Sebab ku pilih dia

Nama pun dah suami...mesti kita sayangkan..walaupun adakalanya perkahwinan ni ada pasang surutnya  bagi aku selagi dia suami aku selagi itulah aku akan cuba bersedia dan sentiasa menerima kelemahan mahupun kekurangan dia....thanks sangat pada dia yang sentiasa membahagiakan walaupun kadang kala begang la gak sebab dia x romantikk...uhuk uhukk...... Jika sebut soal cinta, aku kahwin pun macam susah gak la nak menyintai dia..well bukan jual mahal tapi hakikatnya cinta macam x sampai. Tapi aku solute dia yang sentiasa bersabar dengan kerenah aku yang macam kanak2 pra matang. Nama je anak sulong tapi perangai still budak-budak. Tapi dia tetap layan kerenah wife dia yang madang nak bermanja lebey.kekadang tu dia begang gak ngan kerenah aku..
( ko dah kenapa ilaaaa ) itulah ayat yang selalu dia lontarkan bila aku ajukan soalan pelik2...hahahahahahahha...
Even dia x romantik dia sangat lovely pada aku dan anak-anak...sayang kamu anif


ni dia my cayang....my roomate yg always x ada...


sebab kupilih dia

1)  DIA PENDIAM - kadang2 begang gak.....bila dah duk berdua..dua2 diam...pastu tetiba bunyi cengkerik...krik krik krikk...adoii..baik aku kahwin ngan cengkerik tuuuu...yerhh sangat kontra dengan aku yang pok pek pok pekk...tapi aku tahu dia lebih rela dengar aku x henti2 bercakap dari aku tetiba diam..haaaaaaaaaa time dia tu dia plak yang banyak soal.

2) DIA X ROMANTIK ( seperti diatas ) - uhaaaaaaaaa..ni yang tensi kekadang bufday aku leh lupa..anniversary leh x hingat...tapi aku redhooo joo...bila dia lupa aku lah tolong hingatkan..tapi kadang tu aku terus buat lupa...malas lahh...sepanjang aku jadi wife dia sekali je dia bagi bunga..itu pun aku yang melolong suh bg bunga... itu pun aku tunggu lama la gak nak tunggu bunga .tensi mak jemahh tau.. walaupun gitu..tetap sayang dia..sikap x romantik dia tu lah buat aku rasa dia CUTEE sangatt.. ( cover cover ..uhaaaaaaaaaa )

3) RAJIN - aku rasa dialah lelaki terajin  dimuka bumi ni....aku x rasa aku akan pandang dan membezakan lelaki lain selain dia...yerhh aku akui dia banyak bantu meringan segala keja dalam rumah kami. Kalau dia dah start mengemas habis segala barang dipunggah. Agak2 tak kena sikit dia membebel, well seperti biasa kalau dah start membebel  mak buatla muka bodoh , lagi bengkak je member..lalalllalalala

4) PENYABAR - sangat penyabar melayan kerenah aku. lagi tahan sabar jika aku mengamuk pastu diam memberontak. Yer..aku kalau dah begang mulut terkunci pastu x mo capak apa2..itu tanda mak jemah PROTES..dengan machonya dia memujuk kuarlah segala mukadimah, ayat2 pemujuk rayu raban walaupun ayat tu belum tentu kalau dengar boleh sejukkan hati aku..Agak2 salah dia just cakap " sorry" , " okeyy, daddy minta maaf "..macam x ada perasaan okey

5) PENYAYANG - seperti suami2 yang lain...sama je cuma dia penyayang lebih pada anak2, so rasa x kisah lah anak tu anak den gak kan..tapi kalau pasal anak, sebut je nak makan apa..comfirm dia tunaikan seperti juga aku. Kalau anak sakit dia lebih risau dari aku yang always cool je ....masa ni la pun aku nak terima call dari dia x lain x bukan tanya tentang perkembangan anak.

6) CARING - one more thingbout him, masa aku mengandung dari anak no 1 sampai 3 dia akan sentiasa teman aku untuk check meternity, dia sanggp tolak trip untuk sentiasa teman aku dan aka cuba spend untuk bersama2 aku jumpa doktor.( love u sayang ). Kalau aku sakit dia akan always jaga aku siang malam sampai sanggup ketepikan tugas lain. yerhhh aku sangat menghargainya deep deep

7) SUKA DIMANJAKAN - ermm ni tensi kit..dia x mo manjakan i ..tp dia nak i manjakan dia. yolah kan., nanti dia pi manja ngan orang lain ko gak melolong. Dia suka sangat kalau aku facialkan muka , urut2 badan dia dan suapkan dia makanan. Paling dia suka  klau aku duduk dia akan datang dan baring atas peha , amik tangan suh picit kepala. layann je laaa..aku pun kekadang suka gakmeyelit bawah tiakkk dia...hihihiihiii pastu main pusat dia..ahhaahahah


Sukar nak digambarkan betapa aku menghargai dia untuk diri ini, walaupun banyak dugaan dan rintangan alhamdulilah aku berjaya menepis dan kuatkan hati supaya terima seadanya dia untuk diri ini dan menyokong apa sahaja yang dia lakukan.


daddy,
walaupun u x romantik tp i sayang u....
sayang sangat..deep deep
i rela jadi hamba u sampai bila2
asalkan u jaga i elok2
x perlu nk jg hati ini sebab i always akan jg hati u
sebab syurga i pd u sayang..

ur wifey
ilaje


 ramai kata dia handsome...ermm handsome kut....tapi aku x pandang handsomenya...aku padang ke SASAAAN badannyaaa...hahahahahaha ( laki ko ada )


@}~~story is memory~~{@


Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia