Adik Ku Xcident

18.03.11 ( 11.35pm )

Tarikh ini dan masa itu buat aku terkejut giler dan pada hari itulah juga dia berjaya buat aku menangis setelah sekian lama aku tak mengalirkan airmata ini.

Hati kakak mana yang x sedih adik di timpa kemalangan...lagi-lagi adik-beradikku berapa kerat jer. Bila call mama, dia seolah-olah macam x nak cakap apa-apa pasal Cak mungkin mama x mahu aku susah hati.

Ikutkan hati memang nak gerak balik Shah Alam tengah malam tu jugak tapi memikirkan aku yang sedang preggy dan pak anif plak x bagi aku balik malam tu. Jadilah aku pada malam itu umpama burung hantu....tidur x lena sampai ke pagi.....

Dalam kess ni memang cak yang salah..dia yang bermotor bertembung dengan motor yang kebetulan dia nak keluar simpang dan perasaan dia motor tu jauh lagi....tu yang menonong keluar terus jadi superwomen tersungkur tepi jalan....Dia mengalami kecederaan patah tulang bahu dan soramng lagi tu patah tulang tangan. Kesian cak, x pasal dapat cuti 2 bulan dan jadilah dia OKU dalam rumah tu....nak gerak sangat x boleh sebab doc kata kalau banyak sangat gerak bahu dia boleh jatuh. Kesian ko dik...

Apapun....bila dah jadi begini , masa ni lah nak tengok muka-muka yang prihatin, dan yang x pernah jalankan tanggungjawap menjalankan tangungjawapnya...siapa tu? malas aku nak olah......aku rasa dia dah cukup banyak berehat...berjaya juga dia membuatkan aku marah dan meluat dan...cukup banyak aku bersabar dan bersabar...selama ni banyak aku menyelebelahinya tapi kali ni aku rasa memang dah cukup melampau....sapa?....*-*

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia