Sedihnyaaa..Mc lagi 2011

Seronok ke preggy ni?...mmg seronok tapi azabnya berbeza dengan setiap orang yang menangung. Setiap anak yang kita kandung lain ragam lain citernya. Kalau rasa x kuat comfirm lemah batin, seperti mana aku sekarang ni yang x habis2 mabuk since awal bulan adanya baby dalam perut ni.

Ya allah kalau orang tanya laa..."Waaa seronok preggy ni....leh dapat MC " memang time tu jugak aku ludah kat ko, kalau tak kat situ juga aku bagi pelempang sulong kat ko. Ko ingat sakit ni  boleh mintak-mintak, boleh buat-buat ko sakit..silap2 ko tipu hari ni esok lusa allah tu  x balas kat ko tapi balas kat anak2 ko...ko sanggup?

Serius, hari ni aku MC...aku ingat aku boleh lawan sakit aku hanya telan ubat tahan sakit...nasib ada pak anif yang baru sampai dari singapore awal pagi tadi , dia lah yang angkat aku ke toilet, dialah yang urut badan aku....sampai mata dia yang gantuk x jadi gantuk tengok aku asal kejup je gi toilet bowl...wek wek wek....sampai aku rasa badan ni dah x ada air nak keluar....nak kencing pun kering...Agak-agak kul 5.30am jam aku berbunyi ...cehhh sengal poyo aku bangun, konon nak mandi la sangat, sekali amik ko...x sempat pintu toilet aku dah jatuh, aku ingat terlanggar apa-apa ke...sekali aku pitam sekejup laaaaa....nasib pak anif ada...diaalahh yang dukung aku naik balik atas katil. ( Thankss sayangg ). Boleh yer, dah la ko pitam pastu ada laki ko plak tolong dukung pastu boleh lak ko bagi soalan cepu emas kat laki ko  yek " Dyyyy.....mummy kejer laa hari ni ".. Agak ko pak anif cakap apa? " Mummy ingat 1 hari mummy x ada?  JKN tu blackout ker".

Ermm.... poyokan...sebab tu pak anif kata aku ni poyo..perasan diri tu penting katanya. Ya allah sumpah tidak , sikit pun x rasa macam tu..cuma aku x mahu orang kata aku sesuka nak MC, ambil kesempatan alasan preggy. Lagi satu, risau juga dengan partner aku, dah lah dia ada commitment nak ambil anak dia sekolah setiap tengahari, kalau aku x ada mesti anak dia tunggu lama kat sekolah. Tulah yang aku serba salah tu, now bila nak time off petang aku akan pastikan aku imform seawal2nya, sebab x mahu masa aku mencelarukan masa orang lain. Tapi, bab MC tadi pak anif uruskan semua, dia yang call lyza, dia call Cc....ermm bagus juga laki aku ni. Aku just terbaring di katil, tahu-tahu dia kejutkan aku nak pi klinik...dan buat kali pertama aku ke klinik X MANDI....hahahaha gosok gigi jerr...

Masa di klinik, doc cakap tekanan aku rendah, nadi aku lemah..ermmm yeke...aku siap cakap " Maybe saya lum makan, because since last nite i muntah2". Aku plak macam malas je nak dengar doc tu cakap, macam2 dia nasihatkan aku, lebihkan makan la, minum susu la, awal bawah 4 bulan jangan stress2 laa..paling aku x mo  dengar banyak kess keguguran berpunca dari stress ibu. Oh my god.....thats my fault! Sampai pak anif yang pendiam siap boleh mengadu kat doc yang aku workerholic, x reti duduk diam! ada je keje nak buat. Citttt! diam laa ko!..Muka aku time tu ? mesti laa begang beb...orang mengadu pasal bini kat orang lain, tp bila dipikirkan balik...ya allahhh, sepatutnya aku menghargai anugerah yang allah beri  dan sepatutnya aku menjaganya dengan elok. ( terpana aku sebentar ..dan aku tahu pak anif sayang aku ).

Doc suppose bagi rest 2 harI PASTU boleh yerk dia standby 2 helai MC kat aku.TAPI TARIKH TODAY DENGAN ESOK LA.hahhahahaha ( kalau korang mesti balun amik dua-dua hari tu )..seperti biasa aku..hihiihih esok aku mai opis..gile? nak duk umah sorang2 mengadap tembok..asyik2 tido...oh tidakkkkk....but aku dah janji dengan pak anif, kalau aku x sihat aku balik umah...yeke ? comfirm aku sampai opis aku bertenaga ..sebab I love my work !! acehh..menci laa ahahahaha...sila berpijak di bumi yang nyata ila..yang ko tu mmg x reti nak duduk rumah....sebab malas nak mengadap kain yang mengunung. ops pecah rahsia.

Lastly...okey esok mak nak keje...ye ye....doakan aku sihat sejahtera...........aku kalau berdoa jarang doa pelik2 tapi kali kalau berdoa aku harap tubuh ku sihat, perut aku boleh makan apa ajer, aku x muntah2 dan mohon allah pendekkan monik sickness aku untuk preggy kali ni....

p/s: ya allah, aku amat bersyukur akan pemberian mu ini...akan tetapi aku mohon agar ko berikanlah kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang aku berbadan dua ini....amin..

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia