Cerita Hari Selasa...

Since cak xcident aku agak kelam kabut di Shah Alam...jadi runner mama kehulu kehilir beli barang dan pelbagai urusan. Dalam pada itulah aku rasa macam x kena dengan kandungan aku...Asal bersin dan batuk  rasa macam nak tercabut perut jer. Tapi dek kerana aku sorang je anak yang diharap oleh mama untuk selesaikan pelbagai perkara aku lupakan segala sakit tu sehinggalah keadaan bertambah teruk pada malam isnin lepas.

Pak Anif dah perasan keadaan muka aku yang pucat semasa aku demam ahad lepas...tapi faham-faham je la aku si ibu mengandung x sedar diri yang perasan badan tu kuat la sangat. Serius , aku takut kalau badan aku x sihat waktu preggy , silap-silap boleh kena tahan wad.Oleh kerana isnin aku dah EL so, aku kalau boleh nak elakkan MC pada hari Selasa. Isnin tu aku dah telan penadol, so demam agak susut tapi masih lemah dan sakit bawah perut masih x reda. Keesokkan harinya, aku perasan Pak Anif bangun awal uruskan chalif ke sekolah, aku sambung lena balik sebab rasa macam mata x leh nak buka plak. Sedar-sedar aku tengok bilik aku dah terang, terus meloncat aku bangun dari katil memekik aku panggil pak anif sebab x kejutkan aku. Masa tu dia tengah sidai baju, terus dia kata " mummy siap2 kita gi klinik, tadi daddy dah call cc nazli dah cakap mummy x sihat "...terpana jup aku. Terus pusing ambil tuala tapi sempat aku sms lyza cakap aku x sihat...gitu juga cc dan pn shu. Dalam itu aku sedar...kalau pak anif x buat gitu mesti aku dah ke opis tadi. Nasib pak anif ada , so x la bosan la aku duk umah.

Lepas mandi rasa macam badan lemau jer....boleh yerk terus landing atas katil siap berselubung sambung tidur...Bila pak anif kejut , aku kata kita pergi klinik tengahari sudahnya sampai petang baru pergi, siap angkut chalif ke klinik. 

Since klinik..

Sampai klinik tengok ramai orang , nak x nak kena gak aku menunggu lama. Badan aku mula lemah, bila tiba giliran aku doc terus kata nak scan perut sebab masalah yang aku alami sejak 2 hari lepas. Kebetulan chalif dan pak anif ada masuk sekali dalam bilik doc, so mereka dapatlah tengok adik dorang berenang-renang dalam perut mummynya. Taksub sungguh dua beradik tu, doc pun cakaplah anak aku kebawah menyebabkan aku sakit-sakit dan mungkin aku active sangat menyebabkan aku rasa sakit-sakit. Tengah godak-godak perut dia tunjuklah tulang belang , paha anak dah tumbuh tulang dan tiba celah peha nampak macam benda pelik....uikss...terus doc godak perut aku dan siap cakap " Haaa...i nak tunjuk u'olls something ...terus dia godak dan freeze kan benda pelik yang aku nampak tadi...lebih kurang macam dalam scan bawah ni lahh...tp scan ni x terang sangat ....yang kat klinik tu clear nak mampus....anak aku madang terkangkang jer bila scan...agak-agak lelaki ke pompuan ?



Bila doc dah freeze, doc siap tanya pada suami aku " Ok daddynyer...u rasa ni apa?...muka agak slumber dan terus jawap dengan confident level agak tinggi " BUAH PINGGANG "....adoi, bergegar perut aku tahan gelak siap doc tu tergelak macam x mahu berhenti. Aku sebenarnya x tahu asal aku gelak tapi bila dia sebut buah pinggang tu macam lawak la plak. 

Rupa-rupanya anak ku lelaki lagi...dan yang kami nampak ramai-ramai tu adalah " Bird " ...... Aliff tersenyum suka dapat geng.

Kalau boleh nak girl konon nak selang bunga ...tapi aku terima seadanya yang penting anakku sihat. Pak Anif pun target dapat girl, tapi kalau boy dia x kisah...kami terima je lagi pun aku dah ada sepasang sepatutnya x ada istilah memilih jantina ni. Cuma untuk preggy kali ni aku agak stress dan lemah yang teramat sangat malah perut aku besarnya berganda. Kebetulan hb rendah bp rendah sepanjang  preggy dan kali ni pergi check siap doc nak bagi cuti rehat sebulan..ishk amat mengarut bukan aku sampai x leh nak jalan , insyallah aku masih terdaya untuk bekerja cuma aku kena kurang berjalan dan melakukan kerja berat-berat takut sakit bawah perut..

Aku mohon, moga aku diberi kekuatan semoga perjalanan ku berjalan lancar ...cuma yang pasti aku kena kuat dan sentiasa menjaga diri serta kandungan....

p/s: power mom .....hehehehhe..poyoss..

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia