Siapa yang gatal ?

Tak tahu nak pikir mana letaknya perasaan aku sekarang ni. Marah ke, cemburu ke atau aku yang x ada perasaan langsung atas apa yang dah berlaku. 

Apa agaknya perasaan orang lain bila suami duk layan ex-gf even ex-gf tu yang gatal nak mampus duk call and sms laki ko. Kemaruk ke? atau laki ko x cukup bagi nafkah zahir batin sampai nak ganggu rumah tangga orang. Pada mulanya agak biasa jer maybe hanya sekadar nak tanya khabar tapi bila dah mengarut sampai ke rindu2, sayang2 dan paling mengarut i love you la plak...aku rasa macam melampau la plak. Dari mata kasar macam laki aku x layan tapi masakan pohon  bergoyang kalau x ada angin, betul x?..Setakat ni aku x tunjukkan apa reaksi yang menunjukkan diri ini marah tapi aku rasa baik laki aku dan betina tu dah cukup dewasa untuk diajar.

Aku akui , suami aku seorang ayah yang baik, bertanggungjawap dan sentiasa menyayangi chalif serta memanjakan aku , malah dia begitu rajin dan ringan tulang dalam melakukan kerja-kerja rumah. Malah aku amat berbangga mempunyai suami sepertinya tapi bila dah jadi macam ni aku rasa macam allah tu nak menguji aku agar merenung sejenak tentang apa yang dia buat untuk aku dan anak-anak sehingga mengetepikan perasaan aku sebagai seorang isteri yang hanya melihat dia melayan perempuan lain, malah aku cuba tepis segala perasaan syak wasangka  dan cemburu buta agar aku x terganggu oleh fitnah yang mungkin akan membinasakan aku anak beranak.

Dari cerita laki aku, katanya ex-gf tu minta berlakon jadi bf dia untuk buat suaminya yang cemburu sebab laki dia ada scandal dengan betina lain....but laki aku x mahu masuk campur la katanya but yang peliknya boleh la plak ko bersayang2 ngan laki aku kalau kot ye pun hanya untuk berlakon jer. Belum kata setuju dah melarat kata2 sayang apa cerr....setakat ni depan aku , laki aku macam layan x layan tapi x tau la plak kalau belakang aku. Aku x faham apa jenis betina la dia ni, dulu dia pun pernah wujud masa waktu bertunang siap kata MIL dan adik beradik laki aku x suka aku sebab aku orang bandar dan macam-macam fitnah dia nak buat kami berpisah. Tapi aku ni macam biasa la, main pekak telinga je seperti yang berlaku sekarang. Bukan aku x mahu ambil port tapi aku x mahu kerana perkara ni aku laki bini bertekak so, untuk bagi aku x marah baik aku buang jauh-jauh dan minta pendapat kawan-kawan. At least bila aku dah luahkan pada kekawan aku rasa lega sikit walaupun kelegaan itu hanya sementara.

Today, laki aku x ada dia ke Kedah, semalam dia bagi tau yang betina tu asyik keep call and sms dia sampai  naik rimas. Siap bersayang ngan laki aku dan mengikut citer laki aku, dia siap sound betina tu jgn nak bersayang ngan dia kalau nak bersayang2 baik bersayang dengan kawan dia ( pak itam ) yang kebetulan follow pak anif bawa bus ke kedah. Aku x faham la betina ni jenis spesis apa yerk..x reti tahu malu ker. Seriusly aku mmg malu betul dengan sikap dia , aku x tahu macam mana dia boleh ada perasaan nak suka pada lelaki lain sedangkan ko dah berlaki. 

Now...aku just berserah dan berdoa ...aku x mampu nak lakukan apa2 dalam keadaan aku yang sarat begini. Aku x sedih tapi aku macam terganggu dengan betina yang gila kemaruk macam ni. Aku tahu laki aku tu bukannya kuat iman sangat , sekali dua boleh lah dia tepis masuk 3 dan ke 4 taknya termakan pujuk rayu. Entahlah, mungkin allah nak uji aku dan tunduk dan bertawaduk padanya atau menguji laki aku. Kita ni manusia biasa mmg x lari dari dugaan dan cabaran yang mendatang. Aku harap laki aku x berubah hati seperti pak sedara aku si mustakim yang sanggup menceraikan isteri semata-mata mengajar cinta yang lepas. 

Ya allahh..ku mohon agar ko kuatkan iman suamiku dan kuatkan kasih sayang kami sekeluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia