Thanks bos

Kerja di opis, di rumah , dengan belajar dan FO.....tahun ni agak2 mencabar...but bagi aku ini bukan cerita yang ingin aku coretkan....

Dari kat umah sampai ke opis dan segala-galanya....aku rasa awal tahun ni banyak perkara aku kena settle..but aku bersyukur kerana big bos aku memberi kepercayaan penuh untuk handle kerja yang boleh dikatakan mencabar aku...thanks mr abs..dan sedih sangat aku sebab this week his last with us...lepas tu dia futher study....uhaaaaaaaa...susahh tau nak dapat bos baik mcm gitu...Dialah yang banyak melimpahkan kerja-kerja yang buat aku seronok sangat nak datang kerja dan lakukan yang terbaik...sampai cuti pun aku x cuti gara2 kerja yang  dipertanggungjawap oleh dia kepada aku...serius , dia mengajar aku menjadi seorang yang ingin belajar dan terus belajar, even kalau boleh aku nak sangat2 bantu rakan2 unit aku buat kerja mereka. Mr Abs adalah seorang yang x pernah nak menyalahkan staffnya, jika aku dan rakan buat silap dia akan tegur secara profesional dan x pernah macam bos2 yang lain nak tengking2 dan memalukan staff depan orang. Aku bersyukur sangat sebab di anugerahkan bos yang sangat menjaga hati staff2 nyer. Paling aku respect , dia x pernah dengar sebelah pihak dan bagi aku dia cuba nak bertindak adil pada semua staff2nyer, mungkin itulah kelebihan bos lelaki jenis x suka nak dengar cakap sebelah pihak....bagi aku bos yang bagus adalah bos yang adil. Mr Abs mengamalkan sikap berbincang dan sikap itulah buat semua staff pentadbiran amat selesa dengan dia...Malah kami boleh ketuk pintu bilik dia bila2 masa jerr jika kami memerlukannya. 

Dulu, aku pernah jumpa dia personally sebut aku diberi arahan tidak boleh claim time off melalui OT so, aku kena claim duit sahaja....memandangkan basic x seberapa, maka agak malas untuk aku nak claim duit better aku claim cuti jer...tapi tindakan aku tidak dipersetujui oleh mr abs. Masa tulah dia slow talk dengan aku, dan pada mulanya macam begang la jugak tapi dengan kebijiksanaan dia dalam memperjelaskan keraguan dan ketidak puashati aku akhirnya kata2nya buat aku percaya dan terima sebulatnya. Yerhh..bos la katakan..mestilah bijakkan..kalau x , x la dia jadi bos...Start for thats  aku x pernah claim OT...aku just amal jariah jer laa...

Aku? ..Dulu x berapa faham sangat dengan mr abs ni...dia macam x pandang sangat aku ni...maklumlah aku kan orang bawah2 jerr....lain la dia orang atas2...selama setahun lebih aku duk je kat kaunter just buat kerja yang sama mengadap FB, Blog dan jawap tepon.dan mengadap tetamu....even aku mengadap semua tu tapi aku berfikir bagaimana cara untuk mempertingkat kerja seorang PKP supaya lebih agresif dan di anggap penting oleh semua staff di JKNM...yerhh..slow2 aku appearkan diri, setiap kerja di beri aku buat dengan penuh kesungguhan. Paling penting aku x mahu orang ingat aku ni PKP bodoh hanya mengadap benda yang sama je....even gred 17. Malah ada yang argue kerja aku x mencabar dan senang jer tapi gaji sama je dengan mereka....Begang x begang la kan....but aku bersabar.

Slow-slow aku belajar....kendalikan aduan...yerhhh..ADUAN...itulah kerja yang 1st aku buat...Mula2 amik aduan je pastu passup pada mr abs....slow2 aku belajar  buat aduan semuanya dari file yang berada di bilik mr abs...Mula2..aku just tolong filing jer but sikit2 aku belajar dari file2 itu tanpa guide dari dia. Serius, segalanya mula aku belajar sendiri...sikit2 aku pandaikan diri aku....hihihhii...waaa..org tanya pasal aduan...aku boleh jawap okey...but aku x memandai, setiap apa yang aku buat aku akan refer dia dan bermula akhir 2009..mr abs 1st bg aku buat laporan....serius okey...aku seronok gila even aku x tahu nak buat...pandai2 je aku jawap YES BOSSS...padahal satu kebenda haram aku x tau. mACAM mana aku belajar? Yess...aku belajar dari apa yang dia filing..dan dari situ aku sikit2 belajar dengan sendiri...dan aku hanya akan tanya sekiranya aku benar2 x faham. Dari laporan sampai lah ke surat semua aku belajar sendiri melalui file, dan kalau x faham aku rujuk orang2 yang lebih otai dari aku seperti k.kam, k.intan dan miss eo aku....selalunya aku akan tanya mereka format nak buat surat kerajaan...slow2 aku belajar dan pada mulanya banyak gak aku membazirkan paper2 dia opis aku..but now..aku dah x membazir dahh...

Mencabar....kerja awa ltahun 2011 lagilah mencabar aku...1st time aku arrangekan Mesyuarat yang berkaitan dengan Aduan.Hanya bermula dari SMS mr abs minta aku send email semua ptj dan make surat mesyuarat dan tempah bilik mesyuarat dan kebetulan ketika itu aku MC di rumah, tengah aku terlantar dikatil bila dapat sms dari bos terus aku on9 di rumah dan send email pada semua ptj akan mesyuarat yang diadakan....perhhh semangat giler okeyy! Klaau aku larat masa tu mahu aku gi opis jam-jam tu juga.

Serius untuk 1st mesyuarat ni aku agak x puashati sebab keadaan bilik yang aku booked but nasib mr abs ada...dialahh juga yang guide aku ... he is very cool okeyy, admire gila aku ngan dia..always senyum jerr, sikap cool dia buat aku rasa x gentar untuk berdepan dengan ketua ptj yang hadir , mana tidak nyer ramai ptj yg x puashati keadaan bilik mesyuarat itu tapi mr abs mmg 1st class bosss..dia x pernah menyalahkan staff2nyer dan ..dia buatkan aku x rasa sorang2 dia backup aku bila ketua ptj argue kenapa pilih bilik mesyuarat yang bodusssss itu....gila nak mampus...pengarah pun turut hadir serta dalam mesyuarat tu..sapa x kecut ! tapi bukan salah aku sebab time tu billik semua penuh....but for the nextime aku akan pastikan tip top! Aku macam biasa, bila dah tengok bos cool secara x langsung aku jadi cool, walaupun keadaan agak kalut pada awal mesyuarat tersebut...

Even kalut,....aku rasa seronok sebab belajar satu perkara yang baru dari buat surat edaran jemputan mesyuarat, arrangement bilik, perbentangan dan sehingga minit pun aku yang ambil dan buat..aku rasa aku berjaya menambahkan satu perkara baru dalam hidup aku...kekekeke macam over kan.....maybe PT lain rasa macam biasa untuk mereka tapi bagi aku itulah kerja yang lain untuk aku...sebab aku kan cik pkp yang jaga kaunter.


This week....
Dia akan tiada sebulan untuk menghadiri kursus persediaan sambung belajar dan lepas ni akan ada penganti...Tiada lagi bos seperti dia, yang always cool dan relex jer dalam apa yang dia buat....hemm...sedih mmg sedih..masa tulis ni pun aku rasa macam nak melelehlak air mata ni....but apa boleh buat apa yang dia buat sekarang ni untuk masa depan dia. Aku berharap pengantinya adalah sama sepertinya bos yang baik, cool, x kelam kabut, x memaksa, x buat staff stress , always make staff happy, profesional, realistik dan segala2nya yang terbaik semua untuk dia....UhaaaaaaaaaaaaHaaaa....nak nagis laa..Kalau sebelum ni ramai staff jknm mengeluh dapat bos yang bossyyyy....tapi kini aku harap peganti dia exactly macam dia yang kami pernah ada.

Aku pasti  merindu kata2nya, greetingnya, kata2 penguat semangat like :

selamat pagi ila, thankss ilaaa, welldone ila, good job ila...u can doit ila..saya tahu ila boleh buat punyaa , relexxxx x ada perkara x boleh selesaii okey,kita belum cuba, belum tahu....( oh tidak aku rasa nak nagisssss :~((  )

Thanks bos, sebab always tunjuk ajar pada saya dan memberi kepercayaan pada saya yang x seberapa penting di organisasi....even aku tahu dia x akan baca blog ni...tapi aku yakin dia tahu yang aku amat menghargai dia begitu juga yang lain-lain..Aku harap dia tetap seperti ini untuk selamanya walaupun dimana dia berkhidmat dan aku percaya di tempat lain mesti dia akan disayangi dan di hormati seperti apa yang pernah kami alami sepanjang bersama-samanya. Trust me, i never had bos like this after this...but i wish and hope after this we get bos like him....amin...

p/s : kini aku masih ada eo yang ala2 macam dia,,,cc yang always prihatin masalah staff2 nyer....walaupun lepas ni aku x tahu jenis bos macam mana yang kami akan dapat...harap2 dia lebih terbaik dari apa yang pernah kami ada...but mr abs tetap no1 in my heart..

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia