SeLamAT hAri RaYa

Kepada semua2 sedara mara , rakan taulan , sahabat handai, rakan sekelas, rakan setadika, rakan sekolej dan rakan sekelas ( srk19.sm19,smssaas sc2 shah alam ), sekerja ( maybank,gmsb,proton & jknm ) member seunit ( pengurusan ) dan semua jiran tetangga aku yang berada di Taman Ara Permai, Bt Berendam dan Section19, Shah Alam dan yang istimewa adalah pembaca setia blog poyo aku ni.... Minta Maaf La Banyak2 atas keterlaluan melampau, terlebih perangai dan sikap juga kata2 yang puaka ...harap anda semua maafkanlah hendaknya. Pada semua diharap anda beraya dengan penuh kecerian dan kegembiraan, dan ingatkan kita pada anak2 yatim serta orang2 tua, tanpa mereka siapalah kita. Pada yang kehilangan orang yang tersayang di bulan yang mulia ini, jangan bersedih, sepatutnya anda perlulah berasa bangga kerana orang yang pergi itu pergi buat selamanya di bulan yang mulia ini. Kita yang hIDUP ni, sedekahlah doa dan al-fatihah tanpa henti sebagai makanan serta cahaya mereka di alam bazakh. ( sedih teringat arwah mak tok, tok wan dan tok ayah :(( ). Citer pasal tok2 ni, since mak tok meninggal, keluarga belah keluarga mama dah jarang berkumpul di Taman Jujur, sIkamat. So Umah mak tok dan tok ayah dah sunyi sepi tanpa gelak tawa dan riuh rendah cucu cicit. Now, semua tinggal kenangan , yang setia beraya di rumah pusaka tu hanya Acu n the geng, aku adik beradik dan mak na and anak2, yang lain malas aku nak sebut. ( sedih . )....But tahun ni ada sikit seronok, sebab aku akan pulang beraya ke Kota Tinggi Johor, kampung belah papa aku. Asal aku kata seronok ? Sebab dah lama x balik sana since raya 2 thn lepas. So pada semua sepupu2 aku kat kota, tunggu ogyyyy yerkk....rindu pada semua mak sedara, sepupu2 yang sentiasa sayang ogy dan i luv u allz. ( Aku ni kalau belah papa di ketegori cucu / anak sedara yang sering mendapat perhatian ...well biasa la....aku kan memang Chaos !!! ).Belah mama aku di ketegori leader segala leader , asal aku cakap gitu ------ sebab aku anak sulong, cucu sulong dan sepupu sulong ( dari suami ke 2 ). So, korang boleh bayangkan betapa kecohnya aku, but since aku dah beranak pinak ni, kekecohan aku agak kurang sikit dan cuba maintain dewasa laa...well anak pun dah 2 beb. Apa pun, Hari Raya zaman kanak2 memang lain sesangat, seronok dia memang mengalahkan yang puasa penuh ( sebab jarang pose penuh masa kecik ). Dulu kita main bunga api now, anak2 lak yang minta beli bunga api. Apa pun, inilah dia kebahagian di Hari Raya. Pada semua kawan2 jangan lupa yerk BAYAR ZAKAT !!!!!......... x guna beraya , pakai baju lawa2 tapi x bayo Zakat...WOOOOoo berdosa sehhhh..
Lastly .... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN,....hATI2 dRIVE...DAN INGATLAh org terCayang..
p/s : selamat hari raya pada semua....berhati2 di jalan raya..jemputlah semua datang umah di Bt berendam, Melaka...aku hidang korang semua yee mee goreng..suree sodappp punya...

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia