Caller Sakit Mental...


Today, aku dapat caller yang mengamuk x tentu pasal...kelakar pun ada...tapi mak x kisah okey..ko nak mengamuk, nak maki-maki, nak bullshit2....bagi aku senang jer manusia yang x reti nak kawal marah umpama manusia yang mengidap sakit mental aka mental...kalau dilayan comfirm aku pun mental juga..so, jadinya aku just dengar jo lahh...Paling peliknya caller ni seolah-olah buat terjahan plak, sebab setiap kali call mesti time waktu lepas rehat, waktu puncak ( isnin ) dan cuba mencari kesalahan JKNM. Bila minta nama, no fhone dan no i/c , dia x mahu plak nak bagi, sekeras-keras meneruskan maki hamun sampai aku geram bukak loudspeker..hahhaahaha..amik ko tercengang semua orang yang mendengar..si lyza dah kecut-kecut perut dengar makian caller tersebut...

Kerja dah 4 tahun di JKNM ni, pelbagai manusia aku dah jumpa dan hadap, so tiada masalah untuk aku bila berdepan dengan manusia-manusia yang rasa mereka ni hanya kata soal HAK dan mencari SALAH. Bagi aku, kalau berdepan dengan manusia baran dan berapi seperti ini, langkah utama adalah DENGAR jer, x osahlah ko layan nak betullkan keadaaan yang ko dipihak yang benar, cakap berbuih-buih pun x guna sebab orang kalau dah marah dia dah x pikir perasaan orang disebelah sana dah...apa yang penting dia lepaskan apa yang rasa dia nak lepas.

Dimana-mana aku kerja, kalau dah kerja kita ni frontdesk so, jangan nak kata kita relex...but hakikatnya metality kita kena terbuka dan terima hakikat yang kita ni tempat pelepas geram. Bagus juga aku kerja didepan ni, secara x langsung ia mengajar aku mengenal perilaku , dan tingkahlaku orang yang kadang-kadang kita sukar nak faham. Paling ketara, kita kena belajar untuk berlakon seolah-olah kita cool even ko dalam marah dan bermasalah. So, orang akan nampak kita happy jer kan....tapi ada orang nampak ke perasaan kita?....mungkin tidak..

Punca utama caller ni mengamuk sangat sebab dia x dapat nak bercakap direct kepada pegawai yang dia minta, ceritanya dia dah call 2 x , first pegawai x angkat dan second aku pickup dan bagi tahu pegawai x ada ditempat dia terus mengamuk sakan....Haaaa..abis semua hujah keluar siap argue pukul berapa sepatut kakitangan masuk rehat,  bullshit, bagang, kakitangan kerajaan makan gaji buta, kerja main-main dan macam-macam la...bila aku mohon bagi nama dan no tepon dia argue aku ...dan kata x perlu. Aku nak bantu dia salurkan aduan tapi dia plak x mahu beri kerjasama...dari situ nampak sangatlaa caller tu memang nak cari salah orang. Siap nak kata buat aduan pada yang lebih besar....hemmm..ada aku kisah?....tugas aku untuk mengangkat dan menyalurkan panggilan sudahpun aku lakukan...kalau ko nak adu pasal kakitangan kerajaan  yang masuk lambat dari rehat aku boleh salurkan aduan tersebut pada pengarah dan masalahnya bila aku nak ambil maklumat ko pulak x mahu bagi kerjasama.Salah sapa?...Kalau nak kata aku jawap tepon lambat, memang kurang ajarlah kan...pukul 2pm aku dah terpacak kat kaunter malah hari ni aku dan lyza siap makan depan kaunter lagi...selangkah keluar pun tidak. Lagi pun panggilan memang x ada , so agak cepat aku capai talian caller tersebut.

Hemmm..bila dah dapat kess macam ni...agak-agak la salah siapa? salah caller tu ker yang maki-maki aku atau salah penjawat awam yang memasing memang lambat masuk.....Kalau aku amik aduan dia...mesti havoc satu JKNM.....comfirm PENGARAH yang take over kess ni dan x pasal kerana nila setitik habis satu belanga....x pasal-pasal keluar satu arahan KAKITANGAN JKNM KENA MASUK TEPAT PUKUL 2PM LEPAS WAKTU REHAT...mampuss...so...pikir-pikirkan

so...sapa nak jawap?

p/s: kalau operator jawap tepon lambat bukan main korang mengadu....kan kan kan....

Comments

nurlizald said…
Aku boleh giler...bila pikir dan kaji ape masalah caller tue...biolll!!!!
Bkn kata caller tu jer...kat office tu pun same...lambat angkat tipon jer dah membekak...dia masuk lewat.... x plak dipersoalkan....???

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia