Bby qill Jaundis- Kuning

Bila dah sampai rumah...segala-galanya lega dan rasa hilang gundah gulana. Lagi lama kena tahan wad lagi sakit badan2 ni. Hari pertama di rumah aku okey jer, just follow pantang cara mama dan makan ubat yang doc bagi. Oleh kerana bersalin secara ceaser so, berbekalkan pengalaman melahirkan aliff  secara ceaser jadi pak anif dah sediakan jeli gamat dan minuman oren untuk aku. Kalau time aliff aku amalkan minum peelfresh campur jeli gamat tetapi kali ni pak anif tukar minuman sunkist plak. 

Selama 5 hari aku duk teguk sunkist campur jeli gamat tetiba nurse mai umah suh bawak aqill pi check darah sebab dia suspect jaundis aka KUNING. Masa tu mula la duk terpikir apa yang aku makan dan apa yang aku minum, mama dah mula syak makanan dia ada kunyit yang aku plak syak minuman sunkist. On the spot stop segala makanan dan minuman yang berwarna kuning sampai la tuala kuning pun mama simpan. Petang isnin hari ke-6 aku terkedek2 bawak aqill ke KK Ayer Keroh di temani suami tercinta, dan bacaan kuning adalah 15.7 . Terus doc kuar surat admit hospital. Adakah aku pergi ? ohhhh tidakkkkk....susah aku berusaha nak keluar adakah senang2 aku nak masuk balik ...comfirm tidak dan x boleh nak dibayangkan jarum besar duk cucuk aqill dan terpekik terlolong, mahu elok2 aku x nagis ada yang melolong sama naik ngan anak memekak kat wad kang. 

Di rumah, mama dan pak anif bergegas cari Daun Dukung anak konon boleh mencegah kuning dan mengurangkan kuning. Aku seperti biasa , termenung jer dan apa yang mampu aku buat hanya menyusukan aqill semahu-mahunya hanya susu ibu sahaja yang terbaik untuk cegah kuning ni. Oleh kerana aku tidak ke hospital , maka duduklah aku dirumah dengan cara perubatan kampung, memacam kami cuba mandi air dukung anak, serbuk mutiara, anggur hijau dan latest air perah apple hijau. 2 hari sekali aku ke klinik check darah aqill dan alhamdulilah turun sedikit2 walaupun tidak turun secara mendadak. Genab hari yang ke 16 untuk check kali yang ke 5 bacaan kuning 11.5 dan doc terus sarankan kami ke pakar kanak2 di HM untuk 100% check , kali ni aku x mengelat x pergi, petang itu juga kami ke HM untuk jumpa pakar. Alhamdulilah , berkat pertolongan kawan lyza aku dapat keputusan darah dan air kencing cepat dan katanya aqill okey bacaan tidak tinggi dan sesuailah dengan keadaan baby. Letih rasanya turun naik klinik dan HM, kelahiran ke-3 kali ni penuh dengan dugaan dan dugaan. Tapi berkat kesabaran dan ketabahan pak anif ia banyak menenangkan aku.....maklumlah aku kan baru lepas beranak kang duk stress pasal anak mak plak jadi meroyan. 

Kes jaundis sering berlaku dikalangan bayi yang baru lahir, sekiranya ibu tidak peka akan penyakit kuning ini, hati anak boleh rosak dan kesan dari jaundis ini akan dapat di lihat semasa dalam tempoh membesar seperti lembab dan kecederaan otak kanak-kanak. So, jangan ingat anak tu merah-merah x ada kuning better u all bawa anak korang di cahaya matahari dan cuba tekan di bahagian perut anak dengan jari korang , agak2 kuning tu timbul dan agak lama nak tenggelam....comfirm anak kuning.Pastu anak kita kerap tidur dari jaga dan malam kuat berjaga serta tidak aktif. Minum susu tetapi sukar lepaskan puting si ibu umpamanya macam x puas berbanding dengan bayi yang tiada kuning dia akan lepaskan puting ibu dengan sendirinya apabila sudah kenyang. Itu ikut pengalaman aku lahh...sepanjang aqill kuning ni. Keterangan lebih lanjut better asking your doctor dan nurse yang bertauliah....aku dah tahu effect dia sebab tu agak terkujat.

nak tahu lebih lanjut better surf internet ............ info http://www.bayisehat.com/immunization-mainmenu-36/56-penyakit-kuning-bayi-baru-lahir.html

next page......nak citer Berpantang Cara Cik Puan Shazila.....


to be continue...........


Comments

YanaHime said…
ahaks! jaundis...aku dah fobia nak pegi spital...last2, ariff teguk ayaq nyok baru nak turun....daun kucai ka, ayaq sengkuang cina ka, tu semua dia dah kebal....

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia