Dugaan....pada annoy

Tadi aku dapat sms dari orang yang amat aku kenali. Yerhh...sms tu mengatakan dia malu aku cerita dalam FB hal rumah tangga aku....tapi aku x tahu la plak kalau dia ada baca lebih details segala status aku. Banyak lagi yang di tulis tapi bagi aku itu semua annoy yang x perlu aku fikir.

Bukan diri aku nak memaki org sesuka hati dan menyalahkan orang kalau x tahu hujung pangkal. Malah setiap perkara yang aku buat aku akan fikir secara matang dan rasional. Bukan aku x ada otak untuk berfikir malah dari awal status aku sikitpun x salahkan suami aku tapi aku lebih memikirkan siapa yang harus aku persalahkan. Aku sendiri confuse dengan perasaan aku, sebab aku langsung x marah laki aku...malah dia berbincang dgn aku bagaimana nak lenyapkan betina tu. Aku x mahu menyalahkan 100%  pd betina tu sebab bagi aku mungkin dia pun ada masalah yang menyebabkan dia cari suami aku. Tapi yang buatkan aku rasa ragu2 mengapa betina tu mudah sangat kata rindu, sayang , i luv u pada laki aku sedangkan aku percaya laki aku sikitpun x cakap perkataan tu pada dia. Aku x marah tapi aku malu kenapa ada juga perempuan semurah ini yang mudah berkata semua tu sedangkan statusnya BERKAHWIN....ENTAHLAH...

Since, berlaku hal ni ..alhamdulilah aku semakin dekat dengan allah swt. Allah betul2 menguji aku dan belajar untuk aku bersabar dan belajar untuk menangani masalah dengan matang. Rakan FB banyak bagi buah fikiran dan kebanyakkannya menasihati agar banyak bersama allah swt. Tak kurang ada gak yang salah anggap dan aku anggap mereka x baca guna akal. Ikut hati macam nak sekolahkan jer tapi bila pikir balik biarlah mereka dengan labu-labunya, bukan pun selama ni aku x pernah kena fitnah. Since aku datang melaka , aku dah terbiasa dengan mulut2 sampah manusia yang cakap x guna otak dan berfikir macam waras tapi hakikatnya tin kosong. Bukan aku nak kata orang melaka x elok, segelintir manusia yang sememangnya suka dengar cakap orang , mengumpat hal orang dan mudah menjatuhkan hukuman pada orang sedangkan kita belum layak untuk judge salah benarnya orang tersebut. Tak salah kalau nak tahu kita bertanya bukan makna jaga tepi kain dari dengar sebelah pihak dah macam ko lempar caci nista sedangkan kita x tahu hujung pangkalnya.

Walaupun laki aku x ada FB itu x bermakna dia x tahu apa yang aku tulis dalam FB tu...setiap apa yang aku tulis dia tahu malah aku dan dia berbincang dan cuba mencari belajar untuk memahami masing2. Aku beruntung mempunyai suami yang amat memahami dan always bersama-sama aku walaupun aku di fitnah.  Aku banyak bersabar dan berfikir mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Kalau nak pikir balik, banyak dugaan dari awal perkenalan dgn laki aku...tapi aku pun x tahu kenapa aku boleh bertahan. Baru aku tahu ada hikmah disebaliknya. Bagi aku, lagi banyak dugaan dari allah lagi kuatlah kasih sayang kami berdua. Seriusly, kami jarang gaduh , always gelak, lawak dan laki aku boleh cerita apa ajer dengan aku dan aku boleh cerita apa jer dengan aku..kami amalkan sikap open mainded and trusted. Kalau nak ikut marah , begang aku rasa hari2 leh jadi gaduh well biasa lelaki dia kan ada ego so kita as a women kena banyakkan bersabar.

Lagi satu .... kadang-kadang allah tu bagi original instict pada semua isteri-isteri ...jika dia curang kita dapat rasa .tapi becarefull jangan main menuduh suami adakala kita jgn bertindak mengikut hati nanti binasa. Lelaki x suka kita menyerang dan mengunakan kata kasar dan x salah sekiranya kita berfikir sejenak dan cuba menyelesaikan guna akal dan fikiran.

Macam berlaku hari ni...ada annoy yang tuduh aku x ada maruah lah , citer hal keluarga dlm fb la...kadang2 aku pelik dorang ni baca guna akal ke tidak. Bila di tegur kata kita ni belajar tinggi la, dia x belajar tinggi la tapi ada ke korang terfikir yang korang baca tu ada ke aku cerita segala seluar dalam hal masalah aku. Malah dalam status FB tu dah sah2 aku tulis aku confuse nak salahkan sapa? sebab aku sendiri x tahu apa perasaan aku ketika itu sebab aku X ADA PERASAN CEMBURU langsung tentang apa yang berlaku. Aku masih mencari jenis perasaan apa yang harus aku letak dalam situasi tersebut. Malah aku faham mereka yang annoy aku tu adalah dikalangan sebelah ****...yerhh aku masih orang asing di tempat mereka so kini aku tahu kalau apa pun berlaku mungkin x ada sapa nak backing aku. Betulnya aku belum tentu orang nak sebelahi aku sebab ? sapa la aku ... X perlu aku nak pertahankan diri aku di pihak mana, betul atau salah ke aku....hakikatnya salah atau betul mereka mesti nak kata pihak mereka betul. dan aku terima semua tu.

Aku sedih sebenarnya....sedih sebab aku tahu tempat aku bukan disini. Syukur aku mempunyai keluarga yang menyayangi tapi sedih sebab aku sentiasa pendam perasaan dihati. Orang tengok aku happy je, tapi hakikatnya aku cuba meletakkan diri aku sebagai orang asing agar lebih tabah dan cekal dalam menghadapi ujian allah swt. Seteruk mana cabaran yang aku tempuh aku x pernah cerita pada mama dan adik2 kecuali orang yang sendiri bercerita pada mereka. Aku dah x mahu mama menangis bila mendengar org fitnah anaknya cukup lah ia pernah berlaku dalam hidup aku pada awal perkahwinan aku bersama suami aku....begitu besar fitnah itu hingga x terbendung kudrat dihati. Sehingga saat ini orang yang menfitnah x ada rasa bersalah untuk memohon ampun dan maaf pada mama dan aku mungkin dia masih rasa dia di pihak yang betul. Pernah aku simpan dendam dihati tapi aku bukan jenis untuk mudah menjatuhkan hukuman kerana allah lebih berhak untuk menentukannya.

Aku bermohon sangat agar aku kuat dan tabah, demi mempertahankan kasih sayang aku pada suami dan anak2 tercinta...Kini aku makin dekat padanya.

p/s:

jgn ckp soal maruah kalau x tahu hujung pangkal..jgn mudah nak menyalahkan orang kalau x tahu citer .. cuba belajar meletakkan masalah org kat tpt sendiri. tanya dulu bukan tuduh melulu. aku bukan jenis perempuan gila meroyan nak menyerang nak memaki hamun dan mudah menfitnah hal orang lain. allah dah bagi cukup akal nak berfikir ada hati untuk berperasaan.bercakap biarlah guna otak jgn main sedap rasa jer. kita ni idup ada pasang surut, ini allah nak uji...kita sebagai umat redha dan minta pendapat agar kita musabahah diri.....jgn ingat masalah tu kita boleh selesai sendiri adakalanya kita perlu buah fikiran ..yg negative jgn lah BODOH nak ikut...

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia