Cha Hilang Di Pagi Rayer

cha hilang?... Itulah terjadi pada aku di pagi raya di masjid al-azim selepas solat aidilfitri. Kehilangan nak gadis kesayanganku, telah berjaya buat aku hampir2 lemah jantung. Ceritanya, Pagi tu cha follow untienyer, xpect dia duduk dalam kereta je but bila dah abis sembahyang , toleh belakang tengok dia dan untienyer duduk bersandar di tembok. So, lepas abis solat kami semua bersalam-salaman sanak saudara yang terjumpa di dalam masjid , masa tu masih terlihat kelibat cha yang leka bermain dengan untie2nyer, dan tetiba terdengar dia nagis sebab terjatuh tersungkur bersama untienya jatuh depan pintu masuk, kesian anak aku. So, kami leka lagi bila terjumpa mak saudara dan berborak2, masa tu aku masih terlihat lagi kelibat cha kehulu kehilir, so aku pun leka lagi. So, bila nak gerak keluar, pergi kesudut lain terjumpa la plak, mak saudara lain plak, bersalam salaman, borak2 lagi. Masa tu aku dah rasa macam dah x nampak kelibat cha, tapi keadaan aku masih cool lagi but bila aku tanya ipar2 aku memasing kata x tahu. Fuhhh...masa tu berderu darah aku...rasa nafas dah lain...aku dah x tanya banyak2 terus cari2 dia kawasan sekitar..but x jumpa. Aku dah x harapkan sesiapa dah masa tu,aku berlari keluar dari masjid dengan berkebaya nyonya merah berkain batik belah...aku berlari tanpa menoleh ke belakang, masa tu aku dah x dulik orang nak kata aku apa...pada pikiran aku ANAK AKU!!!..yang pelik sikit suara pun aku x keluar masa carik anak aku di sekitar masjid..yang aku harap agar telinga aku ni dengar suara cha menagis sb aku pasti cha akan menagis jika dia x nampak kelibat orang yang dia kenal lebih 5 minit. Masa tu segala lopak air aku redah , abis kain basah arhhh...pedulik aku tidak ..masa tu dah x pikir yang aku pijak tu air longkang ke, air kencing ke...sampai longkang punya besar mak datuk dengan slumber bomba aku melompat tanpa control2. Masa tu kain belah dah terbelah ke peha, abis jantan2 yang melihat, bertambah lah dosa ko lepas solat raya....lantak koo ..sapa suh pandang lebih2. Selepas melompat longkang, aku terdengar suara perempuan berkata " Haaaaa itu mak dia ...baju sama merah tu "..sambil terdengar sayup2 suara budak nagis. Masa tu mata aku trus terpandang pondok guard masjid tengok cha terpekik terlolong ...panggilll...MUMMyyy mummyyy mummyyyyyy....( adoi besau mulut ko kak melolong )Bila dah nampak cha di tengah pondok guard, lagi laju aku berlari mengalahkan pelari pecut watson nyambekkk..terus peluk dan cium cha dan dukung cha keluar dari masjid al-azim tanpa ucap terima kasih...masa tu dah x menahan tagis. aduhh sapa x sedih woi...aku baru ilang 5 minit dah nak melolong mcm mana lak yang ilang anak x jumpa2 tu kan. Aku tengok smua mata memandang, sempat gak dengar suara2 sumbang
" dahh nak nagiss dah maknyerrr .." " nasib baju merahhh .."
" anak diaa ker " ..
sambil2 memasing memandang simpati , dan ada gak memandang sinis....tu mestilah kutuk aku la tu...x pandai jaga anak.. Masa tu baru rasa muka aku ni macam dah malu gilerrrr...kekekkek.. Sampai kereta, cha dah sedu2, masa tu pak anif dari dlm kereta dah merenung tepat anaknya dari luar, bila aku masuk je...belum dia tanya aku dah cakap " CHA HILANG TADI JUMPA DI PONDOK GUARD "....merah padam muka ko pak anif masa tu, aku tahu dia nak cakap apa either " x pandai jaga anak " & " macam mana jaga anak ni "...tapi belum dia nak bercakap dia dah terpandang mata aku yang merenung tepat ke bola mata nyer ( sekali ayatttt x menahannn bolamata okeyy ).. dIA CUMA sempat cakap " kan dia dgn eda ( adik dia )..." aku terus potong " dahhh...jgn nak ckp sesiapa jaga dan sepatut jaga dan salah siapa...mummy yang salah x jaga anak "..dia pandang aku tepat dari cermin pandang belakang. Masa tu tuhan je tahu...kan silap cakap x pasal2 gaduh lak di pagi raya baru pagi tadi ko berdua bermaaf-maafan..adoii, baru abis pose dah tambah 1 dosa..so..jawapan yg tepat dan lagi baik " SALAH KAN DIRI AKU DULU SEBELUM MENYALAHKAN ORANG LAIN...cha anak aku ..SO AKU ADA MASA TU..SO ITU TANGGUNGJWP AKU...Melainkan aku x ada masa situasi tersebut berlaku itu lain crita..." Moral of the story " aku kena akui yang aku suppose jaga anak aku sendiri ,ingat tu ...jaga anak sendiri... melainkan aku x ada di tempat itu....orang lain pun ada benda lain nak buat dr nak tengok je anak aku yang lasak ni.."
2nd : tak sia2 pak anif pilih baju merah pada raya tahun ni...( ada sebab tu ) p/s: hope cha jadi budak bijak dan cerdik...senakal mana pun kamu...kamu tetap dihati mummy... mummy yakin one day kamu akan menyenangkan dan mengembirakan mummy..solehah lah kamu wahai putri ku "

Comments

YanaHime said…
Ila, lain kali ang kena letak gps tracking kat cha...
nad said…
hurrmmmm... anak akak lar yg jatuh tersungkur kat depan pintu yee??? kite rasa kite nampak ade sorang budak & sorang remaja @ dewasa jatuh depan pintu... sib baik tak kena culiK kak... alhamdulillah.

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia