Mummy, jangan mati....

Aku mati ? of couse tidakk...kalau tak, sapa lak yang nak update blog aku niekan..matinyer aku matilah blog ni..kalau rasa dah genap 30hari x ada story morry dlm blog maknanya matilah aku bertemu allah swt selaku pencipta makhluk seluruh alam.
Ishkkk fuhhshhh...simpang empat....belum sanggup lagi nak mati oi, banyak belah kiri dari kanan oi..
Malam semalam, lepas aku solat asar niat di hati nak basuh bilik air laa kononyer, rasa macam dah berkeladak la plak. Kebetulan mesin basuh berfungsi, so dalam leka aku menonggeng2 memberus lantai , tah tetiba air mesin keluar, dalam mengelakkan baju basah aku terus bangun dan dalam pada masa itu lah bila kaki ni nak melangkah je dengan x ada angin, x ada ribut tau2 aku dah tergelincir kebelakang ...fuhhhhhhhh jatuh terbaring aku...sakit siut bontot dan kepala ni...adoii..berpinar kepala dan time tu lah rasa macam nak pitam. Dalam keadaan pening2 lalat, sempat gak tukar baju dan teruss BuhhhhhhSHHHHHH....terlelap..x tau la lelap ke pengsan ke atau pitam ke....yang pasti aku dah ingat apa dahh.
Jam 7 lebih..aku pun x hingat... Sedar2 dah gelap, terbatuk2 bila sedar dari lelap....tetiba cacha menangis tersedu2 datang kepangkuan ku, aliff pun follow nagis. dalam hati terdetik ni mesti bergaduh budak dua orang ni. Siap cium2 aku, pastu dengan sedu2 cha bercakap , " mummy, jangan la mati, akk cayang mummyyy...akk takut mummy matiii....mummyy " uik, aku blurrrr seketika....apakah masa aku lelap tadi mereka cuba kejutkan aku tapi x bangun2.........sah aku pengsan ni. " mummyyyyy..... "...sambil sedu2 ..nak berkata2 tapi macam x sampai " mum myy...nak hp ..akk nak tepon daddy " dalam amai2, aku menurut perintah....tp dalam kepala ni masih terpikir2...kenapa laaa budak2 ni..lepas dail, aku terus bagi hp padanya dan aku masih diambang blur2 an... " Daddyyy daddyy...huk huk huk...daddyy.....mummy nakk matiii " dari luar fhone aku dah dengar pak anif terpekikkk...." APA!!! hAAAAaaa " " Akk x mau mummy matiiii....akk takuuuuttttt....mummy matiiii.....uhaaaaaaaaaaa uhaa" cha menagis lagi.... cha pass hp pada aku..
Belum sempat aku nak greeting ..." Myyy...napa ni....my okeyy....napa cha cakap macam tu"
Aku pun dalam sengal2 ceritalahh apa yang terjadi.....pada aku siang tadi.....lepas abis citer lantas pak anif mengeluhh " FUHHHHhh lega , kalau x duda akuu...hihihii" Cehh, ada hati ko nak duda awal pak anif....x ada maknonyerrr.
So, lepas dah berhujah, aku pass balik hp ke cha, entah apa pak anif bercakap dengan anak dia...aku pun x tahu...lepas tu cha terus urut badan aku tanpa di mintak2 . Aliff lak , siap tanya " Mummyy abg lapar laaaa "..ala cian anak aku..lapar rupanyer. Cha sempat sound alif " Kan mummy sakitttt, x sayang mummy laa aliff ni, daddy suh tolong mummy tau "
Aku gagahkan diri , masak yee mee soup untuk mereka, mmg itu fov dua beradik tu. Tetiba dapat msg dari member, nak datang beraya rumah, okey gak tu sebab dah lama x tengok anak kecilnyer yang comel itu. Dalam tunggu orang datang rumah, sempat gak aku kemas sikit2 rumah. Masa tu, aku tengok cacha mengemas meja makan lepas makan, kalau tidak jangan diharapnyer nak di kemas, mana dia makan disitulah pinggan2 tu di longgokkan, ni tidak tengok dia basuh pinggan makan, lap meja makan.....sedar2 kerusi meja makan aku dah kat depan sinki....tu kess x sampai nak capai sinki la tu...
Hemm...bila tengok cha nagis teresak-esak, di benak kepala otak aku ni berfikir dalam masih aku sedar dan x berdaya ni dia dah menagis teresak2 agaknya macam mana kalau aku mati betul2. Tak sanggup rasanyer aku nak pergi time2 mereka berdua masih perlukan aku. Comfirm pak anif kahwin lagi satu dan dah sah plak anak2 aku dapat mak tiri...Kalau dapat mak tiri baik okey la kan...tapi kalau dapat mak tiri yang dera2 anak aku......haaaaaaa, jangan marah kalau pompuan tu masih virgin walaupun berbulan kahwin ngan laki aku, mana x nyer asal nak main je aku dah terconggok kat tepi katil dengan rambut mengerbangg..pulangg kan pulangg kan laki akuuu...heheheeeeeeeeeeeeee....HANTU DAK ILA ....heeeeeeeeeeeeeeeeee..( ishkk sangat mengarut okeyy, nampak sangat aku mati dalam x rela, dosa banyak tu yang jadi hantu )
What ever la kann ...yang penting bentuk apa, dan bagaimana aku pergi...aku mohon dan berharap agar aku mati dalam iman dan tenang. Sekiranya benar aku pergi dulu sebelum Pak Anif ...aku harap pak anif besar dan peliharalah anak2 aku dengan sempurna.Jangan duk nak lepaskan nafsu sanggup kahwin lain lepas tu anak2 terbiar...memang nak kena hanyunnn laaa ngan HANTU akuu...
Kita sebagai hamba allah hanya merancang dan tuhan menentukan samada ajal, maut, jodoh dan segala2nya. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya, seperti apa yang berlaku semalam chalif menangis teresak ingatkan mummy dia mati dan buatkan anak gadis ku takut akan kehilangan ku.Aduhaii berperasaan rupnya anak aku ni...Mummy cayang anak2 mummy...dan semua yang sentiasa menyayangi aku...
p/s: pulangg pulangggggggg ....( heeeeeeeeeeeee....kalau aku jadik hantu mesti aku CUN kann..sebab nampak putih sikit ).....

Comments

Anonymous said…
entry paling best..paling kelakar at the same time paling touching!!!!
Unknown said…
hihii...itulah hakikatnyer...mummy chalif blur pastu tambah lagi sengal...apa pun mmg touching kalau situasi dekat pd u..cuma i ni kuat imiganasi lagi2 bab2 pak anif...hahahaha

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia