Hati aku tak sakit pun...

Ceritera al-kisah seorang pompuan gila ganggu rumah tangga aku semakin lenyap di pikiran aku. Asal mudah sangat aku melupakan ? eRMMmm , aku rasa macam x ada sebab aku nak pikir hal popuan ni, buek sakit jo kepala mak buyung. Nasib ada member yang sehati sejiwa when i felt down, jasa korang dalam menasihat dan memberi semangat banyak buat aku berubah yang sebenarnya aku perlu show my love to my hubby more than before. 

Jika dulu, aku agak tidak kisah sangat dengan siapa pak anif sms, call dan berkawan. Jika ada orang minat2 kat dia aku x ambil pusing sangat sebab aku percaya pada dia begitu juga dia, yang penting kami tau batas. Kejadian baru-baru ini agak berbeza, aku faham pak anif x melayan dan dia just layan as a friends but aku rasa macam popuan tu macam melampau sangat, lagi buat menyampah lagi popuan ni lah yang ganggu aku masa awal perkenalan aku dengan pak anif. Cuba nak memecah belahkan hubungan kami dengan buat cerita yang bukan-bukan tentang aku, sedangkan aku x pernah langsung jumpa atau kenal dia. Tu namanya popuan gila....now mengadu plak ngan pak anif yang laki dia ada girl lain dan minta pak anif jadi pak sanggup jadi barua dia untuk menyamar jadi kekasih gelap dia untuk buat laki dia jelouse....gilerrr...x ada otak apa..kang buatnya laki ko tumbuk laki aku sapa nak jawap. Nasib pak anif x bagang nak follow, tapi naik menyampah la plak, bila ko terhegeh2 nak panggil sayang2, rindu paling geli i luv u kat laki orang, sedangkan pak anif sikit pun x layan ko...siap merayu minta diri ko di panggil sayang. hELLoo....mana pergi maruah diri oi, aku yang baca sms ko pun dah naik geli geleman , tunduk malu depan pak anif sebab ko berjaya buat AKU MALU ada kaum sejantina segatal ko.Serius, hati aku x sakit pun tapi aku malu ..malu ..malu.. 

Now...pak anif pun dah malas nak layan...aku tengok kalau ada calling atau sms, p.anif akan minta aku jawap..eeee x kuasa...last aku jawap calling dari dia 3 days ago itu pun ko berlakon konon silap nombor la , nak cakap ngan ct la ...buek2 ko silap dail la...x kuasa okey. Kalau aku jawap pun dan ko cakap nak cakap ngan p.anif aku dengan berhemat bagi je tepon tu...x ada maknanya aku nak jelouse. 

Cerita terbaru, ko bagi sms kat p.anif ...tanya bout aku, and buat-buat mengelabah takut aku tahu. Asal nak rasa serba salah plak dah memang hakikat ko mmg salah ganggu laki orang kan....dan mmg patut pun ko nak rasa serba salah dan takut kalau aku serang ko sambil tarik2 rambut ko. Ermm...sorry i not that type of person...aku ada ramai kawan yang sanggup buat semua tu untuk aku. Mereka adalah dikalangan kekawan yang sentiasa susah dan senang selain family aku.

Aku, asal aku x jelouse ? sebab aku rasa x ada perlu aku nak jelouse sebab aku percaya allah anugerahkan satu rasa yang kuat dalam sesuatu hubungan suami isteri. Aku percaya pada gerak hati dan doa seorang isteri adalah doa yang paling kuat untuk sang suami. Bagi aku doaku, kepercayaanku dan ketulusan hati aku dalam menerima dia sebagai suami kepada anak-anakku akan buat p.anif kenang segala pengorbanan aku sebagai seorang isteri yang jujur mencintainya....hehehhe..jiwang ...uwekk ..kalau p.anif baca mesti terpana jup ...sambil cakap " Kan bagus kalau ayat2 ni keluar dari mulut aku...."....pikir 100kali aku nak cakap beb...mak x reti nakkk....

Lastly...back to normal..what ever la kan...kalau lepas ni popuan tu duk melilau ganggu p.anif ....... terserahlah pada sang suami nak buek macam mana. Aku cuma masuk campur sekiranya dia dah melangkau etika aku sebagai seorang isteri yang cuba buat yang terbaik untuk menjadi isteri mithali...hehheh mithali ker..Aku berdoa agar aku dianugerahkan ketabahan dan kesabaran dalam hidup ni untuk perjalanan dan masa depan perkahwinan ku....amin

p/s: pd pembaca blog yang budiman..kalau rasa hati ko sakit baca blog ni...jangan nak busy body nak baca blog ni...baik berambus. sebelum ko nak kata hal orang baik ko pikir diri ko tu yang duk baca blog aku ni dah cukup buat ko nak jaga tepi kain aku......

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia