aku yang baruu je baik demam....

Haa.a... macam dah x ada idea je nak borak apa...

Yang pasti semalam aku MC sebab demam teruk gila2 babi...aku rasa semua badan aku ni macam kejung beku jer.....x cukup selimut , bantai comforter buat selimut.....x cukup 1biji  panadol aku telen 2 biji sekali...haa sekali amik ko...terus x sedarkan diri .
 Oleh kerana mummy dah pengsan jadi anak aku tersedai dalam rumah ...pak anif plak ada trip pepagi buta. Mummy cuti anak pun cuti sekali....agak2 lum kul 9am sedar2 anak aku dah terbongkang dengan botol2 susu yang dah kosong....ciannn dia...ingat nak hantar rumah babysitter...but pantang sebut nama MAK AWA jer...anak2 aku pakat melalak x mo gi umah babysiter mereka..Aku pun x faham..asal liat benar mereka nak kesana, yang pasti 1001 alasan mereka berikan pada aku utk x mahu ke rumah babysiter mereka.
So, aku yang demam , badan pun lemah, aku raa since jumaat x kebah2 demam aku, so aku decide nak ke klinik depan rumah ni je , kalau rasa budget x cukup barulah aku ke klinik RM1 ( GOV KLINIK ). Klinik Lai adalah klinik menjadi pilihan aku since aku preggy alif sampai la nak ambil perancang pun kat klinik tu sehingga anak beranak aku sakit pun klinik itu lahh yang kami pergi.

Sampai klinik je aku dah nampak ramai giler orang dalam tu, bila dah masuk dalam aku tengok x ada sorang pun yang macam menunjukkan orang yang berpenyakit2 kecuali aku dan pak cik tua dengan anak lelakinya ( ehemmm boleh tahan  handsome ) sepat ko mengatal ila ko tu dengan muka macam x mandi ( memang pun ) , mata kuyu ( macam baru lepas buat ), seluar palazo kotak ( macam nyonya jual sayur ) pastu pakai selipar jepun lak tu cop ROXY celup ...ada hati ko nak mengorat anak pak cik tu yerkk. Well , aku masih berpijak di bumi yang nyata, hati ku tetap pada pak anif. acehhhh...

Lupakan jantan tadi....( cehh )

 Bila dah masuk , mestilah nak daftar....so oleh kerana aku ni x mahu menunggu lama sebelum daftar aku tanya nurse di kaunter either lama lagi ke tidak...kalau lama aku nak pergi klinik lain , boleh cakap gitu..boleh ajer kalau orang itu adalah aku....Blur kejup nurse tu bila aku cakap macam tu, agak lama gak dia nak bagi keputusan siap bincang dengan doc di dalam....hahahahaha..lepas keluar terus cakap..." PUAN , doc kata puan dia panggil kejup lagi " ...Auwww...i suka statement tu, terus duduk silang kaki sambil tekan2 tepon bagi tahu pak anif aku dah sampai klinik ( okeyyy ...lapor jgn x lapor )...lepas pakcik tua dan anak masuk aku pula menyusul masuk...Doc Lai mmg kenal aku, so dia check aku dan terus tanya berapa hari MC aku nak ...boleh ? ...for sure aku minta satu hari je...korang nak kata apa katalahkan...dari aku duk menaguk lama2 kat rumah baik aku gi kerja, lain la pak anif ada...seminggu pun aku sanggup MC...hahahahhahaha

Mc dah dapat, sempat gi pos laju buat urusan FO dan singgah Family Store beli ikan....walaupun kepala aku dah mula pening2 lalat. Fetch chalif rumah jiran, masak untuk anak2, suapkan mereka makan dan aku alas perut sikit buat2 cukup syarat ...lepas tu telan ubat terus pengsan x sedarkan diri  dan sedar2 dah pukul 3.50pm itu pun sebab pak anif sampai rumah, kalau x mmg aku x sedar diri.

Alhamdulilah, berkat makan ubat ..aku sembuh dari demam kejung batu .... last makan malam tadi...so hari ni aku pergi kerja dengan cergas sekali....sampai Pak Abu aku cuti aku x perasan .... tahu2 kaunter JKNM di kelolokan oleh adik2 pentadbiran ...kesian korang..sorry dik..akak x hingat pakcik nak cuti....

ps: minggu ni pak anif x ada until nextweek....pergi penang dan kelantan....tinggal aku anak beranak...

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia