I know my Limit

Pasal aku terima bunga ari tu dah memacam orang nak argue aku....aku malas nak layan annoy yang comment ala fitnah murahan yang kalau jual kat akhbar belum tentu laku...sebab aku ni bukannya artis . Ikut kata hati nak approved jer annoy2 murahan ni, tapi bila pikir2 balik baik aku x payah nak layan kang amik masa plak aku nak membalas, itu dah satu buang masa utk aku.

Aku make blog ni bukan nak suh orang comment atau nasihat bagai, aku buat untuk aku...sekali lagi UNTUK AKU !!!...What ever la aku nak cerita apa pun dalam ni, yang korang sampai tersentap nak baca pasal aku dapat bunga mengejut dan on the same time x tahu siapa yang bagi, yang buat korang buat andaian murahan yang x munasabah tu apa pasal?...dengki ? kianat?

Perlu ke aku paste di page ni....?

Buat semakkk...okeyy..bila pikir2 balik baru lah perasan rupa2nya ada juga pembaca kat blog aku ni, maklumlah aku ni bukannya blogger yang TEGAR sampai hari2 aku nak update, aku hanya menulis untuk suka2 ajer dan tatapan anak2 aku akan datang. Bagi aku, apa yang tertulis dalam blog ni lebih pada luahan hati bukan secara realiti. Secara realiti aku adalah manusia biasa yang x lah sehebat mana seperti kata2 aku dalam blog ni. Dalam blog nampak macam real aku mulut puaka , cakap main lepas tapi hakikatnya jika beginilah cara hidup aku diluar dengan di dalam blog ermmm...gamaknya mmg dah kena maki jer aku ni..

Dah ada suami tapi mengatal ....dot dot..
X mahu teruskan, ermmm....perlukah aku bagi tahu betapa aku menghargai dia dalam hidup aku.Jangan nak argue orang kalau rasa x kenal siapa aku diri aku dan hati aku. Bukan nak tipu lah...berani aku katakan yang aku seorang setia...dan perlu kah semua tahu aku setia? x perlukan ? of coz lahh sebab kesetiaan itu hanya untuk yang berhak. Even sikap aku ala chicky2 di luar, agak peramah dan outgoing but....aku ada LIMIT..aku tahu siapa aku , milik siapa kah aku dan x perlulah korang nak mengajar atau menegur kalau rasa ko belum kenal siapa aku. Macam mana korang leh judge aku " MENGATAL", sedangkan yang sekarang ini siapa yang bagi bunga....aku yang bagi atau orang yang memberi...of coz org yang memberi itu MENGATAL pada aku...not's me okey. Aku ker " PERIGI CARI TIMBA ?" bukan kan .....Kalau nak kata aku melayan jantan lain sampai tersyok kat aku..sorry beb, aku belum gatal miang nak layan jantan2 keparat macam tu. Aku x kisah korang nak percaya atau tidak tapi hakikatnya kalau aku ni melayan dah lama dah Pak Anif tu ambil kisah setiap perkara apa yang aku buat. Bukan aku nak kata Pak Anif lepaskan apa sahaja apa yang aku nak buat dan tapi cukup aku katakan kalau dia nak jelouse , dah lama dah aku duduk rumah jaga chalif. Dia bukan x pernah jelouse orang pandang aku, tapi bila dah kawan kata aku ni adik dan dia tu abang dan paling kejam kata aku ni anak sedara dia apa korasa perasaan dia, aku rasa jangan kata keluar buang sampah x sempat , entah2 angkat baju di jemuran pun x sampai.Menyampah okey..kalau dia kata dia jelouse sampai aku x boleh nak buat itu ini, meluat okeyy..." Ko ingat bini ko ni lawa sangat kerrrr...." Baik ko bungkus aku dalam kotak POSLAJU balik Shah Alam....Ok..agak melalut..

Pak anif pernah kata dia x kisah aku nak buat apa pun yang penting aku tahu LIMIT begitu juga dia, selalu tinggalkan aku anak beranak berhari2 kekadang berminggu. Kalau nak kata aku boleh layan jantan , pak anif tu lagi la, memana je dia pergi ke utara , selatan, timur barat...kalau dia x setia dan beringat maybe aku dah di madukan tah tah madu aku ada 14...( 14 states ). Ahakss..Tapi aku dan dia sering call each others, even kemana sahaja aku pergi aku akan inform dia, even aku minum dengan budak2 lelaki sepejabat pun aku bagi tahu dia sampai kekadang dia plak yang rimas sebab semua perkara aku nak inform, sebab aku faham MELAKA ni tempat dia, dia bukan hidup x ada keluarga, saudara mara, sahabat hadai, if let say mana2 mereka yang nampak x nyer jadi bahan cerita , gosip murahan segala. Kekadang aku keluar sorang , nampak opismate atau kawan lama lelaki x kan aku nak cakap TUMPANGG LALUUU...., mesti bertegurkan  paling kurang ajak lepak minum. Haaaa...itu yang orang kata aku mengatal la kut. Bodusss...jakun apa...perlu ke aku tampal kad manila  kat belakang badan aku ni pastu tulis " KAMI KAWAN LAMA " atau " KAMI OPIS MATE " atau paling bagang " JANGAN NAK FITNAH! KAMI HANYA KAWAN LAMA / SEOPIS ".Kalau dah sampai begitulah keadaaanya  , comfirm aku masuk wad GILER..stresss beb...

Aku stresss ke bila dapat Annoy comment yang macam ciall itu...oh tidak sama sekali...malah aku suka sebab korang suka nak amik tahu hal aku. Dan aku rasa mungkin korang ni kurang kasih sayang kut sebab tu jadi gitu, atau pun mmg x ada org nak appriciated korang nak bunga2 sepertimana aku.Bagi aku lah kan kalau rasa dah kahwin , baik ko mintak laki ko....kalau rasa ada bf apa kata ko bg bunga kat dia dan comfirm dia balas balik pemberian ko paling tidak dia terus purpose ko, kalau jenis spesis x ada bf, aku rasa patutlah pun x ada orang nak kat ko sebab asyik nak tengok salah orang jer.. Apa pun cubalah buka minda tu sikit agar lebih terbuka kerana bunga itu banyak simboliknya x semestinya bunga itu diberi oleh lelaki untuk  perempuan tapi ada juga yang kawan2 kita yang menghargai persahabatan sehingga meluahkan rasa setiakawan dengan memberi bunga sebab nya aku pun pernah terima bunga dari seorang kawan yang menghargai kawan. Bunga itu meluas beb, setiap warna ada maksud kalau tengok dari bunga yang aku dapat kalau orang tahu maksudnya mesti orang akan faham dan tahu siapa gerangan yang beri bunga itu, adakah kekasih ? kawan ? persahabatan ? perkenalan? ...kecuali bunga orang mati....( siapa hiris daun pandan buat wangi2 ...original okeyy ). So, lu pikir lah sendiri sapa bagi.

Pada annoy2 tu....
Kini barulah aku faham...yang korang perihatin siut kat aku...sampai nak kutuk2 aku...what ever laaa oii...yang penting selagi rumah tangga aku x bergoyah selagi tu aku x ambil port...but kalau kerana fitnah murahan ini bikin huru hara rumah tangga aku....COMFIRM SAMPAI MATI AKU X AMPUN DOSA !! dan Jangan bila dah mati nanti , ko buat semak2 ketuk2 pintu umah aku mintak aku ampun DOSA plak!!  Semak okeyy semakk...syuhhh syuhh..aku harap allah ampunkan dosa korang...taubat nasuha lahh korang.

p/s: ada aku kesahhh....hal org...asal org nak kesahh hal aku plakk.....

Comments

Anonymous said…
ahaks! lawak tol...
Unknown said…
macam lawaks kan..tp tulis penuh perasaan okeyy...kekeke
Anonymous said…
this is what we call 'open diary'..we have to take the risks.. apa yang kita tulis, express feelings kat blog kita ni..and yet,we have to be responsible...people do read and make judgement..its not their faults..

if you dont want people to read and give their nasty comments etc..you better personalised/ private your blog..so that, it only can be read by selective person...just my 2 cents..
Unknown said…
TNB : boleh diterima...dan i terima...apa pun itu yg perlu i terima ...:)

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia