Petua Bengkak Susu dan Puting Luka ( Ulser )

Semekom,
Today genab 36hari i berpantang....fuhhhh rasa macam dah 3bulan je rasanya. Maklumlah duduk umah x buat apa keje duk layan baby, tengok tv, layan chalif , layan FB dan mengadap laptop surfing apa2 yang patut. Oleh kerana dah 36hari jadi tinggal lagi 8 hari aku akan merdeka, walaupun hakikatnya cara berpantang kali ni agak longgar dan x ikut adat berpantang gara-gara tekanan yang menimpa pada awal minggu berpantang. Malas nak citer tekanan tu now dah settle cuma baby Aqil sekarang ada batuk berkahak la plak....ermm pun buat aku stress pada malam hari. Apa pun itulah dia pengorbanan seorang ibu, kalau rasa nak tidur ko selesa baik jangan sebut nak beranak pinak. Susah nak jumpa baby yang kerjenya tidur sahaja, setiap 2-3 jam baby akan bangun untuk menyusu, bagi yang dah bancuh susu terpaksa bangun buat susu dan sapa yang menyusu badan dalam pejam2 mata ko boleh talakan tetek ko kat mulut anak. Ko bolehh...? 

For me, sangat2 beruntung sebab susu i banyak u ols..rasa seronok sangat susu badan banyak walaupun pada awal2 dulu aku agak tertekan dengan BENGKAK SUSU dan PUTING LUKA serta berdarah (ulser) , alhamdulilah nasib aku kuat semangat walaupun di ikutkan hati nak ajer aku pi klinik beli pil stop susu badan. Jangan tanya sakit dia macam mana kalau dah bengkak susu ni, lagi2 duk layan puting plak yang luka, ya allah tuhan sahaja yang tahu bertapa derita dan sakitnya bagai dihiris pisau, paling x boleh terima bila tuala terkena puting yang sakit masa tu  macam nak menjerit2 sakitnya. AduhhhhHhh....sakit OOoooo.. Now tidak lagi...

Actually puas gak aku tanya kekawan dan orang2 tua apa petua bengkak susu dan puting luka ni....pendek kata apa jer mereka suggest aku lakukan. Hari ke 4 aku dah mengalami demam susu yang melampau, ya allah tuhan je tahu bertapa deritanya aku. Okey dunt panic, u all perah je susu guna pemerah susu..aku just guna Pureen Pam jer, budget!...Comfirm lega...kalau korang rasa x lega juga...ambil kelopak kobis just balut breast dan masa tu boleh lihat kobis yang sihat tetiba jadi layu....tu tandanya korang demam susu. Tapi awas jangan kerap gunakan KOBIS bila sakit...dia akan menyebabkan susu anda kurang dan kering. Aku guna petua ni sekali jer, sebab nak legakan breast yang panas malah kebetulan aku x beli lagi breast pam.

Tang..Puting luka...aku ada beberapa cara dan petua...lepas breastfeed anak basuh breast dan amik sedikit susu anda dan sapu di luka @ keliling puting dan amalkan before puting luka atau dah mmg luka.Insyallah , dalam masa 24hour dah lega puting tu but sekiranya dah makin parah pergi farmacy atau kedai baby cari cream for nipple ...aku guna jenama MEDELAjer..pastu aku beli nipple shield ( gitu kut eje nya ) utk cover puting but before sapu cream tu aku sapu dgn air susu dulu. insyallah berjaya...

okey baby aqil dah bangunnn......seperti biasa nak SUSU lerrrrr.......


Comments

Alhamdulillah saya masih mampu menyusukan anak saya yg kedua sehingga 1 tahun setengah dan anak yg ketiga masih menyusu sehingga sekarang berusia 6bulan. Masa anak ke2 dlu mmg xtertahan sakitnya bila puting luka smpai berdarah dan menanah..dan perkara yg sama berulang lgi untuk anak ke3..puas cri petua untuk hilangkan sakit supaya cepat sembuh. Terima kasih sbb mummy snggup kongsikan petua ni untk saya wat rujukan,

jemput singgah blog saya Petua Menyembuhkan puting luka dengan cepat

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia