ConVo ChaLif Part II

Cerita lepas x abis...ni sambung plak story morry selanjutnya pasal backdrop, persedian dan segalanya..

Convo Chalif di Tadika Pasti Bt Berendam.

Sambutan sederhana tapi alhamdulilah guru-guru berjaya mengadakannya dengan meriahnya walaupun serba sederhana tapi tabik springlahh pada pengurusan Pasti  dalam mengadakan convo tanpa di dewan yang besar, mahu pun di hotel atau dimana2 tempat2 yang terbuka dan berprestij tapi hanya di depan tadika dan berkhemah serta dihiasi pentas yang dibuat sendiri oleh hasil kreativiti guru-guru dan badan pengurusan tadika terbabit.

Seriously,berbeza betul sambutan tadika lama cha dengan tadika pasti, ikutkan mereka buat di Masjid Al-Azim but suddently hanya buat di depan perkarangan tadika sahaja. Maybe budget x beberapa nak mengizinkan kut, maklumlah PASTI, mana ada budget yang diberi oleh kerajaan negeri lagi2 ia dikelolakan dari parti pembangkang.Well, apa ada hal kan, itu hal politik yang penting UNDI RAHSIA dan x ada kena mengena dengan institusi pendidikan.

Budget yang sederhana berbaloilah kan dengan bayaran yang dikenakan tidak membebankan hanya RM40 sebulan bagi seorang murid so totally chalif RM80 per month, berbanding dengan tadika lama cha everything its money but consider what we pay because they used Smart Reader Program. Aku sebagai ibu mengakui yang program tersangatlah bagus dan tadika PPKK ( biarlah aku sebut nama terus, rasa mcm pelik plak ) mmg berjaya mencorak cha yang kosong menjadi berilmu dan independent, berbaloilah dengan apa yang pak anif bayar RM150.00 permonth. Tapi jodoh cha dengan PPKK  hanya bertahan 2 tahun sebab aku tengok setiap kali nak ke skool cha akan melipat2kn diri di carpet , paling tragis sanggup mengurungkan diri dalam bilik bagi mengelakkan dirinya ke skool. Ermmm...what do you expect..why our kids like that maybe they was felt bored , entahlah but apa yang pasti PPKK mmg berjaya mendidik cha. Mana ada ibu ayah nak tengok anak memberontok begitu , sehingga aku sendiri yang meminta dia buat keputusan untuk dirinya sendiri. Ternyata dia memilih Tadika PASTI , ermm maybe cucu babysitter aku di hantar ke situ that why dia beria2 nak kesana. Aku? seperti biasa FOLLOW jer..pak anif also too, yang penting ko belajar cha.

Awal persekolah cha, aku tengok dah pelbagai buku di bawa pulang, tertongang terbaliklah dia menyiapkan kerja sekolah but tidak pada aliff yang madang jer x ada keje sekolah. Pelik juga, kalau dulu cha di PPKK seawal 4 thn dah ada kerja rumah, bagai nak mampus dia kerah aku dan pak anif guide dia buat homework. Lama2 baru aku tahu yang Tadika Pasti dia mengajar pelajar seawal 4 thn cara play with learning disamping  menghafal segala bagai doa dan surah, alhamdulilah masuk bulan ke -4 dah berkumat2 mulut aliff membaca pelbagai doa, dari doa naik van turun van, masuk bilik air sehingga doa tidur, kekadang tu aku sendiri pun x tahu tah apa doa dia baca...haaa amik ko nampak sangat mummy ko ni daif but agama. What ever...

Berbalik cerita convo

Word pertama yang terpacul di bibir ku yang gebu ini...cehh  apabila melihat penyediaan sambutan hari anugerah pelajar Tadika Pasti adalah....KESEDERHANAAN....1st time aku tengok pentas di buat sendiri dan antara salah satu bahan yang digunakan kotak tempat letak ayam...x faham? pernah nampak lori bawa ayamkan ,agak2 ayam di letak dalam bekas apa? Yes ,bekas tu lah yang aku maksudkan sebab aku sendiri x tahu nak terangkan macam mana. Tempat guru berucap ( rostrum ) diperbuat dari kayu playwood  + kotak recycle dan di hias depannya dengan sejadah, so nampak macam sempoikan tapi seriously mmg kreative. Background plak dihias sederhana , dengan renda dan kalau x kejam aku rasa macam langsir rumah cikgu mana jadi background pentas anak aku but mmg ada seni walaupun zahirnya nampak real murah tapi aku SUKA.....aku boleh bayangkan kalau cikgu kreativ mesti anak2 PASTI kreativ...insyallah..
Persembahan...
Tabik spring lagi sekali...tanpa tarian gelek2 , fesyen show dan bebagai , concert persembahan anak2 PASTI  mmg meriah , dan bagi aku cikgu dia dah cukup perah otak supaya konsep persembahan tidak lari dari konsep islamic sebenar dan sememangnya  melambangkan islamic habiss , dahh nama pun tadika islam.  Kalau x , tak ada maknanya cha di nobatkan pelajar muslimah terbaik.....haaa..tgk la sapa mummy dia...musliibat...ahaks..Persembahan anak2 yang banyak menonjolkan kepetahan mereka dalam agama, boleh dikatakan setiap student macam dah copy right bacaan guru2 malah lorat bacaan mereka pun sepesenn jerr persis  lorat bacaan penceramah plak,  sebutan2 ala2 imam muda gituu...mana tahukan aliff jadi calon iman muda....calon pun jadi laa nakk.....kalau bacaan ayan al-quran siap Qhol QHo lahh , Mat Asli, Ehfak Hakiki...dan x leh lupa Qhol qho lahh Qubroo...( aku x reti nak tulis secara normal ..faham2 sendiri jer lahh ). Paling best, bila dengar cha baca surah Al-Masa'ded..."ed" kalau sebut betul2 cara kita Surah Al-Masad jer.So teruk x teruknyer  tahu hantar anak ke sekolah tapi x reti nak tahu perubahan anak2....lebih dunia je kan, Aku boleh terpaku..aik, anak aku ker...bangga okeyy...sebab mummy pun x baca punya bagus macam ko nak.....sejuk perut ku for a while. Untuk persembahan 4 thn , si aliff agak kelam kabut dan sesuai lah untuk dia yang seminggu x mahu kesekolah bila dah naik atas pentas tah apa2 ko baca tapi barulah aku tahu aliff di sekolah lain perangainyer diam2 berisi, muka buat2 x tahu sebenarnya dia tahu...what ever aliff yang penting aliff dapat no.3 ...pun mummy bangga...dan paling terkujat aliff dpt best student in subject JAWI....jawii okeyy..berseni macam mummy dia..ahaksss..aku lagi ..

Keseluruhan majlis meriah, dan sokongan dari ibu bapa amat positif dan paling terharu, guru besar banyak kali melaungkan terima kasih banyak2 keatas sumbangan ikhlas ibu bapa yang banyak membantu menjayakan Sambutan Anugerah Prestasi Kanak2 Pasti, ahaa..cikgu , saya bagi RM40 jerr ari tu sebab x ada duit CASH...harap membantulah hendaknya walau[pun x seberapa...( mana x nyer, student ko pepagi nak naik van baru tunjuk surat sumbangan ikhlas...haaa amik ko RM 40 jer dlm purse mummy ni...kalau ko tunjuk malam tadi boleh gak kerah diri cari bank..@ pecah tabung ko ke ..huhuhuhu)

Apa pun thanks a lots to Cikgu Ima dan Cikgu Saloma ( bilaaaaaaa larut malamm..tara pucahh tara pucah cah ) sebab mengajar anak dak ila dan pak anif dengan baik tanpa rasa jemu dalam melimpahkan ilmu di dada. Kalau x kerana cikgu2 maybe anak2 kami ni x secekap dalam membaca doa, belajar mengeja,membaca dan mengira. Jasa cikgu dalam mendidik anak2 kami x akan saya lupakan sampai bila2.Semoga chalif menjadi salah seorang anak murid cikgu yang berjaya pada masa akan datang. Apa pun, teringat Cikgu Siti dan Cikgu Liza dari Tadika PPKK yang menjadi cikgu fovarite cha masa di PPKK, aku rasa start dua cikgu ini x ada dia mula x mahu ke sekolah sebab cikgu siti ke air keroh manakala cikgu liza dapat jawatan kerajaan.....Tu yang cha mogok kut....cha ni saiko sikit.....what ever..

p/s: semoga chalif jadi anak yang soleh dan solehah ...aminnn

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia