Puasa 10

Kejup jerk 10 hari puasa
Awal puasa orang bergolot nak berbuka dengan keluarga, pilih menu berbuka, 
sibuk dengan bazar ramadhannyer, tak lupa yang di perantauan sok sek sok sek sedih berbuka tanpa lauk mak..
Citer bak lauk mak ni memang boleh menagis lagi2 masa berbuka
dUK La pikir apo ma masak , menu apa la kat kampung..( tu zaman aku )
but now call jer..." mama , masak apaaa tuu " bila mak korang bentang tajuk menu lagi2 menu tu selera tekak kita perhhh comfirm touching. Kalau aku mahu melalak x abis2 sampai ke terawih.

Berakhir minggu pertama berpuasa maka bermula minggu kedua, masa ni bazar ramadhan dah mula tumbuh bagai cendawan. Ko tinggal sediakan duit jerk x ada duit round pun jadik ler. Minggu ni semua duk pikir nak prepare kelengkapan raya , yang berkahwin duk pikir baju , kasut raya anak....hihihihihi time ni paling pening maklumlah anak dah 3 so lagi kelibut dunia aku, pernah jadi pada aku duk sibuk beli kelengkapan anak sampai satu ektika baju melayu laki aku lupa nak masuk senarai apa lagi malam tu juga pi bazar ramadhan cari baju. Kesian pak anif keyy dapat bini yang x mengigat laki.

Tahun ni plak, satu kejadah apa pun aku x prepare kecuali baju aku dan cha itupun sebab aku duk beli kain utk FO kat Jakel sekali rembat 7 meter untuk aku dan cha. Now dah nak siap just tinggal nak amik je kat toilor. Aliff dan aqill aku pikir better beli dah siap jerk sekali ngan pak anif, Insyallah hujung minggu ni menapak la aku anak beranak ke Jalan Tar. Baju jalan dan kasut anak aku pikir beli kat Sogo je itu pun kalau aku terdaya nak pi, every year aku pergi but aku rasa macam makin sesak sogo tu tapi baju budak kat sana la yang consider murah dan berbaloi. Tapi ya ampun aku x sanggup nak berdepan dengan asakan dan himpitan ibu2 bapak2 anak2 aku rasa x payah aku citer pun semua dah tahu macam mana azabnya.  Dulu bolehla  setakat cacha sorang now aliff dan aqill perhh tu x termasuk yang melalak, yang merengek dan paling x leh blah tetiba hilang  tadi ada sekali toleh x ada cari2 duk menyorok balik baju konon nak cak cak la kan dengan mak ko ni...okey x ada makna pelempanggggggg aku bagi.( tu dasss aku pernah bagi kat aliff).

Last year pi gak kat sogo...tapi masuk dengan berhormat keluar pun terhormat...aka tagan kosong. Asal? sebab aku tengah sarat mengandung dak aqill, masa tu pun tengah tunggu hari jerk, kaki pun dah x larat duk la aku laki bini kat tepi patung2 tungu kak geejah ( makcik aku ) sopink untuk anak2 dia. Akhirnya belilah aku kelengkapan anak2 di Melaka jerk...itu pun x sopink sakan la sangat sebab keadaan time tu pun agak tidak mengizinkan aku nak lasak2 sangat.

Tahun ni, masih samar2, belanjawan dah dikeluarkan oleh pak anif  tapi nak keluar tu macam malas. Paling menambahkan ketidak semangat aku final exam aku last seminggu sebelum raya. adeii lemah longlai rasanya nak pikir segala . On the same time aku tengah buat tembok gate rumah dan buat floor carpouch, so semangat nak abiskan kearas rumah lagi penting dari kelengkapan raya. Apa pun aku akan priority bab anak2 dulu baru hal aku lakibini.

OKey......ermmm actually aku ngantuk bangat ni..tu yang aku layan blog ni...adeii maa aku ni dah x leh nak bukak dah ni...rehat ni nak balik hadap cha yang demam...sian princess aku tu...

cHow

ps:......ZzzzZzzzZZZz

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia