Anak Tanggang Menantu Hantu

Siapa tanggang ? Hantu ?

Ni nak citer skit....aku ni dah genab 3 bulan x balik Shah Alam dan hampir 3 minggu juga aku x pi jengok umah ibu mertua. Adoi, aku pun tak perasan macam mana punya lama aku x jengok 2 insan yang amat istimewa dalam hidup aku ni, bukan sebab aku ni x ingat langsung yerrr...but aku rasa bila dah cuti-cuti duk rumah tu mulalah segala penyakit malas, keluar rumah buang sampah pun leh tunggu pak anif nak buang , nasib chalif tu x berapa nak reti buat kerja rumah kalau tidak mahu dua-duanya jadi amah aku kat dalam umah tu.

Dalam 3 bulan x pulang ke Shah Alam , mama lah yang mai berduyun-duyun kadang mai ngan adik dan last week mama drive alone nak turun mai melaka jengok anak dan cucu2 yang amat dia rindui. Chalif pun satu hal , asal call mamatok dia duk paksa orang tua tu turun dan bermulalah episod abg rindulah, kakak rindulah....manala hati nenek ko x tersentuh anak2 oi , lagi2 bila omak ko ni sedang membunting lagilah mama risau dengan keadaan aku. Menjadi satu halnya  since preggy apa jadi kat aku, x kisahlah masuk hospital ke, demam ke, sakit2 ke aku memang x akan bagi tahu mama, sebab apa? sebab ni lah...kang kejup je dia dah meluncur laju dari Shah Alam turun Melaka. Aku bukan apa, x mahu susahkan mama kesian dia dah lah adik-adik aku mengharapkan menu harian dari dia, kalau dia dah mai Melaka kebulurlah dua mahluk kat umah tu tanpa mamanya. Aku pulak kalau mama dah turun sini bukan chalif je suka....aku pun suka ...sebab segala urusan hal anak, sampai ke menu makan , lipat kain dan kemas umah....mama ku sayang buatkan untuk aku...haaaaaaaaaaaaa mana aku x kata aku ni melampaukan, tu yang aku kesian kalau mama turun, comfirm chalif akan terkepit ngan mama tok....everything semua mama tok. Paling best tidur ku lena tanpa gangguan sebab chalif dah x ganggu aku memalam suh teman kencing kat toilet malah pak anif x perlu susah nak bangun awal pagi nak kejutkan chalif ke skool.....mengelat x? tu yang pak anif suka mama mai melaka...lagi-lagi time aku tengah preggy ni kan...laki bini sama naik lemak...apa pun itulah mama. Sabtu ni mama nak balik ...uhaaaaaaaaaaaa...next week duty ku as a surirumah bermula kembali malah bermulalah gunung berapi kain baju lam umah aku....( okey..mak x suka lipat kain kehhh )

Cerita akulah tanggang ...ni citer menantu hantu....awat ? haaaaaaaaaa...aku ni mmg hantu hawau punya menantu. Aku bukan nak kutuk dirilah tapi aku rasa macam teruk bebenor perangai aku ni sampai 3 minggu x jengok mak . Bukan nak cakap apa lah kan...aku siap termimpi mak ...nampok sangat dia pun rindu aku gak..hahahahahah. Padahal bukannya jauh sangat umah aku ngan mak x sampai 20minit pun tapi aku tak tahulah tabiat aku ni...kalau dah umah mama 3 bulan aku x jejak so jangan terkejutlah umah mak pun 3 minggu aku x jengok. Walaupun aku ni x jengok mak, tapi aku selalu suh pak anif  jengok2 mak tanyakan kesihatan, keadaan dia dan beli-belikan barang basah untuk masak. Aku bukan apa..cukuplah aku je yang menantu hantu jangan pak anif plak jadi si tanggang macam aku...kuikuikuikui. Hari isnin ada pasar kat Bukit Baru , so nak jadi cerita terserempak mak dan adik2 ipar kat sana..haaaaaaaa amik ko terus berpeluk2 aku ngan mak...macam bertahun bebenor x jumpa dia. Apa tidaknya dari dalam kereta sebelum sampai pasar aku duk tanya-tanya ngan pak anif...mak sihat ke, mak buat apa kat umah , ada beli lauk x....sampai pak anif naik pening aku tanya soalan bertubi-tubi....tapi baik punya bagus dia jawap semua soalan2 aku. Sekali jumpa plak kat pasar ...haaaaaaaaaaa amik ko huru hara bila kakak ipar jumpa ipar dan mak....memasing macam dah 14 belas tahun x jumpa. Well aku kan kecoh...so boleh bayangkanlah...adik2 ipar aku pun sama kecoh macam aku gak...but kami x kecoh hal orang tau...auwwww..

Today...aku akan bawa mama berbuka di rumah mak ( pose sunat syaaban ---- aku pun pose tau ...sila muntah ) ....so bertemulah besan dan besin...ekekekkek well mama dan mak sama happening...mama pun banyak cakap mak pun banyak mulut. Chalif pun dah lama x jumpa nekyang mereka dan makcik-makciknya...so kali ni lehlah mereka bertemu untuk bersuka-suka. Ops..lupa plak...hari ni cha x ke skool sebab xcident semalam tersadung mainan aliff sampai bengkok jari kaki tengah...x pasal2 ke emergency putra dan lenyap duit apak dia 300+++ just luruskan je jari kaki dia...nasib x operate kalau x comfirm hari ni mak buyung EL nak jaga cha kat hospital.....selanjutnya ( nanti aku citer kat post lain )

Now...aku kat opis seorang wifout lyza sengal batu....dia cabut gigi....so mak buyung x jalan2 maknanya duk je kat kerusi ni buat kerja....lepas ni nak buat minit mesyuarat aduan, so mak nak mula kerja ...sambil2 tu layan call dan kaunter. Okey JKNM today ur little cute cik PKP its alone..so please understand if i late to apply ur request....( sila garu kepala anda )

choW!

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia