anak gembira. Hahahaah ayat tak menahan konon nak tunjuk i lagi bagus layan anak dari apak. Okey ..actually itu ayat sedap cerita ayat tak sedapnya aku mak yong kena layan anak ko sonsorang tanpa ko Pak Anif oi!...( sila baca macam mana gaya aku cakap )  

Pepagi sabtu chalifqil dah bangun, anak i memang gitu ye kekawan tak kisah tidur lewat malam ke tengah pagi ke bangun tetap awal terutama sibijak pandai Aqill. La ni geram je rasa tengok gelagat dia yang semakin hari semakin bijak. Pandai plak tu borak-borak tapi faham tak faham aku Ahaaaa kan jer. Kalau nampak bas mata melilau sambil mulut menjerit bas bas bas, tau la daddy ko bawak bas kan pastu nampak lori terjerit-jerit panggil lolii loliii loliiiii , ye la kan tak akan nak panggil beca plak.

Kembali ke tajuk asal ye....
Bila memasing dah bangun awal, so bibik tanya nak masak apa ? Aku decide makan luar jer le sebab pagi tu ingat nak pergi Poslaju , pastu Thai Kuang Bookstore nak redeem Voucher Buku BRIM ( thank you gov, tetiba jerk ) dan singgah Tesco beli barang dapur.

8.30 start engine pi breakfast tak jauh mana pun depan rumah je , buat kata Aliff  " mummy2 nampak pintu pagar rumah kita tuuuu haaa ". Okey itu ayat perli Si Aliff , buat pengetahuan anak jantan Pak Anif ni agak memilih  dia nak makan tempat beraircon, class2 jer tapi bila makan kat warung dia order sekali 2 keping roti canai. Muka memberontak tapi nafsu makan tetap ado. Malas nak citer panjang bout the warung moh baco je Link dia WARUNG

Settle bab makan moh aku angkut rakyat jelata ke tempat-tempat yang dalam senarai. Berlengas badan ni angkut ke hulu ke hilir dari kedai buku terus tesco bila masuk plak rupanya Saturday is No Plastic Bag Day. Adei, plastic amat penting key untuk bekalan plastik sampah yang makin berkurang dalam rumah tu. So tukar plan just jejalan je kat tesco dan beli-beli roti , layan tengok orang derma darah ingat nak derma tapi muka aku ni dari dulu memang x layak. Dah penat bertepek kat tesco drive plak pi Giant , layan taman permainan FREE kat situ sambil threat lunch kat Food Court. Maklumlah, keluar dengan aku semua  hentam FREE tiba Pak Anif harus ko ketuk apak ko tu. Dah lah jarang spend ngan anak kan, so setakat berpuluh ringgit keluar tak akan nak berkira kut. ( hehehehehehe apa pun laki i memang tak pernah berkira kalau bab anak-anak ). 

Bila semua dah kenyang dan puas main....moh balikk laa.... 
Cukup sekadar 4 jam aku melayan dorang, even ada bibik tapi dah nama pun mak tak akan semua nak harap orang. Bibik tu hanya membantu sahaja, tapi tugas aku sebagai mak still macam biasa, menjerit , memekak, membebel dan mengejar. Kesian gak jadi aku ni , ada suami always outstation, ada bibik macam kesian nak suruh-suruh sebab dia sendiri pun dah banyak bantu aku.

Lepas je berjimba luar, balik rumah anak-anak tuntut plak nak pasang kolam. pERHHHHhh....memula malas gak nak layan tapi bibik nak layan....so mak yong beristirehat dalam bilik rehat-rehatkan diri. Lantak ko anak2..terpekek terlolong kat luar tu....omak ko nak sleeep........ZzzzzZzZzzzzz

Moh layan gambo anak-anak comel ini.....ahakss..



abaikan 2 makhluk tuhan kat belakang yang duk main pam angin.....konon feeling scuba bagai...

Bibik siap goreng kentang goreng untuk santapan  3 beradik ni

@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia