cite ari sabtu

Hari ni aku duduk rumah dengan chalif tanpa pak anif di sisi. Minggu ni mood aku nak dudukk rumah je, bukan sebab pak anif x ada tapi sememangnyer minggu ni aku rasa macam nak duduk rumah sambil menghabiskan perkara yang x habis2 aku habis kan dalam rumah ni ( apa jadah ayat mangkuk ni ). So, pagi ni aku bangun agak lewat, walaupun ikut plan aku nak bangun terus tengahari tapi chalif duk memekak minta susu, so aku turutkan hati kudrat di badan, aku buatlah jugak air 2 mahluk tu. Boleh yerk lepas buat susu aku sambung tidur balik ( apa punya mak laa aku ni ). Tidur punya tidur sedar dah pukul 8.45am, mata aku macam dah x boleh nak tutup tapi badan aku macam x nak bangun.( macam mana tu yerk ).Gagahkan diri la jugak kan sebab x kan aku nak biarkan anak2 aku tu kebulur kat luar tu. ( subuh mcm biasa burnnnn lerr ). Breakfast aku skip ( boleh yerk ) sebab aku dah hentam chalif dengan 2 botol susu. Biasa la hari minggu kan, aktiviti mengemas dan gerak gempur pun bermula. Habis segala ceruk rumah aku kemas dan segala harta yang x perlu dah pun aku humban termasuk carpet 1st version aku beli untuk masuk rumah ni 5 tahun lepas pun dah aku lenyapkan dalam tong.( kalau pak anif nampak harusss dia kutip balik buat alas masuk bas dia ). A middle aku mengemas, aku biarkan chalif berendam sampai kembang dalam toilet dan hari ni mummy ko baikk hati untuk bazirkan duit untuk spend bayor bill air korang hari ni.( hari ni je tau!) Mereka berendam aku pun menyapu, mengemop,mengelap dan mengalihkan perabut ( deco bersama dak la ).

Settle mengemas dalam kul 10am aku mula masak lak, so lauk aku hari ni simple but perhhh sodapp untuk tokak aku dan anak2. Menu : Sup sayur+kentang, potai goreng ikan bilis, pucuk ubi rebus + budu ( ni x menahan yerkk buat aku lupa pada diet harian aku ) perhhh...terakat bontot aku duk asyik kentot je sampai chalif lari bersepai. Sorry yang, minggu ni jo mummy ko dapek makan lauk ni, bapak ko x layan potai dan budu ni lagi2 pucuk ubi ( katanya dia dah puas makan pucuk ubi time kecik2 ....) apa aku kisah ko x suka tapi aku suka dari baby sampai tua aku tetap suka pucuk ubi. ( ayat yang x mungkin aku cakap pada dia kecuali dalam ni je ). Aku ngan pak anif bab2 makan memang x boleh member, orang kata boleh putus kasih la jup ( kat tempat tidur onn je ). Aku bab makanan kampung perhhh memang fov, so time aku nak makan benda alah tu semua time dia x ada rumah je. Jesteru itu aku mengalu2kan dia kerja pada hujung minggu bagi memberi laluan pada aku untuk menjamah juadah fovourite aku tu. ( hawauu punya bini, duit dia ko nak yerk ). Sambung.... lepas masak pukul 11am aku suapkan 2 beradik ni nasi, seronok lak aku tengok mereka makan sampai 3 kali tambah, cukup punya sabar untuk aku menyuapkan mereka dalam pada masa yang sama perut aku dah berbunyi2 lak ni. Bila kata " Mummy dahh kenyanggg .........x mo dahh " perhhhh...lega aku sehh..dapat aku makan dengan aman..Cukup time aku hambat mereka masuk tidur petang, dengan aku2 tertido okeyy..sedar2 dah pukul 3pm.Dalam waktu tidur tu banyak gak gangguan tidur, bunyi hp berdering2 tapi aku buat bodoh je malas nak angkat kecuali yang call tu pak anif haruslah aku angkat. Mahukang dia keluar statement sardiss nyer " Baik awak campakkk je tepon tu myy " dan yang paling kejam " Awak nak saya campak hp awak tu balik ni "..Perhh banyak cantik muka ko anif, sesuka makcik pakcik ko je nak campak hp aku ni, aku x mintak ko beli hp aku dah cukup baik, hp ni pun adik aku CAK yang tambah duit sikit untuk belikan KAKAK dia ni hp canggih2 sikit.( x laaa canggih mana pun harap ada camera 1mp dan mp3 je yang boleh aku syok sendiri malam2 masa ko x ada ). Adakah aku berani cakap begitu? of cossssssss.... X. Gila akal apa nak cakap macam tu pada laki aku, walaupun aku ni mulut puaka tapi aku x tergamak nak cakap macam tu pada dia. Bukan aku takut tapi aku x diajar oleh MAK BAPAK aku nak kurang ajar pada suami. Paling kurang pun aku lepas geram dalam blog ni dan kalau x ada blog aku cakap sorang2 depan cermin pastu aku maki2 dia macam dia tu ada kat depan aku. ( gila kan aku ). Gila aku pun, aku bukan jenis yang kurang ajar yang x hormat pada orang yang lebih tua, tapi kadang2 budak2 sekarang ni makin kurang ajar, x respect orang lebih tua lagi2 yang jenis nak lepas marah pada orang. Atau ada jenis spesis kalau nak mintak tolong punya la baikk tahap babi bila rasa dah macam x ada kepentingan mula lahh kurang ajar ( sapa yerk? cuba pikir2 kan )

Ok dah citer lain dah ni. Sambung balik...petang tadi aku duk layan chalif main basikal sambil borak2 dengan jiran aku, so x ada apa bab yang kami borak cuma hal2 semasa ( mengumpat2 aku x amik port, siapa jadi jiran aku haruss bebas dari mengata hal orang, ko jaga hal ko dah cukup bagus ).Agak2 dah nak magrib cabut masuk dalam kandang. Malam tadi before tidur chalif ugut aku .." mummy kalau nak suh akak tidur, pasang upin ipin dulu " ..perhh hantu punya anak, ko nak ugutla, ko x nak tidur ko punya pasal la, ada aku kisah lagi pun daddy ko pun x ada, so x ada overtime!.hahahahahahaa. Aku rasa dah nak 100kali chalif tengok movie tu, dan aku dah naik muat nak tengok but anak aku boleh yerk siap hafal segala bagai script dalam movie siap dengan acting okeyyy...Ohh tidakk aliff jadik Abang Sally ........( watak dalam upin ipin ). Habis movie aku hambat mereka masuk tidur, itu pun dah lewat, suppose pukul 9.30pm mereka dah meraban nak tidur tapi hari ni boleh terlajak okeyy, itupun aku tengok mata masing2 dah kelat. So mata aku dah mula nak meraban..baik aku tidur dulu. Chow

p/s: banyak nak update dlm ni tp rasa mcm mls nak upload...tunggu laa yerk

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia