Rayer 2011 Serba Kekurangan

Raye 2011

Alhamdulilah, tahun ni dapat juga aku beraya tanpa berpantang....risau gak aku beraya dalam berpantang mana idaknya mahu melepas makan ketupat rendang, lontong, dan soto yang menjadi fovaurite. This year aku beraya di Seremban, petang raya aku dah berdesup balik kampung untuk beraya ngan mama , acu dan adik-adik.

Tahun ni aku x beraya sakan dengan baju lilap segala bagai, aku dan pak anif hanya lepaskan chalif je beraya dengan kelengkapan raya. Paling best pak anif dapat savekan perbelanjaan baju anak2 dengan menukar voucher Parkson RM280.00 aku just ADD rm100 jer ..berbaloi-baloi ....so bagai nak rak kami menyopink baju anak nasib masa gi Sogo kami x sopink sangat sebab ramai giler makhluk berpusu memperabihkan duit kat SOGO tu. Dalam hati, kalau aku x mengandung comfirm aku tergolong dalam lautan makhluk2 tu. Aku rasa tahun ni paling save dan kurang berbelanja dalam sejarah berhari raya, memandangkan pak anif pun dengan masalah permit bas yang masih x settle2, sampai berpuluh ribu abis untuk renew permit, nasiblah FO dan goverment kuarkan bonus tahun ni dapatlah aku berbelanja tapi berbelanja ala2 berhemat. So, tahun ni hampir 70% aku membantu pak anif berbelanja di Hari Raya, kesian pak anif ...x per daddy kali ni daddy susah mummy ada..sapa lagi nak tolongkan kalau x isteri. Sedih aku tgk pak anif , dia cukup tabah menghadapi semuanya.

Paling aku x boleh nak lupa dalam keadaan kekusutan Pak Anif keluar kereta baru ...haaaaaaaaa....lagi kusut kan. Tapi itu semua satu kebetulan, actually dah lama patutnya kereta tu keluar tapi apa nak buat dah habis tarik loan dah , sampai pihak bank dah kata dah x boleh nak tolong...nak x nak keluar la gak ...walaupun kereta biasa je tapi alhamdulilah berkat aku business kecik-kecik dan kumpul-kumpul dapatlah aku keluarkan downpayment untuk kereta pak anif tp pak anif ler bayo bulan2....aku? bayo lah perabihkan sang wira aku yang sentiasa setia bersama ku.  Aku sangat berpuashati dengan pencapaian business FO, tahun pertama business dapat buat dapur, tahun ke2 kuar kereta untuk pak anif...lepas ni aku target nak renovate depan umah plak...semoga tahun ke3 dapatlah aku kumpul duit nak renovate carporch plak..amin, insyallahh...walaupun business ni just suka-suka untuk bantu makcik aku tapi alhamdulah sikit-sikit dapat ringankan beban pak anif walaupun x banyak sangat yang boleh nak bantu. ....hanya tuhan je yang tahu bertapa deritanya pak anif berdepan dengan masalah perniagaan...sebagai isteri aku hanya memainkan peranan untuk berjimat dan bantu apa yang boleh aku bantu.

Raye 2011......walaupun tahun ni serba kekurangan dan sederhana tapi aku cukup bersyukur kesederhanaan inilah banyak mengajar erti kesabaran dan ketabahan buat aku suami isteri. Chalif pun aku tidak biasakan hidup terlalu senang, dan aku bangga dengan dengan anak2 aku yang rajin bersahur dan cha pula berpuasa penuh. ...Hope tahun depan 2012 dan kelahiran ke-3 ini akan dipermudahkan perjalanan rezeki aku anak beranak dan semoga allah melancarkan perjalanan kami semua.

Amin.....

Selamat Hari Raye 2011

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia