Mama..akak rindu

Tengok tajuk dah tahu kan......aku rindu mama la

Lama gila x jumpa mama, last jumpa masa kenduri arwah poksu aku. Lepas tu terus aku x jengok2 mama di kampung. Rindu rasanya.....nak gaduh ngan dia, bertekak dengan dia , sakat dia dan palin aku rindu masakan dia.

Mama, dalam blog ni aku jarang nak story morry bout family melainkan hal-hal pak anif dan chalif....malah jarang ku sebut hal-hal adik-beradik aku yang 4 orang tu...lin,cak,zizi dan aiman....Nama je 5 beradik tapi jumpa pun payah...tapi kalau jumpa kalau x perang x sah, bukan perang apa perang gurau-gurau laa..Rindu rasanya nak borak kat meja makan , tergelak-gelak, cerita-cerita dan memasing ada je nak luahkan.

Mama, dia garanggg.....dulu kecil-kecil anak yang selalu kena marah..AKU llaaaa. AKu ngan mama memang tak boleh nak jumpa madang gaduh aje tapi gaduh-gaduh gitu la, but kadang-kadang aku plak yang kurang ajar suka nak cari pasal dengan dia...nak tau sebab apa? sebab dia suka melayan apa yang aku argue...heheheh..kadang-kadang jadi bahan ketawa aku adik beradik dek sikapnya yang kadang-kadang macam budak-budak. Tapi apa pun dia tetap mama yang aku cayang...tiada siapa dalam dunia ni yang setanding dia protect anak-anaknya. Sukar nak kata betapa hebatnya wanita ini dimata aku.

Mama anak yang sulong, jadinya dia kakak yang berkuasa veto. Setiap katanya adik-adiknya merangkap mak-mak sedara aku akan dengar, pendek kata i do i doit for u lahh....Walaupun mulut dia laser tapi hatinya baik, mama boleh protect adik beradiknya tapi aku rasa belum tentu makcik-makcik aku dapat protect dia seperti mana dia lakukan untuk adik-adiknya. Mama aku sangat berani menyuarakan pendapatnya dan dia sangat membantu kepada adik-adiknya..adakah adik-adik dia buat begitu padanya?....ermmm entahlah....

Mama,, even papa aku pun takut pada dia....sampai aku gelarkan papa ( TIKUS ) hehehehehe...ingat lagi, asal dia balik lambat je...dia call rumah dulu either mama mood macam mana, kadang-kadang tu belum masuk rumah dia dah tanya anak-anak dia macam mana mama kami, mood okey ke KO...hhuuuhu...pastu yang kelakar siap jalan jengkit-jengkit naik tangga takut mama dengar kat dapur....hahahahaa.

Mama...aku ? hihiihi dulu masa kecik je aku takut ngan dia....sekarang tidak lagi...MAMA dengar cakap aku. Cehh lagak..bukan lagak okey but hakikat. Apa pun aku sayang sangat ngan mama, tanpa dia aku x tahulah hidup aku macam mana. Mesti x ada orang protect aku kalau orang menjatuhkan air muka aku....Dan kerana aku juga mama pernah menangis kerana aku difitnah teruk oleh orang yang rasa mereka dikalangan makhluk allah yang sempurna. Aku redha....mama pernah cakap..." Gee, kamu kena kuat, kalau kamu mengalah bererti kamu kalah, god always right...god pay CASH gee". Betapa hebatnya mama mempertahankan aku dan sampai mati aku x akan lupa betapa hebatnya mama menepis apa yang orang fitnah ke atas anaknya ketika itu....

Mama....dialah kekuatan aku....tanpa dia aku mungkin x bersama pak anif..kerana restu dialah aku  bahagia bersamanya. Alhamdulilah, mama berjaya buktikan yang pak anif terbaik untuk aku, even aku berbelah bagi dalam keputusan ku....pernah aku lari dari perhubungan kami yang masa tu aku bertunang...tetiba aku berhenti keje terus pindah Shah Alam.....sebab aku rasa macam x sedap hati sangat nak kahwin dengan pak anif...sampai malam sebelum kami dinikahkan, malam tu aku berbelah bagi akan keputusan aku....setiap kali buat solat ishikarah tiada petanda yang timbul kecuali hujan lebat pada malam sebelum aku dinikahkan....Yerhh...mama kekuatan ku..dan aku percaya gerak hatinya. dan kini aku percaya apa yang mama kata..... " Carilah orang yang sayang kita, bukan kita yang sayang dia" ..........

Mama..thanks .....akak percaya mama...gerak hati mama...dan akak mahukan kekuatan mama...selagi hayat dikandung badan akak akan pertahankan kasih sayang Pak Anif dan Chalif untuk selamanya...Biarlah orang nak kata apa....yang penting allah maha kuasa menentukan qada dan qadarnya...bukan mereka yang menghina dan mengata..

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia