citer aku lagi...

Selamat Tahun Baru Cina ...pada semua yang menyambut
dan Happy Holiday pada yang mengambil kesempatan cuti lama ni bercuti jalan2....
aku?
Balik Seremban acu ku adakan kenduri arwah poksu...so hampir semua sepupu ada, dan pada  yang x ada tu biasala macam2 alasan yang kadang2 buat aku bosan.....tengokla nanti agak2 nak kahwin appear laa mereka2 tu nanti, dia termasuklah adik2 aku sendiri si olin dan cak...kadang2 aku rasa macam aku je anak Jamilah Mahmood well aku kan beralah je lahh...kang melawan kata derhaka tapi aku  mmg derhaka pun ...hahhahaah...Kenduri Jumaat malam , so seawal khamis aku dah turun cuma kali ni aku x dapat nak tolong beria sangat maklumlah asal mula je mereka mengoreng aku dah menguWekk dalam jamban...potong timun pun aku boleh muntah okeyy..mmg stresss gilerr!!! Kang orang kata aku mengelak, mengada2 la plak. Tapi sumpahh aku mmg mabuk gilerr....

Preggy kali ni agak lain dari Chalif...aku kerap sakit ulu hati, asal makan lambat je aku dah mula mual dan mabuk serta ulu hati aku bagaikan dicucuk kadang2 boleh buat aku sesak nafas, tapi yang peliknya kalau aku makan bukan selera yang dia nak comfirm aku menGuWekkk balik apa yang aku makan....so? korang bayangkanlah apalah nasib aku ni..perut kosong salah..dah makan pun jadi salah. Gitulah terjadi pada aku sepanjang di Seremban, nasib Pak Anif sebelum gi outstation dia dah siap2 belikan aku roti, air buah, 100plus dan serbuk kopi untuk aku makan bila aku lapar tapi hampanya bila dah ramai-ramai dalam rumah boleh ke ko nak makan sorang ikut tekak ko sendiri, comfirm laa tidak so jadinya air botol dan air kotak aku habis diminum sebelum sempat dijamah oleh aku kerana dibedal sepupu2 aku...sampai roti aku pun mereka bedal ...uhaaaaaaaa..nagiss okey..ibu mengandung yang sensetif...tapi pikir adik2 aku sabar kan ajer lahh...nak marah mereka tu budak...tapi dalam hati ni berkata " SAMPAII HATI KORANG KANN " ...

Ikutkan hati nak balik hari ahad...tapi mama plak nak balik shah alam awal sebab ada wedding, so aku balik je laa....leh duk rumah sendiri sambil rehat2 kan diri...

Hari ini..AHAD...
Aku duduk rumah bersama chalif...niat dihati nak gi umah mertua, tapi aku rasa macam x larat sungguh....lagi2 bila tengok longgokan baju yang dah macam gunung everest. Seawal pagi aku dah bangun, basuh baju, kemas rumah, gosok baju chalif dan masak....Oh ye..menu aku hari ini adalah MEE KARI CHINESS STYLE.....tapi campur melayu skit aku taruk tempe goreng, sesuka je kan...Kadang2 kesian chalif, patut cuti2 ni berjalan2 tapi duk rumah jer.....sabar je la chalif...mummy dah okey kita gi jejalan.

Lepas ni aku tunggu pak anif call , dia nak baju 3 helai , seluar sehelai dan air bio aura sebotol. Dia suh aku bawak anak2 gi Bandar Hilir jumpa dia...tapi aku x larat....so, aku just drop by je barang2 ni kat kedai buah-buahan di Ayer Keroh malam nanti.

Chalif dah main basikal kat luar....belum sampai 10minit dah gaduh...kang kalau x tengok comfirm ada yang melalak....so better aku tengok....

chOw..

ps: apy CNY.....

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia