FuntaSEA World KFC

Ahad 28/11/2010
MiTc Melaka

Hari minggu yang menyeronokan bagi 3 kanak2 cha, alif & shahrul ( cousin pak anif a.k.a bapa saudara chalif ).Nasib ada adik ipar si cantik manis menemani untuk guide kanak2 lincah lagi sihat ini. Huru hara gak kami dengan nak layan kerenah memasing, x boleh aku bayangkan kalau ekin x ada bersama2 aku, comfirm balik umah mak pengsan. Mana x nyer, kalau sorang nak kencing yang dua lagi sibuk nak main, kalau aku sorang comfirm aku hangkut semua masuk tandas. Kang hilang plak ...aku jgk yg nagis sorang2 kat situ..so baik lahh ada baby "sister ", so boleh lah kawal keadaan.

Citer pasal funtaSea World  ni, cacha 2 minggu lebih awal dah pungut pamplet yang dicampak2 dalam umah dan dia juga la yang mendesak aku bacakan untuk dia sebab warna dalam pamplete tu buat dia ingin tahu apa isi kandungannya. So, bila dah tahu , berkobar2 lah dia nak pergi siap kumpul pamplete dan tatap hari2 , ada satu hari tu aku tengok pamplete tu bersepah so jadiknya aku pun buang dalam tong , bila dia dah cari meraban aku duk kutip dlm tong apa tidaknya hanya kerana pamplete tu dia boleh menagis terjerit2 macam aku ni pukul pakai rotan padahal jentik pun tidak. aduhh x kacau jiwa raga aku ni.

Tiba harinya , tension betul pepagi buta cha dah bangun siap kejutkan aku suh mandi ingatkan boleh gak aku sambung tido lepas subuh rupanya dapat lelap 20minit jer. Selagi aku x bangun selagi tu dia meroyan atas katil, siap loncat2 minta aku dan alif bangun. Bagi menenangkan semangat membara dia , aku suh dia mandi pastu buatkan sebotol susu dan on kan tv ...haa terus landing. Sempat gak mummy ko ni nak spin baju dan sidai baju pastu kemas-kemas sikit rumah dan sediakan sarapan, seperti biasa little prince alif always bangun lambat selagi x kejup selagi tu x bangun2 , cha naik hangin sebab alif x bangun. Kejut x nak bangun terus dukung masuk bathroom aku semburkan air, terus melalak. Gitu gini dalam kul 10p juga aku keluar rumah and fetch ekin dan shahrul.

Sampai mitc pintu masih lum buka 11.30 baru program bermula, so selamat..sempat aku beli kupon rm30, sebut pasal kupon every rm10 memang berbaloi dalam kupon tu ada kupon makan + 6 kupon permainan siap pelbagai free gift memang berbaloi2. Program dan permainan memang pack dan menyeronokan kira tercungap jugak la chalif and shahrul nak main pelbagai mainan yang ada. Paling best sekali setiap game ada ada hadiah , menang kalah comfirm ada gift tu yang bebudak ni seronok nak testing semua game dan memasing berlumba kumpul hadiah.

Apa pun, itu adalah hari kegembiraan mereka untuk bulan ni, hahhahhaha..daddy ko sibuk kerja , nak cuti mmg x dpt nyer..nasib ada program funtasea kfc so hilang sikit perasaan bosan mereka di musim cuti sekolah. Apa pun aku selaku pembawa dan penaja ...suka melihat air muka mereka berseronok ...comfirm next year aku akan bawak anak2 aku lagi!!!

thanks KFC kids fun club yang berjaya buat anak2 ku bahagia.


Itu dia chicky and friends....
                      

Shahrul, Cha, Ekin & aliff

Sukanyer mereka....

aLIFF wif mat cool




baby sisterrrr " ekin " & GBS...menikmati KFC


pIntu masuk funtasea world

Inilahh goodies yg aku masukkk kann...menarikkk..

p/s: aktiviti cuti sekolah anak2 yang meyeronokann...asal laa masa zaman aku dulu x ada semua ni.......

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia