jgn ingat orang x ada keje nak layan apa yang ko nak adu...dan aku pun x kesah okey..

Hari ni pepagi buta dah orang complaint. Rasanya macam dah bosan nak melayan complaint orang, just set my mind yang mereka semua tu tarak otak.

Aku bukan nak membebel atau nak mengata sapa-sapa pun la, standard la kan hari isnin, hari sibuk sedunia dan kebetulan PKP pun sorang. Dah cukup baik PKP korang ni kalau sorang sanggup x keluar makan pagi dan makan atas meja sendiri semata-mata nak layan kerenah dan kehendak korang. Tapi ada ke korang pikir plak perasaan dan kehendak kami ni yang semata-mata makan gaji kerajaan nak telan apa je korang cakap dan terima je apa korang nak complaint. Stupid!..Kalau dah aku tak angkat tu maknanya aku tengah online la. Telinga aku ada dua tapi mulut aku ada satu, tapi tak tahu la kalau mulut korang ada 3/4 plak...leh jugak aku pinjam satu.

Bagi aku complaint tadi sikit pun x buat aku nak stress ...sikit pun tidak okey..mak buyung x okey jer..tapi mak buyung tengah tunggu sesapa pemanggil yang berani mati nak complaint aku directly...aku x akan maki okey..tapi aku siap ajak korang bantu aku tolonglahhhh angkat tepon yang berdering ni sama2, tapi x ada la plak yang nak complaint..berani cakap dengan bos aku je...sebab tau kan kalau complaint bos, bos tegur aku, x ada herannya kalau bos aku nak marah sebab aku rasa mereka x cukup buta nak tengok bertapa aku kelam kabutnya menjawap tepon pagi ni tapi mak buyung maintain cool je dan bos aku x cukup pekak lagi nak dengar aku hujah panjang lebau keje aku kat meja ni.

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia