Saat Kelahiran Baby AQILL

Fuhhhhhhh.....lama nyer mak x update blog yerkk...ada yg dah rindu ker? x ada maknanya nyer kan agak perasan je aku ni...ada ke reader? poyosss...paling kurang yang baca pun dikalangan mereka yang suka nak jaga tepi kain mak ni...auwwwwwww....kelas tangan ku agak cilupar..x kisahlah kan orang nak amik tahu hal aku ni apa yang penting mak x kisah okey....dan ada aku kisah.

Serius okey...
Alhamdulilah, sempat juga la aku ni makan hidangan hari raya seperti SOTO, LONTONG, RENDANG dan fov  mak Daging Goreng, pendek kata resepi made in Johore semua mak suka maklumlah im pure Johore....yekerrrr? mak bapak jo pure johor aku menumpang jo...

Actually due aku 8.9.11 tapi genab 9 shawal bersamaan 7.9.11 aku dah rasa sakit-sakit di opis, so lantas ke Hospital Melaka 
( gov jerrrr ) pukul 11.00am dan around 12.30pm air ketumban pun BommMM kat kaunter kamar bersalin. Malu x malu la gak...sebab ni 1st time mak rasa air ketumban mak terlobos sendiri sebelum ni dua2 anak aku doc yang BomMm kan. Mahu aku x segan, mata bakal2 ibu yang tunggu turn nak bersalin semua pandang aku , mana tak nyer empunya badan pun x perasan yang air dah meleleh kat lantai tau-tau rasa macam air panas je.....bila nurse ckp " Ehhh air ketumban awak dah pecah "...haa baru tahu kalau x aku buat segan x mahu mati2 ingat kencing dalam seluar. Okey....keadaan agak kelam kabut, nurse cepat2 suh aku naik atas katil nak VE, kebetulan katil sebelah dah ada sorang perempuan india meraung nak beranak. So, seluk punya seluk alih2 aku plak yang diorang kata urgent terus tolak labouroom...serius okey, sikit aku x rasa sakit tapi kelam kabutnya doc dan nurse tu umpama kepala anak aku dah nak terkeluar. Dalam kelam kabut aku sempat tengok pompuan india tu terangkat2 kaki dia menahan sakit...yang pasti nurse sibuk tukarkan pakaian aku , aku plak sibuk hal orang lain...Aku macam blur jup, sampai ada nurse perhatikan aku boleh bersuara " weii...ibu ni blur laa..." ops, aku ke? comfirm yes....aku just senyum je dan terus aku bersuara " nurse, saya x sakit lagi laaa....x per x per saya boleh uruskan diri sendiri"...Terkejut nurse dan Sister, walaupun aku tahu bukaan aku sudah 5cm, yang pasti aku rimas okey orang kerumun keliling aku. Nasib mak x jerit "..AKU BELUM NAK BERANAK LAAA "

Kalau nak citer panjang...pendekkan...terus ke labouroom. Ok, kali ni pak anif ada sebelah aku, dia teman aku, konon kalau nasib baik dapat tgk aku deliver anak ke-3 dia. Tapi nampaknya nasib x sebelahi dia, aku di takdirkan operate sebab jantung aqill dah lemah walaupun aku ada kudrat nak teran dia, doc x bagi aku teran baby....masa tu aku rasa kecewa sangat. Aku dapat rasa kepala aqill dah berada di bawah tapi apakan daya bacaan CTG mengatakan jantung anak semakin low dan bercelaru.....Tapi pak anif dapat lihat dan rasa gengaman tangan aku menahan sakit, dan dia cakap " pertama kali daddy tgk mummy betul2 sakit ...kuat jugak tangan mummy gengam tangan daddy"..Mahu x sakit hujung nyawa tau.

Around 4.30pm aku ditolak ke operation room....masa tu sakit dah agak melampau yang aku ingat nurse dan doc buat kerja sangat pantas sebab jantung aqill betul2 lemah. Masa tu nak nagis pun ada, sebab risau keadaan anak yang dikandung. Mulut ni dah x leh nak kata apa, yang pasti aku pandang je muka pak anif , banyak kali dia cium dahi aku. ermm sedih sedih. Masuk bilik bedah aku diberi bius seluruh badan sebab pakar bius tanya either 1st operate bius half or full, aku bantai kata FULLLLL....walaupun hakikatnya Half..hehehehe takut takut takut. So, sedar2 aku dah siap dan tahu2 nak tunggu tolak wad dan tahu-tahu jugak aku rupa2nya kena anemia yang teruk  2 pain darah dah masuk dalam badan aku ni. ( Masa mengandung aku dah tahu aku anemia, sebab tu aku rongak 5 hari puasa )...syuhhhh

Wad...24jam aku x sedar diri just amai2 jer..yang aku tahu mama , mak, adik ipar dan ada gak yang mai aku x leh nak hadap sebab aku mmg lemah giler...Badan aku pucat dan kuning kesan dari kehilangan darah. Hari ke-2 , bila nurse bukak je beg kencing terus aku gagahkan diri untuk bangun sebab aku nak cepat keluar. Doc tanya u dah berak, kencing ...semua aku taram dahhhhhh...padahal aku sembelit okeyy...bila nampak doc round je cepat2 aku angkat aqill dan aku susu kan...dan buat2 senyum ceria...padahal kepala aku ni macam rasa kena hempap batu. BP aku rendah, doc tanya adakah aku rasa nak pitam atau pening..aku hentam kata x ada apa2..okey jer..padahal haramm..x tahu masa nak gi toilet aku dah sembah dinding toilet tu  menahan kaki aku yang mengeletar....Okey..kalau x buat macam tu comfirm aku kena tahan 14hari !! baik sakit pening aku di rumah. So, pada siapa yang agak2 nak buat macam aku..harap2 anda tergolong manusia yang kuat semangat, berani mati , x mengada2 dan ikut rasa sakit....dinasihatkan JANGAN TIRU GAYA aku ...kang kalau dah jatuh tersembam korang boleh mati tau, bab2 kurang darah jangan memain kita boleh stack tetiba....serius..pada mereka yang kehilangan banyak darah jangan tiru aksi berani mati aku. Aku ni degil...buat kata mama benda yg x boleh itulah yang aku suka nak redah.

Alhamdulilah....hari 3 aku dapat keluar, doc tengok anak aku pun sihat dan aku pun buat2 sihat..dan yang pasti x sabar nak balik umah dan x sanggup aku nak duk lelama kat lam wad...

Bila dah balik....lain plak jadinya.....ermmm....apa yang jadi? tunggu sambungan entry lain.....

Nama : AQILL ELMANDZ MOHD ANIF
sebenarnya aku ngantuk okeyy........

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia