Produk pilihan setakat ini laa...

Hai semua..
Rasanya dah lama aku plan nak tulis entry produk muka pilihan. 
Bukan tak ada masa tapi bila penyakit pemalas menguasai diri harap maklum waalaikumsalam la ye.
So dimulakan bicara pembuka kata.....

Rata-rata kita kaum hawa mesti face dengan masalah muka. Tak muka berjerawat, muka kusam (aku la tu ), berjeragat , kering , berminyak, kulit sensetif dan segala bagai penyakit kulit muka. Samalah dengan aku yang memang tak terlepas dengan masalah-masalah seperti puan-puan alami ( acehhh ). Aku ni kulit jenis normal so sesetengah kata kurang masalah tapi hakikatnya kulit normal ni kalau tak dijaga dari awal boleh berjeragat, kulit kusam dan liang roma terbuka besar. 

Sebelum ni aku bukanlah jenis umat sekelian alam yang suka nak memanjakan diri dengan produk bagai. Aku pakai Safi , Biore, Olay, Garnea dan lain-lain. Asal model lawa je aku dah terpesona tak habis yang lama dah beli yang baru. So korang boleh agak la macam mana gaya kulit aku masa tu, denga kusam, kering pastu memang berbelak-belak dalam erti kata lain tidak sekata.

Sehingga timbul satu kesedaran.....masa tu kulit aku bertambah kusam lepas bersalinkan Aliff...pastu dapat plak kerja kerajaan so bercampur dan bergaul dengan pelbagai umat hawa , semua jenis pakai produk class-class aku je pakai produk model lawa dipasaran. Sedihkan....

Mohhh tengok muka aku dulu dan sekarang.....



Kulit Dulu Kala
nampakkan jerawat, kusam, ada sikit jeragat .....permukaan kulit yang tidak sekata

Sekarang 
Nampak lebih berkeyakinan....oily2 gitu...glow2 gitu

Produk pilihan aku since 2012 until now.....semestinya 



koranhg boleh lah usha FB dia ...owner dia LYNN pun cun giler....malah aku one of readers blog dia. So tak hairan lah aku memilih produk dia berdasarkan kecantikkan owner dia sendiri...So terpengaruh lah kan....hahhaahahhaah

Apa yang best produk ni :
Kulit aku dulu kusam kini Glow DAN LICINNNNnnn je
Kulit aku lembut dan gebu gitu....ni bukan aku cakap key tapi hakikat dah ramai tetiba suka nk pegang kulit i ni...
Malah orang yang tak kenal pun boleh puji kulit muka aku ni.......
pALING BAGUS CREAM MALAM dia ...mmg aku suka dia punya effect 24 jam dah nampak kulit ko cantik...


Selain Produk muka ...aku masih ON supplement lain seperti Vitc C dan la ni aku baru beli one produk bagi memutihkan kulit muka dan membetulkan struktur kulit muka well biasala umur makin meningkat penjagaan dalaman juga perlu menjamin suami tak lari ikut orang lain...hahhaahhaahhaah..sapa tak sayang laki weii...Produk apa aku pilih ? Okey...nanti aku update...setelah 2 weeks aku guna produk ni....kalau kesan dia successfull aku akan promote free produk ni dalam blog ni....

Okeyy lastly nak update p/s : Jagalah kecantikkan untuk diri sendiri ..... Barulah kita rasa berkayakinan dan nampak mempersonakan....Kredit for...Jaga kecantikkan untuk suami tercinta....klau dah cantik laki nak cari lain gakkkk....ko amik kapak ko katuk je kepala dorang....

Okey Chowwww


@}~~story is memory~~{@


Comments

Unknown said…
sesapa yang comen mengenai produk ni sila surf internet atau klik pada link yang saya dah buat...u ols boleh beli online terus ...seperti mana saya juga.

tq

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia