Kawan ..

Hidup kat dunia ni x ada kawan pun x boleh jugak...masalah nyer bukan senang kita nak dapat kawan yang betul2 boleh jadi kawan, sama ada kawan time susah kawan time kita terlingkup, kawan time nak happy2 dan kawan yang boleh bawak ke mampuss...( x mo laaa..kubur lain2 ).Tapi hakikatnya itulah, kadang2 kita sukar nak dapat kawan yang boleh kongsi semua cerita, yang boleh nak dengar masalah kita dan paling penting kawan yang boleh nak guide kita supaya menjadi insan dan kawan yang lebih baik.
Aku terpana dalam Facebook hari ini cerita kawan yang mengaku kawan tapi pada dasarnya kawan yang kutuk kawan. Macam mana yerk nak translet kan....Hidupan kita seharian ni kita akan berdepan dengan pelbagai jenis kawan dengan bermacam2 perangai, kawan makan, kawan nak shopping, kawan nak mengumpat, kawan nak bergosip dan ada jugak kawan yang depan kita macam okey je tapi belakang kita sikit punya bagus kutuk2 perangai kita. Actually kita x boleh nak elakkan dari berdepan dengan sikap mulut yang macam puaka ni, bagi aku senang jer...god always pay cash ...so , what u did u get it back..dan aku x amik kisah orang nak kata aku ke , orang nak dengki ke dan kadang2 paling nak tergelak bila jumpa dengan spesis talam dua muka, bila depan kawan bukan main x berenggang, makan bersama, lepak sama , shopping sama tapi sebaliknya ko kutuk kawan ko tu umpama macam ko lupa yang ko tu apa motif berkawan dengan dia kalau rasa perangai dia buruk...ermmm...?? Rupanya nak berkawan dengan kawan yang ko kutuk tu semata2 nak dapat perhatian erti kata lain kalau aku kawan dengan golongan yang berpengaruh so aku pun tergolong yang berpengaruh laaa kann...Cehh....x kuasa makk...Bagi aku, berkawan perlu memilih, tapi x semestinya memilih dari segi meterial, classss nyer atau cantiknyaa..by me aku berkawan pada mereka yang menghargai keikhlasan aku dalam berkawan, untuk apa ko nak berkawan kalau hati ko sakit hati setiap kali dia bercakap...betul x?...Baik ko berkawan dengan orang yang menghargai ko....bukan susah sgt pun nak nilai kawan yang terbaik...atau kawan yang buat terlingkup..
Tunjuk lagak...
Bagi aku kawan yang always berlagak ni, aku x amik kisah pun...aku x kisah ko nak tayang kete besar ke, handbag berjenama ke, ....for me..kalau ko mampu aku x kisah...dan aku pun x heran sebab dia dalam golongan yang berkemampuan, yang buat blur ni orang yang x beberapa kaya tapi berlagak mcm orang kaya..aduhaii tu yg lemau sikit aku nak layan..bagi aku kalau x mampu buat cara x mampu..lagi senang. X payah ko nak menyusahkan diri nak adakan benda yang ko rasa pakai pun x lama, hanya sekadar bermegah2 ajerr...aduhaii x kuasa uuu..
Pemilihan kawan
Dari segi subjektifnya...jika kita pilih kawan ala beusia maka berusia la permikiran kita, kalau pilih kawan yang macam kampung, sikit sebanyak x dia terikut cara kita atau kita terikut kampung macam dia, kalau pilih kawan yang suka bersukan ...x pasal2 tah berpasang kasut sukan ada kat umah ko pendek kata setiap jenis sukan ada satu kasut dan kalau ko pilih kawan yang suka nak bergosip...ermm nampaknya ko kumpul la sekapal nabi noh dosa2 ko tu...Sebaik-baiknya ko pilih kawan yang always be wif u disaat kita nak luahkan , nak menangis dan sentiasa peka akan sensetiviti ko sebagai salah seorang dari kawan2nya...Ni tidak, kawan ajak shopping ko pun nak shopping padahal x ada duit...haaa...nanti kerana nak ikut hayau kawan...ko curik duit suami kat bank lakkk ( hahahhahaa macam perangai aku jer...tp curik utk anak okeyy )...Pendek kata biarlah bersederhana , rakan yang baik akan menegur cara yang berhemah bukan main kutuk belakang okeyy..jangan kita dah tahu kawan kita tu buat perkara yang x beberapa baik jangan ko kata baikkk jugakk kan...itu dah salah tu..tu bukan kawan ikut ko , tapi ko sendiri yang ikut kawan.
Hati..
Soal hati juga penting...cari la kawan yang pandai jaga hati, janganlah kita je keje nak jaga hati dia..dan pada kita sendiri juga kalau dah dpt kawan yang cuba nak jaga hati kita jangan lah ko tunjuk ko otai sangatkan..sepatutnya ko hargai dia yang menghargai ko..sampai jaga hati ko walaupun kadang perangai ko tu buat dia meluat...tapi kawan punya pasal..terima je la kann...haaaa itu ada ciri2 kawan yang aku suka..sebab aku pun cakap makin lepas jer..kadang2 bila dah terlepas baru terpikir...perasaan kawan kita.
So,
entahlah...aku harap budak yang dalam FB tu...berpikirlah masak2 jangan kerana nak berkawan hati ko yang sakit. X kan x reti2 kut..bila kawan ko ada kawan lain dia buat bagang je dengan ko pandang ko pun x nak..yang ko ni macam babi buta cuba nak jaga hati..then bila dia rasa kawan huhaa2 dia x ada barulah terhegeh nak cari ko....lu pikir la sendiri beb...time dia bergembira ajak ko lepak pun x nak ..time dia rasa seorang baru dia nak lepak2 ngan ko..Itu bukan kawan namanya itu kawan yang x reti nilai kawan...
Aku..
alhamdulilah ..setakat ni aku ada kawan2yang always sayang pada aku, dan kawan yang aku tahu akan bersama2 when i was down...aku x kisah x banyak kawan nak hangout dengan aku pun..apa yang pasti aku tahu mana kawan yang boleh buat kawan..dan kawan yang hanya berlakon je nak kawan dengan aku dan aku sendiri x kisah kalau mereka x ikhlas nak berkawan dengan aku...ADA AKU KESAHH...untuk aku orang nak cakap ke, nak kata apa ke,, aku tetap aku..sebab aku tahu..hari ni orang kutuk2 aku but one day orang tu mesti nak x nak mintak tolong aku gakkk...hidup ni macam roda BEB...x kita kutuk orang, orang kutuk kita jugak...
renung2kan selamat beramall
..rasa macam karangan budak pra sekolahalkkk...

Comments

A.I said…
panjang sungguh kuthbah kau. tp mmg le 'kawan' yg mcm ni ada kt sekeliling kita. org2 camni jgn dilayan sgt. biar dia bodo sendiri..

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia