Kisah Cinta 2 : Aku terima cinta Casper

Casper? Kenapa mesti dia yang aku terima dalam hidup ni. Orang yang sentiasa disampingku dikala aku sunyi dan duka, walaupun dia x sehebat Shah Rukh Khan, Brad Pit, Keanu Reave dan sebarisan jejaka tampan dan terhebat didunia ini bagi aku casper lah the only man yang berjaya buat aku percaya tiada lelaki yang sejujurnya yang mencintaiku setulus jiwanya...

Pada post yang lepas aku ada cerita bagaimana mulanya perkenalah kami..(.klik kalau nak tau .)...

Yerhh casper tu x lain x bukan adalah suami tercinta Pak Anif di hati....
Kenapa leh casper, malas nak citer rujuk je post lepas..

Seawal perkenalan kami, aku rasa dia bukanlah lelaki yang romantik, comfirm langsung x romantik. So, jangan mimpi aku nak terima kejutan yang pelik2 dari dia, ermm kempunan lah aku yerk. Bagi aku romantik tu x penting yang penting dia membahagiakan aku dan anak2....Romantik x romantik sekali dia buat kejutan aku pun sampai x kenal dia kerr yang jejaka yang buat kejutan itu ...seperti terjadi di Hari Jadi Ku yang ke 30thn... ahahahahahah...sengal batu punya isteri x kenal sang suami.

Macam mana pak anif lamar aku ?
Suatu tika dulu , aku duk menyewa dengan kakak2 jururawat di depan Hospital Melaka...slah seorang darinya kak mah yang telah menghadiahkan aku sebiji mutiara dari sabah....comel sangat dan aku suka sangat, masa tu aku target nak ikat jadi loket disaluti white gold..yerhh aku peminat white gold. Oleh kerana duit x cukup so aku selalu simpan biji mutiara tu dalam purse dan bawa kemana sahaja aku pergi, keadaan itu diketahui oleh Pak Anif yang sememangnya hari2 akan ambil dan hantar aku ke tempat kerja.

Sehinggalah pada suatu hati mutiara itu hilang dari purse itu, boleh yerk sebab begitu sedih aku menangis...puas aku cari , satu hotel aku teroka ( masa tu kerja hotel ) siap pesan dengan cleaner tolong carikan walaupun aku rasa memang agak tipis nak aku jumpa mutiara sekecil tu. Bila pulang kerja aku sambung cari dalam kereta pak anif plak...manalah tahu kot2 dalam kereta dia. Pak Anif tanya apa yang aku cari, sebab aku cari dengan muka2 yang cemas dan mengharap agak2 bila dah rasa x ada harapan...terus aku pandang tepat muka dia seolah2 merayu " Tolonggggg lahh cari mutiara saya " ...but aku x cakaplah gitukan, just aku cakap mutiara saya hilang. Muka dia macam biasa always cool jer, siap cakap lagi apa penting sangat mutiara tu? ...Seingat aku , aku just cakap " Saya nak ikat mutiara tu jadi loket . ni dah hilang, nampaknya saya kena minta tolong kak mah suh kirim belikan sebijik dari Sabah "...Dalam pada itu juga pak anif kata " X payah susahkan orang, cari dulu kalau dah x jumpa baru beli baru "...Aku masa tu just angguk2 geleng2 jer...well biasalah aku ni kalau dah hilang benda yang aku suka comfirm ko cakap apa aku masuk ikut kanan keluar ikut kiri....bercampur lagi blurrr....yerhh its me.

One day, aku off so macam biasa aku duduk umah, bila off day maka haruslah aku mengemas bilik dan mengemas rumah, maklumlah2 kakak staffnurse amat sibuk dan kadang2 aku rasa rumah sewa kami ni dah macam tongkang pecah. Kalau cuti comfirm dorang merayaplah, dating lah..aku yang single jadilah cleaner sepenuh masa with mek ti ( kawan sekepala ). Buat pengetahun , masa tu aku x declare apa2 dengan pak anif, sebab dia pun x bagi tahu apa2 tentang hubungan aku...malah aku pun masa tu blum ada feelling2 dengan dia. Even dia sering hantar dan ajak aku keluar tapi bagi aku hubungan aku macam kekawan sebab dia pun macam biasa2 je dengan aku, so x akan la aku nak lebih2. Aku rasa masa tu aku anggap dia macam abang jer, sebab bila jumpa dia banyak perhatikan aku bercakap dari dia yang bercakap...well biasa la aku peramahlahhh katakan. serius, masa tu aku x terpikir yang aku akan jadi isteri dia sekarang ni..kalau aku tahu dia suka aku ..mesti aku control ...controlll kerrr?...poyo lah ko laaa..

Tetiba dapat call, dia nak ajak aku keluar ...dia minta aku pakai cantik2 sebab dia nak bawak aku gi reunion rakan sekolah....Ermm..apa cerr nak suh aku pakai lawa2 abis sebelum ni aku keluar ngan ko aku x pakai baju ke, berkemban ker..ooOOOO lupa selalu aku keluar ngan dia lepas abis kerja...comfirm uniform jer lah. So, lepas magrib dia nak ambil aku, aku siap2... simple make jer dan x lupa perfume masa tu aku pakai DoviDove Cool Water jer. Sampai je dia di parking lot rumah sewa aku tengok dia keluar dengan segaknya...aduhhh, smartnyerr dengan kemeja biru gelap lengan panjang...adoi..aku ni pakai simple bomba jer..masuk je dalam kereta aku curi2 tengok muka dia....waaHHHHhh dah licin laa muka dia...dia dah shaved muka diaa...ahakss..terpana jup..but mak masih cool okey.

Sampai ke destinasi, ermmm tengok tempat tu macam lengang jer...kereta dalam 3/4 biji jerdi pekarangan parking restaurant tu. Aku tanya napa x nampak orang selalu reunion ramai orang...simple je dia jawap " kita datang dulu kut "...ops..okeyy..Masa tu aku tengok restoran tu macam x sesuai je nak buat reunion , ia hanya sesuai untuk pasangan bercinta, beach side, alunan pemuzik bermain gitar  nyayi lagu ala2 contry and lovely song dan paling pelik waiter tu siap tunjukkan tempat kami berdua. Okey ..agak pelik dan blur skit...x perlu aku nak citer bagaimana suasana reunion but kali ni mmg reunion yang agak pelik...Tetiba je waiter tu hidangkan menu, uikss...aku x order pun...gila babi...sekali reunion bagi hidangan wastern sehh....beef steak dimasak half cook lagi...adoi..pelik2...nak tanya macam segan. So, macam dia tahu je aku akan tanya soalan utk dia jawap ..simple jer jawapnya " bebudak x jadi datang ...kita makan jer lahh ".....Okey, aku makan mak x tolak rezeki okey...sambil makan borak2 dan gelak..tetiba pemuzik  tu bermain muzik la plak kat meja kami sambil bermain muzik alunan romantik dengan petikan biola lagi tu...sambil2 tu dia main2 mata dengan pak anif...lepas tu tah apa tah terjadi yang aku tahu waiter datang hantar desert dan disebalik desert tu ada kotak kecil yang comel jer..Agak2 korang la kalau kotak tu atas meja ko...apa yang agaknya korang pikir? hihihiihi.Hhihi...terus pak anif ambil kotak tu dan minta aku buka..fuhhhh blasherssssss muka mak okey...Aku pun buka dan terkejut beruk gila bagang.....isinya kotak itu adalah Seutas Rantai White Gold Berloket Mutiara..................oH mY gOD....!!!! NI MUTIARA SAYAAA....itulah terpancul di mulut aku yang agak puaka ni...hahahahah...dah tengok muka gembira, Pak Anif ambil dan meminta kebenaran untuk menyarungkannya di leher ku dan aku relaaaaaaaaaaaaa.......Ermmm patutlah masa mutiara tu hilang dia cool je...rupanya ko yang curik yerkk casper. Pada malam itu juga dia lamar aku " Sudikah awak jadi sebahagian dari hidup saya " Arhhhh..pengsan2....aku just senyum jer sebab aku sendiri pun x tahu keputusan itu, tapi rantai ko dah pakai, arhh x kisah mutiara aku punya !.

Malam itu berlalu begitu pantas, tiada kata putus yang aku berikan pada dia. Apa yang pasti aku masih belum sedia untuk mengatakan terima. Ermm..bukan mudah untuk aku terima lelaki pada masa itu setelah hati aku masih curiga pada kisah lama yang mungkin buat aku fobia. Tapi aku respect pak anif, dia sabar menunggu dan berusaha untuk memiliki ku. Keadaan berlalu begitu pantas ..... sehinggalah satu hari dia tanya aku adakah aku terima cinta dia., aku masih x bagi jawapan itu. Aku suka tapi macam berat nak berkata2..

Kalau nak tahu ..aku betul2 terima dia setelah kami di tunangkan..... itupun aku macam dalam mimpi jer. orang yang paling gembira adalah mama aku...yang cukup suka dengan pak anif dan mama kata...dia adalah menantu yang boleh membahagiakan aku. ...EARMMmm...yolah la ma...kini aku dah milik pak anif aka casper...dah kuar 2 anak dah pon....dan aku kini bahagia...

thanks pak anif...berjaya buat aku poyo jup...

Comments

noyin said…
xsangko yo pak anip ala2 wat suprise party tok ko smbil lamar2..so sweet..baguihla no..semoge bebahagie kak..happy for u :)
Unknown said…
thankss dekk..kesian dia dpt bini blur mcm aku ni...poyo plak tuu..hhhh
Unknown said…
thankss dekk..kesian dia dpt bini blur mcm aku ni...poyo plak tuu..hhhh

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia