Cerita Lara

Lama sungguh rasanya aku x update blog ni, mesti korang rindu aku kan ( ada ke reader? nyer ) hampehh aku perasan. Aku baru lepas MC , AL dan kursus, so ada masa ke aku nak mengadap benda alah ni? Even aku di rumah, mmg aku lupa segala bagai pasal blog ke, fb , yahoo, Cafe , Restaurant City ( layan gakk ) pendek cerita segala bagai yang ada dalam internet ni la aku dah x layan when enter my house. Mana nak layan tenet, sesampai rumah kena layan chalif , layan kain baju, prepare dinner, kemas umah, mop umah dan layan pak anif ( perlu ke aku tulis kejadian ni ).
1st aku nak citer pasal Kursus
....On 03-05/11/09 aku attended cos Budaya Koporrat di Legend Resort , Sagil Johor. So tinggal chalif bersama pak anif yang aku x tau apa bagai citer mereka anak beranak sepanjang aku di cos. Yang pasti bukan dia yang jaga chalif tapi ibu mertua ku tercayang. Kesian mak kena jaga chalif yang nakal dan lasak. Apa pun anak2 aku jadi lebih baik sepanjang ketiadaan aku cuma aliff je yang 2 hari berturut kencing atas comforter. ( well, cucu bila idup dgn nenek mmg manja melampau ... kalau aku, siap ko aliffff )
Balik citer kursus, alhamdulilah sepanjang kursus tu aku kenal ramai staff under jKNM dengan pelbagai bangsa, jawatan serta status. So mmg kursus tu kira suruh kita becampur dengan semua lapisan pangkat x kirala ko tu Doktor ke, PTD ke, Dr Pakar... yang pasti mmg seronok bangat. Paling terkejut salah satu PTD aku si ( tutttt ) boleh terlucut pangkat dia di sepanjang kursus tu, mana x nyer dalam jkn hampir semua staff bawah dier ada sikit gerun dengan ketegasan dia at last terbongkar kerektor sebonar yerkk.Rupanya selama ni dia terikat dengan peraturan serta pekeliling yang ada. Aku ingat dia ni sombong la sangat, rupanya leh layan gak kepala dier, cuma kadang2 tu tiba time jurusan dah mai malas laa den nak layan. Jenuh gak aku nak menjawap soal pakaian kehadiran ke kursus , sebab aku pakai jeans okeyyy and dia pakai baju kurung. Jurusan2 dia ni rupanya susah bangun PAGI okeyy...x pasal2 mak kejutkan dia okeyyy... aduhaii, patutlaa hang punch time pukul 8.30am ...So ada nak komen ? no komennn...
During cos berjalan kami di separate by group, so terpisah jauh aku dari rakan taulan dan dikelilingi rakan baru yang aku x kenal, apa pun aku seronok laa sebab dapat friends yang sekepala walaupun berlainan jawatan, umur dan status. Dan paling gempak, group kami " PROACTIVE " ( active la sangat kan ) adalah JUARA untuk sukan explorace. See the leg laa..sapa yang dalam group tu kan of cos SHAZILA ...sesiapa satu group ngan i bab2 treasure hunt sure menang punya laaaa....( aceh perasan sehh ). Banyak gak perkara yang aku dapat sepanjang aku di cos tu, at least boleh motivate diri aku ni lebih positiv dan inovatif ( iyerr kerr ). Pada shida, saleh, k leha, k cheoh, lohh, alim, k.herda, paan dan sorang lagi aku x hingat best giler la dapa kenal u alls..dan segala apa yang terjadi masa 3 hari cos tu harap menjadi kenangan abadi untuk kita semua..Gambar? seperti biasa kamera aku dahh ROSAKKKKKKkkk!!! bencii makkkkkkkk..nextttttttttt
2nd bab aku CUTI
After cos aku amik A/L okeyy lama benar aku x jengok mamaku walaupun rasa baru 3 minggu aku x jumpa dia..( well anak mak katakan )...sepanjang di umah mama x ada yang menarik, cuma yang menarik..mak sedara aku ajak aku join bisness dengan dia ( bisnes apa ? rahsiaaaa ..)..mmg aku berminat tapi aku ni kakitangan kerajaan sehhh...bolehh keee...malas laa aku nak istihar2 ni JAZLIN ( unit korek rahsia awam / lebih dikenali tatatertib dan istihar HARTA )Segala bagai aku nak kena wartakan, x kuasa akuuu..So, aku join ke? of cos aku pending buat sementara....of record..
3rd lepass naik cuti akuu MC daaaa....
Ah, ni yang mls aku nak cakap ni, aku sendiri x faham macam mana aku boleh kena food poisoning tahap melampau, x pasal2 kena drip water 1 pain, nak mampus gila babi, dah lama giler aku x kena cucuk2 drip2 ni since aku bersalinkan si aliff. Paling kritikal, aku sempat lahh gak punch card aku dengan penuh bersemangat sekembali bercuti dan kursus but akhirnya aku tersandar jatuh kek pintu lift after tercirit birit ( berpuluh kali ), termuntah bagai ( pun berpuluh kali ) nasib adik yan ada kat pintu STOR yang terpekik panggil nama aku bila tgk aku dah lemah longlai bagaikan teratai layu ditasik madu ( terlebihh sudah ). Amik ko, kerje pun kat kesihatan kan, so apa lagi 3jururawat 2 doc layan aku okehh..apa dah jadik aku x hingat yang pasti aku dapat satu enjection kat BONTOT ni, yg buat aku tersedar dari lena diulit intan. Tau2 aku kena push tu klinik berdekatan dan tau2 dah sampai je klinik tu dan tau2 dah pasang drip kat tangan aku ..seperti biasa Pak Anif risau gaban bila tau aku pitam kat opis, dia call aku x angkat2 sebab aku tido on the same time dia ada trip to KL , so aku x rs dia nak patah balik untuk jengok aku kat klinik tu, abis sapa nak bawak bas tu kan ? so u all boleh pikir kenapa aku x angkat fhone , adakah dia membantu ? jawapannya korang pun tau .....so keputusannya bila dia balik dari trip terus di bebelnyer aku sepanjang malam dan akhirnya diam ( asal diam ....kekekekeke )
sO, ARI NI AKu mai kerja dengan perut masih memulas tapi ku tahan la gak sebab Pak Abu pergi coss..kesian lak aku tengok kawan2 aku duk ganti kan aku nanti. Aku dah bercuti lama pun dah cukup azab mereka tanpa aku..( iyer kerrr )...betul kan, k.fit, rin, k.kam and zalina....koranglaa banyak bantu aku jaga kaunter tu disaat Pak Abu tu gi minum pagi & minum petang..sabar je kawan2 oi...warga tua Terassss mASyarakatttt....ermm..bila laa dia tu nak pencen..berdoa je laaa...
p/s : okeyy...convert 3 story in 1 entry... layannn..

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia