Aliff Darjah 1-2013

Alhamdulilah....
Diam x diam dah masuk 7 tahun Aliff, so tahun ni masuk darjah 1.
Perjalanan 1st day skoll dalam keadaan terkawal sebab pernah hadap cha masa darjah 1 tahun lepas.
So tak lah aku tercari-cari kelas atau segala bagai huru hara .
Sampai skool dah terpandang senarai nama pelajar Darjah 1 di kantin sekolah lama.

Oh ye pada 28.12 ada orentasi dan exam penentu kelas pelajar , so pihak sekolah awal-awal sudah mengagihkan pelajar yang advance dan kurang advance. Bukan maksud pandai x pandai ye, tapi lebih kepada pengagihan pelajar untuk cikgu lebih fokos dan memberikan penumpuan kepda pelajar2 dari x kenal huruf  sampai terlebih2 kenal huruf dan nombor. Yes..aku setuju cara penekanan sekolah SKBB. Tak lah pelajar yang x kenal huruf merasa tertindas apabila bersaing dengan pelajar yang dah sedia kala pandai membaca dan mengenal huruf malah cikgu boleh plan how to create this student . Yele, x tak semua ibu bapa mampu nak menyekolahkan tadika yang bagus-bagus untuk anak2 mereka kan...


Sekali lagi aku terkejut, dimana Aliff  di tempatkan di kelas pertama ( 1 Gemilang ) seperti mana cacha tahun lepas. Alhamdulilah , dua-dua anak aku ditempat kelas pertama. Malah aku bersyukur cacha tidak diturunkan kelas untuk tahun 2013 seperti mana terjadi pada rakan sekelas cacha yang ramai diturunkan kelas. 

sEDIH gila, 
bukan sedih sebab aku yang gagal, aku sedih sampai nak menitik air mata ni bila tengok nama aliff di tempatkan kelas pertama. Aku target aliff di kelas 3 atau 2...tak pun ke 4....kejam der...Aku x meletakkan harapan yang tinggi mengunung sebab aku rasa untuk terlalu awal meletakkan harapan yang tinggi pada si aliff ni dengan sikap dia yang suka sangat main PSP, leka dan suka bagi alasan bila suruh study......Serius, bila masuk kelas aliff...aku tunduk je, sebab menahan airmata kegembiraan dari jatuh ke pipi, kang orang kata hoverr plakkk mak ko ni. Barulah aku tahu perasaan ibu bila  rasa bangga dengan anak.. Aku baru anak berjaya masuk kelas pandai, dah kembang kuncup hidung menahan sedih dan rasa bangga. Aku berharap aliff kekalkan prestasi sepeti cacha, tapi aku x mahu terlalu meletak harapan yang tinggi pada aliff , sebab dia lain macam sikit ragam dan perilakunya.


Inilah anak bujang teruna i yang gediks.....bagi rm2 ...waktu rehat gak dia sesah abiskan wang saku.....tak pernah makan nasi lemak ada sambal...boleh habis ye dia sesah sorang. Pandai plak ko makan sambal, kat rumah ko jerit suh asingkan segala bagai.....budak-budak kalau ada mak bapak memang mengada lebih, dekat sekolah lauk apa kat kantin tu semua ko makan. Geram sungguh! 

Ni aku snap sedang dia menikmati nasi lemak bersambal.....elok je ko makan ye nakkk......abis licin plak tu....kecik ati mak ko ni...

Cha, ditugaskan memantau aliff di kantin, anak dara petah ni, makin hari makin gelap....dah macam anak mummy penang mariiii.... Apa pun cha memang kakak yang garang dan baik, even dia suka nak marah-marah aliff, tapi dia jugaklah yang banyak mengajar aliff....senang sikit keja mak apak ko nakkkk....luv u sayang anje..



Mana ada ibu tak mahu anak berjaya, semua parents ada harapan untuk anak-anak. Ada yang parents terlalu meletakan harapan yang tinggi mengunung pada keupayaan anak tapi pasrah bila anak tidak mencapai target yang diharapkan. Bagi aku, dua-dua anak aku ada kelemahan dan kelebihan masing-masing ....cha dengan perangainya dan aliff dengan sikap cool tak bertempatnya. iNGATlagi masa mereka dua-dua membesar serentak, rasa macam bela nak kembar. Tapi bila dua-dua dah besar alhamdulilah....merekalah yang jaga adik mereka bila mummy dan daddy sibuk mengurus hal rumah. eVEN  dah ada maid, kerja-kerja rumah still aku dan pak anif serta tidak serah bulat-bulat pada maid.  Malah aku train anak aku x terlalu mengharapkan maid, sebab tugas maid dalam rumah tu lebih pada kerja-kerja mendobi, lipat  baju, mengosok, mengemas dan uruskan aqill. Kalau aku ada, banyak kerja aku buat sendiri , kekadang-kadang aku pegang mop aku mop, mengemas dapur, maid aku plak segan sampai cakap " kakakkk, bia saya buat..." . Ermm..even aku pernah dibesarkan dengan maid tapi aku bukan simply nak jadi bossy mengarah itu ini, selagi aku boleh buat aku buat......kalau aku mengarah itu ini aku tak mahu anak aku plak terlebih sudu dari kuah mengarah itu ini. So, didik anak dari contoh mak bapak.......apa yang ko merepek laaaa...

Kata-kata akhir : Melentur buluh biar dari rebungnya.......sekian, terima kasih


@}~~story is memory~~{@

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia