Result Chalif Final Year 2010

"Mummyy....esok cikgu cakap suh mummy daddy datang sekolah ..! ". ( hampir 10x remains aku, sampai ke pintu gate tadika mereka ingatkan aku....aduhhhh...saiko tul la nak pak anif ni.. )

Sedia maklum tahu yang hari ini open day tadika untuk sain report card, seperti biasa hari ini pak anif x ada so bab2 mengadap cikgu ni comfirmlah aku sesorang. Cacha awal2 cakap dia dapat no 6 , ermm menurun keputusan ko nak, ingatkan dapatlah mummy daddy tengok cha naik pentas ambil hadiah tapi lain lak targetnyer anak yang x disangka2 plak yang naik pentas ambil hadiah...iaitu Aliff ( anak teruna manja terlebih ). Tak sangka aliff dapat no 3 sampai cikgu pun x percaya, kalau ko x percaya aku maknyer lagi x percaya...Tah masa bila dia belajar aku pun x tahu, kalau cacha tu aku percaya rajin skit mengadap buku.

Kalau dah kata mengadap cikgu , cikgu pun ceritalah perihal anak2 aku kat tadika...alhamdulilahh dua-dua tidak mengecewakan aku. Terang2 cikgu cakap cacha pelajar pintar tadika cuma peratus menurun sebab kerap ketidakhadir mingu2 terakhir peperiksaan , so banyaklah ilmu dia x catch up...what ever nak...next year cuba lagi...nombor berapa itu x penting ,  yang penting mummy nak semua A+....cuma cikgu kata Bahasa Arab cacha menurun sebab dia banyak tertinggal. Kesian anak2 mummy kerap sakit, tu yang banyak tertinggal, kalau x mesti cacha dapat semua 100++....cehh wahh...saiko sehh...But yang paling penting cikgu kata cha cepat belajar dan mudah menerima walaupun kerap tidak datang...tang ni mesti ikut aku ..HAhahahahhahhahha nak jugakkkk...

Haaaaaa...bout aliff....cikgu cakap aliff agak pendiam ( seperti daddynyer ) tapi diam2 dia berisi ( macam mummy dia ..hahhahahha ). Kerap beralah dengan kawan2 ( haaaa itu ikut pak anif ), tapi kalau dah mengamuk comfirm terus pukul ( itu aku x pasti ikut sapa ...sebab kami bukan kaki pukul..cehh  ). Oleh kerana x ramai ibu bapa lagi, so lama la jugak berborak dengan cikgu si aliff, dari cerita aliff tertukar cerita anak jiranku si Yati ...rupa2nyer semua cikgu wanted si Haziq ni, terkenal dengan kepetahannya dan dia juga merangkap protector aliff di kelas. Hahaahaha adoi, anak aku ada boncer okeyy..dari cerita bab aliff dah tertukar citer si haziq...Apa pun anak jiranku ni mmg peramah , mulut dia macam bertih jagung...sepadan dengan namanya Haziq...so secara x langsung aliff pun terikut berani dan peramah macam dia...okey gak tu. Apa pun aku x kisah..aku suka juga dia berkawan baik dgn haziq , maklumlah anak jiranku yang sekepala dengan aku...dan rakan sebasikal aliff dan cacha petang2 depan rumah.

Tahun depan pak anif suh alif berpisah sekolah dengan cacha...ermmm..agak2 sanggup ke aku nak pisahkan mereka yang mmg rpat sejak kecil....dimana ada cha disitu ada aliff....erm tahlahh....terserah pak aniff aku ikut jerr....

Aku berharap chalif berjaya dalam hidupnya dan yang paling penting hope mereka jadi anak soleh dan solehah...amin ya rabbana alamin...

Comments

YanaHime said…
salam...

ai, semenjak dua ni rajin hupdate? semangat baru ker? hehe!
Unknown said…
mana x rajinn...aku x study sem ni..so banyaklahh masa terbuang...ko tunggu laa aku start study...seminggu pun payah nak pos baru...

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia