LMPT....apa tu?

Okey...minggu ni agak blur dengan LMPT...
apa kah itu?
dia Laporan Penilaian bagi Kakitangan Kerajaan...
Serius, aku bukan nak kata aku ni prakkk sangat kan...tapi baru this year aku betul2 faham pasal LMPT since dah 3 tahun aku di JKNM ni.
Dulu aku x heran apa kebenda alah ni, dan bagi aku macam biasa2 je..
but
since aku tengok bebudak pentadbiran ni beria2 buat LMPT ni..aku rasa macam perlu aku ambil tahu apa kebendanya LMPT tu..Bukan aku x pernah buat but before ni aku x di ketengahkan cara dan bagaimana penilaian JKNM menilai kakitangan mereka. Serius, aku ada ramai BOS, tapi x sorang pun nak panggil aku yang hina ni dan nak terangkan satu persatu macam mana dan bagaimana nak isi borang LMPT ni, so jadi cerita aku just isi dan faham2 sendiri jerlahh..Kalau dulu Pak Abu yang bagi tahu bagaimana caranya dan kini dia x ada, aku plak yang belajar untuk diri sendiri dan yang terbaliknya dia plak datang dari kolej dan tanya dan minta aku isi untuk dia....aku plak jadi sifu okey..
Aku bukan nak kondem LMPT ni...cuma aku rasa cara penilaian staff adalah tidak terlus dan staff sendiri yang menilai diri mereka tanpa bersemuka dengan pegawai atasan untuk menjelaskan senarai kerja hakiki yang kita buat....dan ia sangat berbeza dengan cara syarikat swasta melakukan penilaian kakitangan. So aku rasa macam blur sikit tang tu...kadang2 was2 adakah betul pegawai tu buat kerjanya atau hanya copy and paste jer.. dan paling penting pegawai penilai tu tahu ker pegawai tu buat kerja dia, contoh seperti kerja Peg Khidmat Pelanggan, kerja kami hampir sama but cuma ada juga kerja2 yang telah di pertanggungjawapkan pada kita but tidak pada PKP yang lain....so kerja dah sama x salahkan kita copy paste jer...sebab kerja kami ni sama jer...so bagaimana mereka nilai yerk....adakah mereka taste sapa angkat tepon lebih cepat itu adalah lebih cekap atau sapa yang lagi cheerfull  pada pegawai atasan atau senang citer kaki bodek lagi  senang dapat mark tinggi...so apa jadi spesis yang macam aku ni jenis agak prakkk... ni...hahahaha.Aku ni bukan berkira okey, but aku x tahu ni macam mana dorang nilai aku ni.. Lagi satu setiap jawatan yang disandang x kira aktiviti luar mahupun kelab adalah satu markah untuk staff but apa cerita plak pada staff yang x beberapa aktiv contoh seperti aku ni yang bukan local person....jangan kata persatuan, kelab pun tarak....x kan aku nak tulis ahli pengakap sekolah kut...so..lepas ni aku nak tanya bos aku macam mana mereka nilai aku...so at least aku cuba nak perbaiki apa yang patut.
Ok..x mo comen banyak...pasal LMPT ni..aku pun dah isi apa yang patut...cuma yang best tahun lepas..aku dapat buat kerja luar , jadi urusetia, jaga kursus dan lain2..seronok sangat..dan aku suka ..aku mmg suka perkara yang buat aku aktiv dan berfikir , x lah just jaga kaunter dan jawap tepon jer.. bosan sehh...ni pun nasib aku jaga laporan so adalah sikit keja yang buat aku rasa dipertanggungjawapkan dan aku akan berusaha untuk pertingkatkan. 

Teringat zaman kerja swasta, hari2 sibuk dengan beban kerja but aku seronok sebab bos bagi aku tugas yang mencabar, buat recon, buat payment,  received payment dan paling best masa nak closing acct ...fuyooooo tu yg paling mencabar dan buat aku sampai balik 1/2 pagi...pastu bila dah closed kami semua makan malam ramai2...kini semua tinggal kenangan..rindu pada my manager mr low, mr lufti  ex boses di GMSB, Maybank dan Proton.....dan paling rindu team work aku.


Okey..malas nak citer banyak kang kata aku x bersyukur kerja gov ni....hakikatnya aku bersyukur yang aku ni dah kerja gov dari yang beribu beratur kat luar tu yang nak masuk gov, aku ni just isi borang SPA sekali jer terus dapat interview dan terus dapat kerja , itu namanya luck aku..dan rezeki anak2.
...syabas utk aku...hahahahaha

P/S: ....sapa terasa jgn marah...aku mmg x reti nak hipokrit...aku kata x suka..aku kata x...x suka dolak dalik...kalau aku kata x tahu comfirm aku x tahu...so minta tolong ajar..

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia