Penutup 2012

Tetiba je tajuk penutup 2012..
..huhuhuk  aku tak tahu penyakit apa yang merasuk, memang aku rasa 2012 tahun paling aku malas nak update blog. Eh bukan aku memang malas ke?...ok lupakan.
aku malas malas dan malas....ada aku kesah...bukan ada reader pun aku terhegeh2 diva nak update blog bagai..Aku buat blog ni pun macam berangin ..kadang sepoi ok aku menulis , tiba monsun taufau ikut suka mak bapak aku laa nak update ke tidak...kadang-kadang makan berbulan , ni nak test bertahun plak...acehh..

Tahun 2012 .....  kenangan pahit manis menjadi lumrah kehidupan. Sepanjang 2012 ni , aku sibuk dengan aktiviti FO yang semakin lama semakin membangun dan alhamdulilah profit bertambah lagi bagi tahun 2012. Dengan profit yang diberi oleh allah swt dapatlah aku upgrade rumah aku sikit-sikit, bawak anak2 bercuti-cuti Malaysia dan honeymon bersama suami tercinta di Langkawi 2 kali hendaknya. Seperti yang dijangka tahun 2011 bukanlah tahun yang ONGG kedek-kedek buat Dedaun, dimana pak anif mengalami kejatuhan yang buat kami merangkak  anak beranak dan masa tu tuhan sahaja yang tahu tapi berkat kesabaran dan keredhaan kami untuk menerima semua dugaan allah alhamdulilahhh....tahun 2012 ini kami mulakan langkah dengan selesa dan leganya seiringi dengan kebangkitan FO.

Ya, allah maha adil , setiap apa yang diduga pasti ada hikmah disebaliknya dan ia mengajar aku dan pak anif sentiasa tabah dan kuat dalam berdepan apa jua rintangan dan tidak lupa serta lalai  menjalankan tanggungjawap sebagai hambanya . Ya allah ko sememangnya maha adil dan maha bijaksana ....Tak perlulah aku cerita tapi aku percaya rezeki allah bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit mahupun harta benda tapi rezeki itu boleh datang dalam bentuk lain...Tak lain x bukan aku dan pak anif akan menimang cahaya mata ke 4   ...hik hik untuk anak ke 4..sEMUA TIDAK DIRANCANG okey..tapi kami gembira sangat ..thanks god

Study aku di OUM....ikutkan aku dah grad...but seperti sedia maklum..aku extend setahun masa preggy si aqill.....so nampaknya 2013 lagi setahun aku mengadap buku2 OUM tu lagi. Aku harap preggy kali ni x mengalami masalahlah hendaknya. OOoo lupa plak...tahun 2012 aku dah pakai maid, alhamdulilah berkat rezeki kami..harap2 x larilah maid aku but aku tgk okey je setakat ni...harap-harap kekallah sampai 5 tahun. ...Kenapa pakai maid?...ia bukan sesaja gatal aku nak amik , mahupun  pemalas walaupun hakikat memang pun..hik hik...actually tahun 2012 hidup kami suami isteri agak sibuk, aku dengan FO, study , keje hakiki dan aktiviti jabatan manakala pak anif sibuk dengan dedaun. Kadang-kadang aku tak jumpa laki aku sendiri 2 weeks direct , atas kesibukkan itu chalifqill asyik kena tranfer rumah mama tok dan nek yang , oleh kerana terlalu sibuk mama pernah stay rumah aku hampir 2 months sebab nak bantu aku jaga cucu-cucunya tersayang....Demi anak-anak aku lakukan semua ni....tinggalku untuk rezeki mereka juga....ya allah hanya tuhan sahaja tahu bertapa letih dan kusutnya aku nak capai anak, nak buat keje tu buat keje ni....tapi aku?  maintain relex je bila datang opis. Kalau soal penat dan letih usah disebut, kadang-kadnag aku x cukup tidur ke opis tapi aku motivate diri aku semula supaya jangan ikut kehendak letih sebab apa yang aku buat atas pilihan aku sendiri. Aku mahu rezeki yang aku cari biarlah dari sumber yang baik dan halal...aku x  mahu...sana aku kejar , sini aku kejar sampai trpaksa mengorbankan kerjaya hakiki aku dan buat orang lain tak selesa kepada aku.

Mama pernah cakap...rezeki yang baik datang dari hasil yang baik...baik macam mana? datang kerja dengan ceria, ikhlas buat kerja, tidak merungut pepagi ke pejabat, sentiasa tidak mengeluh dan mengadu letih atau penat. Kalau cuti buat cara cuti , sakit buat cara sakit  jangan  tak sakit tapi katanya sakit.. Kesan dari cuti tu, cuti 2012 aku x carry forward banyak ke 2013 sebab gara-gara  cuti exam, cuti hal anak2 dan cuti untuk FO. Selagi aku boleh bahagikan masa kerja FO dan kerja hakiki , insyallah aku boleh handle...apa pun kerja hakiki adalah lebih penting dari FO, sebab inilah periuk nasi aku anak beranak serta masa depan aku.....walaupun FO memberi pulangan yang lumayan dari kerja hakiki tapi bagi aku setiap apa yang aku buat ada kepuasan masing-masing.. Apa yang penting..jangan mengeluh dan curi tulang serta mengelak untuk lakukan kerja yang diarahkan. Aku percaya  datangnya anak yang bijak pandai dan baik adalah dari sumber yang sempurna. Aminn...

Thanks allah sebab bagi rezeki 2012 kepada aku anak beranak serta keluarga, FO , dedaun dan kehadiran anak dalam kandungan ini yang masuk 4 bulan,....dan insyallah baby 4 akan hadir pada pertengahan 2013...Diharap kehadiran 2013 menjadikan hidup aku sekeluarga lebih bahagia , aman, dan dilimpahai kasihsayang serta rezeki mu allah....Tak kisahlah dalam bentuk apa pun rezeki itu yang pasti aku yakini....apa yang baik semua datang darinya dan yang buruk adalah datang dari kita yang tak tahu bersyukur dan x redha atas ujiannya....

Bye 2012
Welcome 2013

 Anugerah terindah dari allah untuk kami...thanks allah sebab hadiahkan aku anak2 yang bijak pandai, lasak dan menghiburkan dikala aku gundah gelana....

@}~~story is memory~~{@

Comments

Anonymous said…
amin. moga sentiasa dalam dalam rahmat dan mendapat keberkatan dari Allah. may Allah bless u and family.

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia