Sebenar....nyer aku

Alhamdulilah, aliff berunsur sihat cuma masih dedau sikit je badan dia...kelam kabut sikit minggu ni , mula2 aku sakit pastu aliff plak, adoi macam main pas2 plak penyakit ni.Apa pun aku redha dan terima seadanya.Thanks lyza sebab fahami aku dan bos yang melepaskan aku time off petang kelmarin... kali ni aku isi borang dengan sendirinya tanpa disuruh2 sebab itulah nama prosedur kalau hari tu aku x faham dan macam nak jadi taiko plak bila bos suh isi borang, yerlahh aku kan pelanggar undang2...

Citer pasal time off, pada posted yang lepas aku ada tulis pasal cc aku yang time setiap hari jumaat...hihiihih jahat tul tangan ni kan....baru lah aku tahu yang dia time off sebab anak2 dia sakit...aduhhhhhh terkena dan terkedu aku, respect pun ada sebab kaum adam jaga anak siap sanggup off petang...itupun eo aku yang bagi tahu since dia baca blog aku..EO aku BACA BLOG aku ? aduh, baru aku tahu pengakuan dia. Minta maaf eo , aku ni tangan puaka tapi mulut still boleh cover, seperti yang kata , aku tulis sekadar meluahkan sahaja, kalau salah tulisan ku harap tegurlah aku open mainded  dan x suka mulut puaka kata belakang tapi depan macam bidadari...pergi mampus itu orang. Apa pun, salah aku gak x pernah nak tanya details2 orang timeoff napa, untuk apa....bukan x nak amik tahu kang org kata aku ni cik PKP busy body plak..tapi inilah akibatnya bila dah wrong information kalau tuan badan tu baca comfirm pedih hati dia hasil nukilan puaka aku ini..aduhh...kena minta maaf ker..?

Serius, aku memang x suka nak kata dari mulut tapi kata ku lebih pada tangan, aku x puashati ke, aku begang ke aku tersinggung ke...hanya di blog lah tempat aku meluahkan. Kalau aku sound tepat , comfirm orang terasa, so biarlah aku simpan dan aku semat dalam blog buat bacaan , tatapan  dan renungan aku pada masa akan datang...yerhhh...x ada sapa yg sempurnakan.

Aku tahu aku ada ramai readers dikalangan staff jknm sendiri, dan sepatutnya aku mestilah cover dari tutur kata , budibahasa dan tatabahasa untuk mengelakkan orang kecik ati bila baca blog aku but aku bukanlah manusia yang begitu, cukuplah aku simpan dan kunci mulut ini dari berkata apa2 dan aku tahu dimana tempat untuk aku luahkannya. Hari ni, ada beberapa orang bagi tahu aku yang pedas sungguh kata2 aku dalam blog2 aku...yerhhh..sorry la kalau korang terasa..tapi ada x korang dengar mulut aku ni berkata2 pasal2 sesiapa yang aku kata dalam blog pada korang semua? tidak bukan.... maaf , aku bukan jenis perempuan yang suka nak jaja citer sana sini, dan minta semua boikot orang itu orang ini ...sorry to say im not that types person. Aku masih respect lagi, kalau aku rasa begang gile aku akan sendiri jumpa dan sound direct but masih berbudi bahasa agar message yang aku cuba sampai dapat diterima dan mencapai kata penyelesaian.

Dah ramai rasanya yang terasa dengan tulisan aku....tapi ada korang nampak aku tunjuk yang aku marah & tidak puashati, kalau korang kata aku ada kutuk belakang laa ...bawak sini mulut sial yang kata aku mengata orang belakang2 tu....nak gak tanya sikit apa yang aku kutuk, haaa masa tu sorry to say okey nak kenal aku ni kurang ajar atau tidak haaa..cepat2 buat fitnah...jangan sampai aku buat kerja gila zaman budak aku pergi pelempang mulut puaka budak sedarjah aku. ( opss...x mo citer lebih  sebab budak kena lempang tu pun salah seorang readers aku and now ngam dengan aku ). Seriously, aku x mo jadi kurang ajar lagi.

Enviroment baru opis....
AKU BENCI! ---- ada sapa terasa?
kenapa kata benci...sebab aku x selesa dengan tempat duduk aku sekarang yang bising dan x sesuai dengan kerja hakiki aku. Since aku kerja kat opis baru ni...dah berpuluh pemanggil kata aku ni pekak.... dan tah berapa kali juga aku suh orang2 disekeliling diam..and pada hari ni aku buat kali pertamanya menjerit kata " BOLEH TOLONG DIAM X...." mana x begang, aku buat signal tangan suh diam orang x nampak, cakap " syuhhh syuhh " orang buat bodoh...so hasilnya aku jerit...Haaaa x pasal2 orang kata aku mengamuk, paling kesian Miss EO aku pun adalah yang termasuk dalam kelompok bising tu....harap maaf, aku agak tertekan okey.....cukup masa ada yang aku isi borang sakit mental plak..Pada mereka yang kata aku mengamuk tu... Hello, aku bukan mengamuk tapi kalau dah banyak cara aku buat korang xnampak terpaksa lah aku menjerit, but mmg aku x laa begang sangat cuma kadang2 rasa macam letih jer nak suh orang jangan cakap kuat2 bila berada di kaunter aku and aku pun sendiri x suka nak rasa diri tu bagus sangat kat kaunter tu.
So, sampai bila harus begini?...hemmmm tunggu la budget buat kaunter kat luar..x tahu la bila boleh dapat dan aku harap semua yang aku minta dapatlah dipertimbangkan oleh bos2 kat atas2 tu....

Moral nyer...aku ni kalau nak tengok aku begang mmg korang susah nak nampak...aku akan pretend okey jer...walaupun aku bengang kat orang2 disekeliling aku sekalipun aku x akan tunjukkan, aku anggap mungkin aku yang silap x tanya atau aku yang x faham dia atau dalam proses nak faham.

Citer faham x faham....aku pernah begang dengan BIG BOS aku , but bila dah lama2 tu baru aku kenal dia...dia ni sempoi dan mudah berbincang ...tulah masalah aku..lambat nak faham orang..bukan x mo faham tp x ada masa nak cuba kenal maklumlah..aku kan Cik PKP...sibut ngan ring ring ring...dan aku juga pernah begang dengan cc lama ( CAT ) aku....but lama2 baru aku tahu dia ni kena bodek2..baru selamat...tp seperti biasa aku ni kaki bodek ker...comfirm tidak..so jadinya aku ni always terkena jer laa...now since dia moved tempat lain, okey plak dia, sekali lagi aku kata mungkin aku x cuba untuk mengenali dia. harap maaf.

Azam start minggu ini....
Aku x mo marah2, x mo begang2...aku nak cool jer...( boleh ke ila )...sebab aku kena jaga attitute aku supaya aku jadi ibu yang baik pada baby yang bakal dilahirkan nanti.....Ohh..aku pregnent!..yerhh..aku pregnent..alhamdulilah..patutlah aku asyik nak cari salah orang jer..rupanya ko dah mengandung ila..patutlah aku sakit2 jer awal2 tahun ni rupanya ko nak masuk no 3 ....alhamdulilahhhh lagii..Aku dah masuk 6 minggu, terlalu awal untuk aku jangka bagaimana bayi dikandungan ini..aku harap dia sihat dan kuat paling penting jangan follow image negative mummy dia ni yang madang je nak mengamuk.

Buat kata Pak Anif " PATUTLAHHH ASYIK NAK MENGAMUK JER...."

Bila tengok post2 yang lepas...post nak marah je kan...aduhhh...tapi aku x marah point pada sesiapa but ia terbuka so x lah anak aku terikut mana2 muka yang agak2 buat aku sakit....Kalau aku buat benci dengan ina mesti anak aku cute macam dia, kalau marah kat miss eo mesti anak aku lembut and slow macam dia, kalau marah kat lyza mesti cantik tp gila mcm dia ( kalau perempuan ), kalau marah kat kak intan kang suara nyaring macam dia plak , kalau marah kat cc mesti putih macam dia.( handsome la gak mamat ni )...kalau kat faizal aduhh comfirm loya buruk macam dia tp dia penghibur kami but kalau dengan k.kam mesti anak aku ceria dan prihatin macam dia ( k.kam kakak / ibu yang baik )...macam2 laa ko laa...baik ko x yah nak meroyan tengah2 mengandung ni...proper laa jadi ibu yang mithali ila oiiii...yang penting anak ko sihat..

p/s: entry agak pjg sebab aku kebosanan ...doakan kandungan aku selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia