ChaLif Admited 18/10/2010

Jangan hanya lihat ketenangan tapi tiada keperitan, hanya allah tahu segalanya betapa aku menderita. Bukan jenis aku nak tunjuk perit maung, dalam satu tahap mahu aku menjerit....
YA...ALLAHHHHHHH........ beri kesakitan mereka pada aku ya allahh..
4 hari aku dan pak anif mengadap mereka, bermacam-macam ubat kami sediakan tapi semua tak jalan. Paling kesian pak anif, dimasa aku ke pejabat dialah yang mengadap chalif tanpa jemu " thanks suamiku ".
Bergilir2 kami berjaga, tuam kepala anak dan set alarm setiap 4jam untuk beri ubat. Boleh dikatakan waktu malamlah paling letih untuk kami suami isteri, sedar2 dah subuh. Kalau nak kata airmata x usah nak kata rasa macam dah kering sampai satu ketika hilang rasa sabar dengar mereka merenggek terus nak tengking lepas tu baru rasa sesal. Hari minggu x kemana2, pak anif ada trip maka aku uruskan anak2 seorang diri, selalu kalau pak anif ada dia layan anak2 dan aku siapkan makan, mengemas dan what ever kerja2 surirumah. Kepenatan yang tidak terhingga, bila dah terlena sedar2 pak anif di sisi aku...." kesian mummy , letih sungguh.... daddy kat luar asyik pikirkan mummy...kesian mummy jaga anak sorang2 " .. Gugur air mata aku mengeluh....masa tu aku dah dapat rasa badan aku cukup2 lemah tapi x reti nak tunjuk pada semua bertapa lemahnya aku ketika itu. Kalaulah mama dan adik2 belakang rumah pasti aku tak susah macam gini. Dalam chalif demam mama ada call tanya pasal cucunyer, tapi aku tipu kata chalif sihat, kat luar main la, tengah mewarna lah tapi hakikatnya anak2 aku terbaring layu di katil, kejam kah aku menipu . Hakikatnya tuhan saja tahu apa yang aku rasa, sorry mama bukan x nak bagi tahu tapi kesian mama terpaksa kehulu kehilir yang kebetulan sekarang tengah jaga anak2 acu since pak cu meninggal dunia. Yerhh..itulah mama kalau pasal keluarga memang dia amat2 prihatin x ada sapa boleh lawan. Dia sanggup fight for it apa saja demi adik beradiknya, ermmm harap2 adik2 nyer x menghampakan dia one day nanti..ops terlebih sudah.
18/10
Aku ke opis seperti biasa, tengahari balik rumah jengok chalif dah semakin lemah...terus ke Hospital Pantai dan admit...Doc kata suspect Influanza A....oh god....Malam tu kami bermalam di Pantai.
19/10
aMINNnn mama ku power rangers menyelamatkan aku...dia jaga chalif dan aku ke opis..thanks mama manakala pak anif ada trip dalam melaka
Doc kata cha kena influenza B la plak...alif suppose dah boleh discharge tapi condition dia masih x stabil....
Kini....aku menghitung hari ..bilaaa chalif nak discharge .....ya allahh..kopermudahkan perjalanan kami anak beranak...
p/s" doakan chalif sihat

Comments

YanaHime said…
salam iela...

anak hang dah ok ke? harap2 ok yer...

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia