sTORy D' malam Hari Raye

Alhamdulilah, dah seminggu kita berhari raya, macam cepat sajer masa berjalan. Aku seperti biasa mengamalkan sistem giliran, so this year sambut belah aku lerr...kek nogori 9, kampung belah mama, tahun ni ada berbeza sikit dari tahun2 sebelumnya, selalunya aku pulang beraya bersama suami tercinta tapi this year pak anif very the buzy man sampai aku terpaksa balik drive with my adorable children. Lagipun bukan jauh sangat pun Melaka-Soromban, 1 jam ajer. But tahun ni lagi berbeza2, aku dan anak2 sampai dulu kampung b4 mama, so yang melayan aku anak beranak adalah Mak Ana dan Acu the Gang.Actually, since mak tok dan tok yah pass away kemeriahan hari raya di n9 dah x seceria dulu, raya macam x raya jer, masing2 semua dah beralih beraya bersama mertua dan buat hal masing2 tinggallah penunggu setia rumah pusaka tu iaitu Acu, itupun hanya sebagai penjaga dan pemegang kunci rumah ajo, sebab acu pun ada rumah sendiri. So, rumah itu hanya berpenghuni apabila hari perayaan dan hari kenduri kendara ajer, lepas tu terus senyap sunyi dan yang tinggal hanya HANTU2 dan Jin2 jer ( cih celupar sehh ). Hari terakhir sebelum raya adalah hari yang paling2 aku suka, iaitu makcik2 dan mama buat kuih2 dan masak untuk malam raya end aku tukang rasa dan tukang cekik sekali. Walaupun raya tahun ni x ramai adik beradik mama turun tapi kemeriahan tetap terasa sebab keriuhan anak2 dan sepupu aku yang memekakkan suasana yang dari siang sampai ke malam x habis main mercun dan bunga api. Aku dan makcik2 serta mama sibuk kat dapur memasak, Mak Ana aku lak kepingan nak makan KUIH GUNTING, sedap sehhhhh kuih gunting buatan mama aku, sampai 3 adunan kami buat sampai ada yang tertido atas meja makan. This year kami semua masak KUAH MASAK LODEh, Daging Goreng Rempah ( Johor Mali ), Rendang Ayam Tok Nenek , Soto ( tang soto , aku mmg solute kat mama, mmg full pakej siap ada BEGEDEL DAGING with Pucuk Tahu Kering Yang di Goreng + soo hoon goreng + kuah kicap ) korang pernah tengok soto makan dgn pucuk tahu goreng ....I GERENTI SURE U ALL SUKA punya....sebab pak anif yang ulu kedaung yang susah nak makan pelik2 ni pun bg 110% gred AA+++ pada resepi SOTO MAMA...memang pure JOHOR + JAWA punya soto...yam yam. So, dah siap bab2 masak ni Malam raya selalunya ada org datang umah mak tok untuk TAKBIR but this year x buat sebab x ramai yang berkumpul, so ditukar ganti dengan meRound di Bazar ramadhan Ampangan yang sememangnya meriah tahap gabanz but b4 tu pergi potong rambut dua beranak si pak anif dan alif kat kedai bangla mana tah kat nearest taman umah mak tok. Lepas tu turun konvoi gi bazar sampai but aku dan anak2 balik awal sebab si chalif dah terbongkang tido atas bahu daddy. Bengkak jugak hati ni sebab x dapat nak shopping banyak sangat, but mama , adik dan makcik serta sepupu aku melenjan sampai 3 pagi. Macam2 ada dan seeua dah jadik macam mega sale sebab esok dah raya so..semua penjual jual harga tahap runtuh tiang rumah.... Memandangkan semua dah tido lewat , so bangun pun lewat okehhhh...sedar2 dah pukul 7pagi. Ha amik ko, anak beranak, ipar duai semua bangun lambat semua terlajak subuh... Gamat kejup pagi2 raya, masing2 berebut bilik air nasib la x ramai yang ada kalau x mau aku x pegi sembahyang raya. Mama lak celik2 dah kena ke dapur panas2 kan kuah dan masak kuah lodeh. So aktiviti pagi raya kami seperti biasa sembahyang raya, makan keluarga, ziarah kubur dan berkunjung ke rumah sedara mara. Waktu terlalu pendek , ptg raya aku dah bergegas balik Melaka , nak cium tangan ibu mertua ku. sYAHDU DI HARI RAYA ...masih terasa since atok x ada....bg aku raya mana2 pun sama. Dah 3 thn aku x amik cuti raya just cuti apa yg kerajaan bg je. Tahlahh...suasana tu dah kurengg sikit cuma bezanya aku dah ada anak2 yang menyeri raya aku suami isteri. Since papa kahwin lain, aku rasa raya ni lagilh x lengkap tanpa papa. Apa nak buat itu dah takdir, aku terima seadanya perkahwinan papa dan ibu,walaupun aku tau perkahwinan itu banyak menghancurkan perasaan mama aku yang sampai laaa ni x kahwin2 walaupun ramai jejak nak gatal2 jadik bapak tiri aku. Aku x leh ckp sangat, mana tau tetiba mama terbuka nak kahwin lagi satu, well aku sebagai anak terima je. Asal mama gembira aku pun tumpang gembira. ........ p/s: ...............syahduuuuuuuuuuu,uuuuuuuu,uuuuu hati ini makin sayu,,,,( petikan lagu ct nurhaliza )

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia