Tekanan Berpantang

Semua orang seronok bila tahu sudah mengandung, termasuklah aku yang dah 5 tahun x beranak tetiba beranak haaaaaaaaaa sekali amik ko yang no 3 kali ni agak buat aku x lena tidur, letih kurang tidur, menyusu x henti2 , paling ketara badanku susut mendadak dari 63kg turun ke 48kg...ya ampun..itu berat masa aku zaman remaja. Tengok penimbang macam seronok je kan bila tgk angka menjunam jauh mcm risau plak kita kurus tapi badan x sihat sehingga diri ni rasa tersentap bila laki ko sendiri tegur yang bini dia dah macam jerangkung..bila tgk cermin dari belakangg fuhhh yoo kurus beb ..bila toleh je depan...ya ampun dah macam si kering pikul buah kepala dohh. Serius, breast aku melampau x hingat punya besar, aku rasa aku makin bongkok ni kut sebab pikul buah kepala berisi susu segar. Puas aku memerah siang malam petang tapi x ada makna nak susut okey....sampai aku fobia nak makan dan minum takut lain plak yang naik.

Jadual aku seharian amat full........ full dek melayan anak yang 9 bulan di kandung. Konon dalam pantang je nak mengadap FB tapi haramm...dah masuk semingu lebih baru aku berani nak mengadap sebab aku rasa masa 24jam macam x cukup. Badan kita lepas bersalin amat lemah, aku yang  kehilangan banyak darah memerlukan penjagaan yang amat teliti dari segi pemilihan makanan dan cara berpantang. Orang kata pantang cearser senang nak jaga, ermm x ada maknanya..kalau dah ikut pantang mama comfirm segalanya aku kena follow. Tapi alhamdulilah hari ni dah masuk hari ke 22, perut aku dah x membuncit ...kempisss jer...gara2 pagi petang dan malam aku di tala bertungku dan bertangas sampai nak berpijar juboooo aku ni. Bertungku pakai batu sungai, perhhh berat sehh..tu yang sampai kempis perut tu, sampai nurse mai umah terkejut rahim aku dah kecut dengan cepat. Apa yang x cepatnya, bertungku sampai ke malam di letakkan batu atas perut sampai nak terbako . Malas nak citer...jom thru apa aku buat seharian.

Pagi
6.30am Aqill bangun aku susukan dulu.....
Aqill di mandikan Mama
Turn aku mandi dan bersiram air daun2
Perah susu
Breakfast
Bertangas
Bertungku
Kadang2 aku tertido dalam bertungku

Tengahari
Lunch
Menyusukan Aqill
Perah Susu
bersiap untuk berurut dengan Mak Jah pukul 3pm

Petang
Siap berurut
Menyusukan Aqill
Aqill di mandikan petang
Bersiap untuk Aku mandi
Perah Susu
Minum petang

Malam
Makan malam
Bertangas
Bertungku sambil tido ( ITU KALAU DAPAT TIDO )
Menyusukan Aqill

Itu baru bab citer jadual yang agak tidak terperinci. Tapi percayalah, kalau nak badan ni sihat dan pakai lama kenalah dengar cakap orang tua. Apa dimasak ko telan je apa di cakap ko ikutkan ajer. Kadang2 laki aku sendiri kesian tengok aku yang madang curi2 tido bila aqill tertido. Jangan ingat aku je yang letih, laki aku yang x bersalin pun sama letih sebab melayan si ibu berpantang dengan angkat air rebusan daun, cari daun2 untuk aku bersiram,pergi pasar, keluar masuk rumah ke kedai beli barang yang x pernah nak cukup2,  beRkk kan aqill lepas menyusu, bawak aqill jejalan pagi dan petang dan tolong layan aqill bila x tido malam. Itu belum aku citer mama aku yang seawal 6 pagi bangun uruskan chalif ke skool, buat breakfast, prepare mandian aku dan aqill, bakar batu untuk bertungku, membasuh, melipat serta mengemas baju dan kalau nak citer sampai ke malam pun kerja mama x abis2. 

Kesian?....aku lagi x sanggup ...aku bukan minta dilayan begitu dan hakikatnya x sabar benar nak abis pantang ni..sebab aku nak susun balik semua perkara yang pernah aku buat dan kini aku tinggalkan. Mama akan balik Shah Alam after aku pantang, dan aku akan susun balik perjalanan kehidupan aku agar tidak kelam kelibut bila dah start kerja nanti. Bulan ke2 pula aku dah plan untuk start buat perahan susu untuk stok waktu kerja. Now aku ligat surfing internet untuk cari breastpump terbaik, termurah dan selesa untuk aku si pengepam susu. 

Setiap orang lain cara berpantang ....ada yang relex je...x kelibut mcm cara aku. Kalau tak ikutkang diri sendiri yang sakit ...so better aku ikut. Kadang2 aku pelik, bila sebut pantang je semua target nak kurus dan cantik.....aku x kata aku x mahu semua tu tapi hakikatnya target aku sekarang nak breastfeedkan aqill se' Xclusive  yang boleh dan negative yang akan aku hadapi breast aku akan kembang dan besar manakala badan aku yang kecil dan ketot mmg kalau pakai kebaya comfirm orang pandang buah kelapa aku ni. So, jadinya untuk 6 bulan pertama aku kena berpuasa dari bergaya SAKAN dan keutamaan untuk si jantung hati kecil ku BABY AQILL ELMANDS MOHD ANIF..

p/s: sesiapa ada petua kecikkan breast untuk menyusu...sila EMAIL makk...yang penting petua tu x memberi kesan kemudaratan pada aku dan bayi...tq...:)

Comments

KakSuey said…
Busy kan masa berpantang, belum lagi cerita anak x tido malam menangis je keje.aha apa pun itu smeua pengalaman.ada hikmah tu

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia